Sunday, November 28, 2010

SGM 8 : Baby led weaning

Quote Pn. Kamariah, Susuibu.com, baby led weaning adalah proses peralihan dari susu ibu ke makanan seimbang bukan dari susu ibu ke susu formula ;)
Antara points2 yang dapat dari perkongsian rakan-rakan kumpulanku & ku tambah sedikit:
  • Ibu & anak perlu bersedia bagi memastikan proses itu berjalan lancar
  • Biar anak menentukan sendiri bila dia ingin berhenti menyusu
  • Lakukan sedikit demi sedikit bukan dengan mengejut
  • Luangkan masa dengan anak pada waktu dia biasanya menyusu dengan melakukan aktiviti bersama-sama
  • Anak biasanya mengaitkan penyusuan lebih kepada attachment/bonding bukan hanya makanan semata-mata
  • Gantikan susu dengan sumber kalsium yang lain seperti yogurt, keju
  • Pilihlah susu yang kurang pendedahan kepada bahan awet/kimia semasa diproses seperti susu segar kerana masih dalam keadaan asal berbanding susu tepung yang telah mengalami berbagai-bagai proses. Walaubagaimanapun ini terpulang kepada ibubapa. Anak hanya perlu 2 gelas susu setiap hari bagi sumber kalsium yang paling senang diambil
Sebenarnya baby led weaning bermula seawal usia 6bln apabila dia mula menunjukkan minat untuk makan selaras dengan pertumbuhan giginya yang memang perlu digunakan untuk mengunyah makanan.
Antara sumber di internet tentang topik ini "
http://www.babyworld.co.uk/information/baby/healthy_eating/baby_led_weaning.asp
http://www.babycenter.com.my/baby/startingsolids/babyledweaning/
http://www.wholesomebabyfood.com/babyledweaning.htm
http://en.wikipedia.org/wiki/Baby-led_weaning

Group ku dengan moderator Hanidah & Hayatie, Fid, Luvhaziq, Sha, Elliedza, Diaz, Miza, Mamafiqa (alamak salah ke nama tu, lupa la, ingat mama je) & Nurul

Sesi pembentangan


Gambar2 dari Pn Kamariah FB Susuibu.com

Berita penuh di susuibu.com
Juga cerita di blog :
Hayati
Fid
Ayu
Ummiamsyar
Perkongsian di mom's choice

Friday, November 26, 2010

Jom ramai2 cari ilmu susu ibu PERCUMA

SGM KE-8 2010 - Weaning Process - Baby Led Weaning

Tarikh: 28 November 2010 (Ahad)
Masa: 9.00 pagi-10.00 pagi

Lokasi: Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi
Topik: Weaning Process - Baby Led Weaning
Menu: Pot luck
Tema: KELABU

InsyaAllah akan join dgn anak-anak. Harap si Qaiyum nak stay. Sebelum ni abah hantar, pusing2 tasik & balik umah. Dah habis ummi call abah dtg ambik. Tak dpt lah abah join father-to-father support group sbb ank bujang tu boring duduk lama-lama + malu acik2 ramai :P

Harap-harap Adnin bagi kerjasama gak, maklumla member dah pandai demand sekarang. Kalau tak bagi apa yang dia nak meraung dgn high pitch u. Haih, sabor je lah. Mau bergema 1 tasik tu ..ngeh..ngeh..Apapun cuba stay setakat yg boleh la ;)

Esok playgroup Adnin, lamanya tak pergi, 4 minggu tu .. terpaksa ponteng 2 sesi sbb ummi nak main bowling & balik kg, 2 minggu lagi takde kelas. Rasanya 2 sesi lg utk habiskan modul 1 ni.

Abah ajak ke MAHA. Bestnya! nak ikut jgk tapi sayang nak ponteng playgroup Adnin lg. RM20++ tu ;) Abah pergi sorang lah dulu, survey2, next week boleh kami join. Cadang nak bawa anak-anak tengok haiwan-haiwan ternakan ;) Kalau ada produk murah bolehla soping kot?? Nak jimat amik tester & sample je, aci kan? :))

Thursday, November 25, 2010

Adrinis 1st Anniversary Contest

Jom jom contest lovers,
join Adrinis 1st Anniversary Contest
di http://adrinis.com/blog/2010/11/adrinis-1st-anniversary-contest.html
Contest starts from 22 November 2010 until 30th December 2010.
Hadiahnya sangat2 best, tingin sangat nak join tapi tak buleh sbb jadi sponsor..he..he..

Wednesday, November 24, 2010

Tips mengatasi masalah CD bocor

Sejak Adnin setahun lebih Cd selalu selalu saja bocor. Malas nak stripwash bagai, just tambah cuka je pada bilasan terakhir. Cuka boleh hilangkan detergent build up yang menjadi salah satu punca cd hilang serapan/ruam.Masa Adnin ruam dulu buat stripwash dgn air suam, sunlight, soda.

