Thanks a bunch to my dear hubby kerana sanggup ke sana walaupun masih penat dek drive dari Kelate + jem kat highway Karak tu.Dekat pukul 8 baru sampai rumah, bertolak 2.30 pm dari Kechau Tui. Sib baik anak2 lena sepanjang jalan. Sedap tido sejuk hujan gamaknya :)
Sebelum Subuh kalut cari map kat blog mommylina & save kat desktop. Hubby cakap dia tak tau sangat tempatnya tapi ku cool saje sebab dah yakin hubby boleh cari punya..he..he..dia kalau nak ke mana siap study map taw.Kalau ku study la berjam-jam pun tak dapat pickup nya ..he..he..
Pagi-pagi sempatla anak bujang & abah breakfast walaupun breakfast disediakan. Ku ingat untuk participant je tapi makanan banyaak, anak bujangku ntah berapa kali duk makan bahulu. Feveret dia tu..he..he..
Confuse jugak mula2 sampai walaupun dah nampak signboard Wisma Bling Lustre sebab hubby ingat sebelah Klinik tu je..he..he..nampak pintu pun tutup je.Ku try bukak pintu nak confirm dulu.Bila bukak pintu waaah!lawanya tangga dia.Rasa nak posing2 kat situ tapi lupa nak mintak hubby bawak kamera. Bila masuk kat bilik dia lagila waaa..cantiknya!memang sangat family friendly.Konsep dia santai & buleh bersama family. Ni yang suka ni ;) Makanan banyak tapi biasala malu2 meow nak makan banyak..ekeke..tengok other participant concentrate je. ku je yang bz layan anak2..he..he..
Rugi lak tak mingle2 around & sembang lama2 dgn Lyna, Assie, Kay, Liza & lupa nama sorang lagi participant. Anak dara ku itew tak senang duduk cari tilam kat umah. Tilam empuk kat Geniusbabyonboard pun tak layan :P Mula meragam bila dia jatuh telentang kat lantai .Biasala mengekplorasi persekitaran tu tak sah kalau takde kemalangan kecil..huhu..nyusu pun kejap je. Duk ulang turun naik GBOB. Waaa..kagum lagi dengan GBOB room tu. Bestnyer kalau dapat buat kat umah macam tu jugak. Nice to know u Watie ;)
Apa tu WoHoWo? (copy dari blog Mommylina)
WoHoWo Mom Workshop adalah terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menjana pendapatan dari rumah, tak kira anda seorang ibu, bapa, belum jadi ibu/bapa, belum kahwin, tidak bekerja, malah sesiapa sahaja anda, anda kami alu-alukan Nama WoHoWo Mom adalah kerana kami berdua (Lyna & Assie) adalah MOTHERS!
WoHoWo Mom Workshop Series ini adalah sebuah program untuk melahirkan usahawan kecil (dan besar!) yang menjana kewangan dari rumah dan akhirnya memburu cita2 masing2. Program ini terdiri dari 3 bahagian,
#1 : for beginner, untuk mereka yang baru hendak memulakan bisnes dari rumah/bisnes sendiri;
#2 : for intermediate, kepada mereka yang dah ada basic dan mahu mengetahui lebih lanjut tentang melaksanakan bisnes dengan berkesan; dan
#3 : advance, adalah field trip dan personal coaching.
Baca lagi tentang WoHoWo di blog MommyLyna & Mommy Assie :
http://mysuperkids.net/cara-buat-duit-di-wohowo-mom-workshop-series/
http://mysuperkids.net/wohowo-mom-workshop-series-1-sukses/
http://usahawanborongchina.blogspot.com/2010/10/wohowo-mom-workshop-series.html
~ bersambung
3 comments:
Best of luck Pn Nik menjadi usahawan dari rumah!
Thanks DLSJ Sahrul :)
menarik tu haa!
Post a Comment