Sebelum ini terkesan dengan perkongsian rakanku Rina tentang solat ni. Amalan yang sangat-sangat dituntut untuk murah rezeki. Kebetulan bulan bulan puasa yang lalu terjumpa dengan owner Shazzmin Collection di klinik homopati. Rasa bertuah sangat dapat jumpa dia. Dia share amalan solat sunat ini, insyaAllah katanya bila dah lekat amalan sunat, dengan sendirinya amalan solat wajib lebih berkualiti. Memang rezeki murah insyaAllah.
Maybe untuk pertama kali (dah lupa pernah buat ke tak masa sekolah dulu), beberapa hari lepas, dapat datang awal ke ofis, jadi sempatlah solat. Teringat pesan seorang ustaz di IKIM.fm, jangan sampai ambil masa yang lama untuk beribadat sunat dalam waktu bekerja kerana kerja lebih afdal. Ngaku menyambil juga masa bekerja. Tak taulah 'passion' semakin pudar. Ku ni mudah boring. Tapi ku cuba cover lah semampu mungkin. Takut rezeki tak berkat...
Nak ditakdirkan esoknya ku dapat rezeki t-shirt free. Dah lama tak join giveaway, saja suka-suka join giveaway kat T Shirt Muslimah di FB. Ku YAKIN itulah rezeki berkat solat sunat Dhuha. Doa sangat ia sebagai permulaan untuk ku istiqamah melakukan solat ini. Better late than never. Amiin..
Yang ni pilihanku. Cantikkan corak dia, glowing bila kena flash sbb macam ada border emas disekeliling bunga tu. Cutting dia pun cantik. Nak mintak tukang jahit buh zip sorak kat depan tu. Kalau berjaya ku tempek gambar kat sini ;)
Berikut ku share tentang solat ini :
Solat dhuha adalah sembahyang sunat 2 rakaat atau lebih. Maksimanya 12 rakaat.
Bacaan surah dalam solat
Drp Abu Hurairah, Sabda Nabi saw,
"Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur" (riwayat Bukhari & Muslim)
Drp Anas, Sabda Nabi saw,
"Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istamna di syurga" (riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah)
Rasulullah bersabda yang bermaksud,
"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."
Rasulullah bersabda lagi,
"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."
Di dalam hadis yang lain pula diterangkan seperti berikut:
"Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." Al-Tabrani
Niat Solat Dhuha
Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'alaSelesai solat, hendaklah baca tasbih ini sebanyak 10 kali.
Doa :Sumber : http://www.tayibah.com/eIslam/solatsunat.htm#SOLAT_SUNAT_DHUHA
No comments:
Post a Comment