Tapi CD masih cepat bocor. Biasa bocor sebab pakai senget (bocor sebelah). Ni kes dia yang susah nak pakai CD sekarang ni.

Sekarang ni masalah dah settle bila buh 2 insert ;) So punca masalah adlh pee yang semakin byk sbb usia dah bertambah..he..he..Ku dah beli 1 set Lunatots bamboo insert (malas nak buh dlm poket). Ikutkan boleh guna insert jenis hemp yg sesuai utk heavy wetter tapi sbb nak letak atas cd je belilah bamboo.

Pada ummi2 yang guna cd tapi bocor jgn cepat putus asa. Setiap masalah ada penyelesaiannya ;)

Kalau baru beli, mungkin cd/insert tak cukup serapan sebab tak prewash sekurang-kurangnya 3kali.

Kalau dah prewash, mungkin pakai terlalu longgar/senget

Kalau dah fit mungkin si kecit jenis heavy wetter, kena tambah insert @ guna insert jenis hemp

Kalau cd dah lama mungkin kesan sabun dah berkumpul pada kain, so boleh buat stripwash

Jika semua dah buat, mungkin boleh cuba cd jenis/brand lain pula ;)

Jom baca tips kat blog/shop CD moms :
Diyaluna.com
Clothdiapermalaysia
Happy-clothdiapering
Ummi2shoppe
Damiapitshop
Hadinaonlinestore
Medaimedai
Mommyandbebe
Borntolove
Diaperpin
Cottonbabies

**************
Cloth diaper section di http://clothdnz.lot.my
FREE GIFT bagi Package of 5 kpd 1 org pembeli bertuah shj ;)

Monday, November 22, 2010

WoHoWo


Alhamdulillah Sabtu lepas diizinkan Allah bertemu jodoh juga dengan Mommylyna Mysuperkids.net di alam nyata setelah lama berkenalan di alam maya..he..he..dah lama nak join event2 anjuran Mommylyna & team di Scriptory Box, Tmn Meranti Jaya, Puchong tapi clashed dengan program lain. Kebetulan Sabtu lepas takde playgroup Adnin, so ku korbankan cuti sehari & bertolak dari kampung hari Jumaat tu.

Thanks a bunch to my dear hubby kerana sanggup ke sana walaupun masih penat dek drive dari Kelate + jem kat highway Karak tu.Dekat pukul 8 baru sampai rumah, bertolak 2.30 pm dari Kechau Tui. Sib baik anak2 lena sepanjang jalan. Sedap tido sejuk hujan gamaknya :)

Sebelum Subuh kalut cari map kat blog mommylina & save kat desktop. Hubby cakap dia tak tau sangat tempatnya tapi ku cool saje sebab dah yakin hubby boleh cari punya..he..he..dia kalau nak ke mana siap study map taw.Kalau ku study la berjam-jam pun tak dapat pickup nya ..he..he..

Pagi-pagi sempatla anak bujang & abah breakfast walaupun breakfast disediakan. Ku ingat untuk participant je tapi makanan banyaak, anak bujangku ntah berapa kali duk makan bahulu. Feveret dia tu..he..he..

Confuse jugak mula2 sampai walaupun dah nampak signboard Wisma Bling Lustre sebab hubby ingat sebelah Klinik tu je..he..he..nampak pintu pun tutup je.Ku try bukak pintu nak confirm dulu.Bila bukak pintu waaah!lawanya tangga dia.Rasa nak posing2 kat situ tapi lupa nak mintak hubby bawak kamera. Bila masuk kat bilik dia lagila waaa..cantiknya!memang sangat family friendly.Konsep dia santai & buleh bersama family. Ni yang suka ni ;) Makanan banyak tapi biasala malu2 meow nak makan banyak..ekeke..tengok other participant concentrate je. ku je yang bz layan anak2..he..he..

Rugi lak tak mingle2 around & sembang lama2 dgn Lyna, Assie, Kay, Liza & lupa nama sorang lagi participant. Anak dara ku itew tak senang duduk cari tilam kat umah. Tilam empuk kat Geniusbabyonboard pun tak layan :P Mula meragam bila dia jatuh telentang kat lantai .Biasala mengekplorasi persekitaran tu tak sah kalau takde kemalangan kecil..huhu..nyusu pun kejap je. Duk ulang turun naik GBOB. Waaa..kagum lagi dengan GBOB room tu. Bestnyer kalau dapat buat kat umah macam tu jugak. Nice to know u Watie ;)

Apa tu WoHoWo? (copy dari blog Mommylina)

WoHoWo Mom Workshop adalah terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menjana pendapatan dari rumah, tak kira anda seorang ibu, bapa, belum jadi ibu/bapa, belum kahwin, tidak bekerja, malah sesiapa sahaja anda, anda kami alu-alukan ;) Nama WoHoWo Mom adalah kerana kami berdua (Lyna & Assie) adalah MOTHERS!

WoHoWo Mom Workshop Series ini adalah sebuah program untuk melahirkan usahawan kecil (dan besar!) yang menjana kewangan dari rumah dan akhirnya memburu cita2 masing2. Program ini terdiri dari 3 bahagian,

#1 : for beginner, untuk mereka yang baru hendak memulakan bisnes dari rumah/bisnes sendiri;

#2 : for intermediate, kepada mereka yang dah ada basic dan mahu mengetahui lebih lanjut tentang melaksanakan bisnes dengan berkesan; dan

#3 : advance, adalah field trip dan personal coaching.

Friday, November 12, 2010

WoHoWo Mom Workshop

WoHoWo Mom Workshop Series For Beginner II

Tarikh : 20 November 2010

Masa : 9 pagi – 1 tengah hari (breakfast disediakan)

Tempat : Scriptory Box, Tingkat 1, Wisma Bling Lustre, Tmn Meranti Jaya, Puchong

Siapa yang patut hadiri workshop ini?

Anda yang mahu mencari pendapatan sampingan (walaupun tidak bekerja), ingin belajar tentang bisnes, ingin belajar membuat blog yang menghasilkan pendapatan, yang mahu berniaga tapi tak tahu bagaimana nak mula… dan yang mahukan ilmu-ilmu baru.

Offer sehingga akhir tahun 2010 ==> Yuran hanya RM70 sahaja untuk individu dan RM120 untuk pasangan.

Tetamu istimewa : Puan Zatul Hijanah Ramzi – Kaunselor Laktasi, pemilik Baby n Me, kolumnis malajah Mami & Baby.

Daftarlah sekarang, tempat terhad, hanya untuk 20 orang sahaja!

Terus ke blog Mommy Lina dan isikan referrer http://niznim2.blogspot.com ya ;)

InsyaAllah ku join, sanggup balik awal dari kampung sebab susah nak kena tarikh ni..he..he..semoga dipermudahkan urusan. Amiin.

Tuesday, November 9, 2010

Breastfeeding promotion


Kawan-kawan rakan sepenyusuan yang berminat bolehlah
email nikhabiz@gmail.com
sms 017-3372042
RM16 sehelai (tidak termasuk pos)

Untungnya kecil sahaja tapi
ku niat nak promosi penyusuan susu ibu secara tak langsung :)
Semoga sahabat setia menyokong ClothDNZ

Mug di bawah sebagai ganti 1 helai yang tak cukup ;)
Jadilah peneman setia minum pagi / petang ku di ofis.

Menghampiri 2 tahun

Siapa tu? Apa tu? Tentang anak daraku lah. Haih, ni ummi nak membebel saja ni. Sejak nak masuk 2 tahun ni, menyerlah sungguh perkembangan emosi nya tu. Tunjuk bakat tantrum / terrible two..hohoho..Sabaaar je lah ummi nih. Ummi pun boleh tahan gak emos nih, tak kena gaya kang cepat je tangan nak lepuk..he..he..control..control..ambik nafas, hembuus..istighfar sket ;)

Ahad lepas si kecit tu jatuh, berdarah gak sikit. 1st time jatuh kat simen batu, sakit sangat gamaknya + alah sakit (macam ummi kot..he..he..), member meraung sekuat hati. Nangis stail meneran-neran, boleh muntah dibuatnya. Sapu minyak TNT lagila meraung..akit! akit! Tido malam pun tak lena sangat, asal gerak sket, nangis sakit lutut.

Sekarang, susah nak pakai CD. Beberapa hari lepas, kena ruam teruk, biji2 merah. Maybe sebab asyik lambat tukar malam-malam. Babab ummi sket.Member dah kencing banyak sekarang ni. Tapi yang bagus sangat pakai CD ni tak payah ambik ubat doktor, just kerap tukar CD, selang 1-2 jam, 2-3 hari je dah ok. Ku sapu jugak krim Ezzera sekali dua. CD perlu lapik liner jika guna krim. Dia asyik cakap "akit akit", gatal gamaknya. Dekat badan pun ada sikit bintik-bintik merah. Ke alah apa-apa makanan. Ummi makan budu banyak sket beberapa hari lepas..he..he..

Hari ni ruam dah ok, bintik-bintik dah kering. Kalau pakai CD sekejap je dah nak bukak. Kalau tanya nak kencing ke, asyik angguk je, masuk toilet terus duduk, tapi jenuh ummi shi shi kan tak kencing pun :P Maybe dah ready untuk potty training. Ummi duk survey training pants pulak ;). Kalau boleh curi masa nak je DIY kan? Jimat & puas hati. Minat gak jahit menjahit ni. Masa sekolah rendah siap boleh buat kraftangan sendiri hadiah birthday kawan-kawan tapi dah dewasa ni dah lama tinggal dunia kreatif :(

Berbalik pada cerita anak dara tu, kalau nak susu pun ganas semacam je tepuk-tepuk & meraung. Ish..ish..dengan abang pun asyik gaduh je. Ummi & abah pun silap-silap kena lepuk time macik garang neh..hohoho. Tapi kalau kat lua, orang tengok macam sopan je..he..he..diaam je. Tu macik tak tunjuk angin lintang menyerang lagi tu ;)

Harap-harap berubahla bila dah makin besar. Biasala budak-budak ni sedang melalui perubahan fasa-fasa perkembangan fizikal, psikologi & minda. Semoga menjadi anak solehah, sopan santun berakhlak mulia bila besar nanti.Amiin.

Tuesday, November 2, 2010

1st time main bowling


Dengan staf bahagian ku

Ewah, gemalai tak hayunan tu? ~ Isi masa lapang nak tunggu result
Klik jer untuk gambar besar ya

Sabtu lepas ke Ampang Superbowl Metro Point Plaza kajang. Acik bertanding bowling u..he..he..Kelab library tempat kije ku ni buat pertandingan tenpin bowling Staf bahagian ku ajak lah nak cukupkan pemain untuk bahagian kami ni. So aku pun join ler walaupun en.abe kije, terpaksa hantar Adnin kat taska & terpaksa ponteng playgroup dia :(

Tapi sebab nak memeriahkan aktibiti kelab ni & mengaktifkan diri sket (dah lama jadi ahli kan ;)) so tumpang ofismate ke sana. Bawa anak teruna je lah. Pagi-pagi siap masak, bekalan anak teruna yang tengah lalu makan tu.

Lambat jugak start nak tunggu cukup pemain. Maybe hujan pagi tu. Peserta pun dari semua cabang termasuk kat KL nu. Qaiyum merengek nak bola mainan lak. Lepas tu merajuk ntah sebab apa. Sib baik lepas tu ok bila dah pujuk makan nasik.

Ku setia dengan bola kuning ku. Yang paling ringan tu..he..he..maklumla tak pernah main. Bola berat kang asik masuk longkang je. Malam sebelum tu gi training weh, takdela terkejut sangat kan, tak pernah tengok seumur hidup alih-alih bertanding lak. Bahagian ku tempat ke 9/11 rasanya :)

Anak sulungku dah grad :)

Gambar dari blog kak Pah (Aulad Principal)
Da, Bie & my dear friends, boleh cam abang Qaiyum tak?;) series je muka, kurang mesra camera lak :P

Ahad lepas ke majlis konvokesyen anak teruna ku. Kat UKM u..ekeke..siap dalam dewan macam konvo universiti lak. Cayalah Aulad! Sungguh ku emos dalam dewan tu taw. Tu baru anak konvo tadika..he..he..oh my baby boy dah besar. Risau lak nak hantar sekolah, akan melangkah ke dunia yang lebih luas. Dengan sifat dia yang ala-ala shy boy tu. Tapi ada lagi budak yang lebih manja sebab tengok ada yang kena teman dengan abang dia masa duduk tepi dewan tu. Ku yakin my boy boleh addapt cuma maybe slow sket nak warm up sebab nampak lebih ciri introvert sket. Kawan-kawan sekelas dia siap lompat-lompat berlari-lari, dia maintain cool saje.

Gambar dari blog Teacher Hidayah (teacher Qaiyum masa 5 thn)

Sekejap je duk dalam dewan tu, si kecit dah nak berdukung. Dah boring berdiri tepi tangga bawak keluar dewan pulak. Konvo tadika tak strict sangat. Mak ayah duk berkerumun depan stage, rimas lak ku tengok. maklumla masing-masing nak merakam momen indah ni..he..he..lagi pulak ada anak yang buat persembahan & jadi best student. Ku serah kat cikgu dialah bab-bab baju konvo.Abah dia tengok-tengokkan jugak rasanya sbb ku kena layan Adnin yang nak main kat tepi dewan.

Banyak pulak persembahan. My boy join satu kelas tu je, tu pun nampak ala-ala malu je, tak all out masa show.. :) Gambar-gambar akan menyusul.

Lagi cerita-cerita konvo Aulad di blog :
Principal
Teacher Hidayah
Teacher Farra
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...