Tuesday, November 2, 2010

Anak sulungku dah grad :)

Gambar dari blog kak Pah (Aulad Principal)
Da, Bie & my dear friends, boleh cam abang Qaiyum tak?;) series je muka, kurang mesra camera lak :P

Ahad lepas ke majlis konvokesyen anak teruna ku. Kat UKM u..ekeke..siap dalam dewan macam konvo universiti lak. Cayalah Aulad! Sungguh ku emos dalam dewan tu taw. Tu baru anak konvo tadika..he..he..oh my baby boy dah besar. Risau lak nak hantar sekolah, akan melangkah ke dunia yang lebih luas. Dengan sifat dia yang ala-ala shy boy tu. Tapi ada lagi budak yang lebih manja sebab tengok ada yang kena teman dengan abang dia masa duduk tepi dewan tu. Ku yakin my boy boleh addapt cuma maybe slow sket nak warm up sebab nampak lebih ciri introvert sket. Kawan-kawan sekelas dia siap lompat-lompat berlari-lari, dia maintain cool saje.

Gambar dari blog Teacher Hidayah (teacher Qaiyum masa 5 thn)

Sekejap je duk dalam dewan tu, si kecit dah nak berdukung. Dah boring berdiri tepi tangga bawak keluar dewan pulak. Konvo tadika tak strict sangat. Mak ayah duk berkerumun depan stage, rimas lak ku tengok. maklumla masing-masing nak merakam momen indah ni..he..he..lagi pulak ada anak yang buat persembahan & jadi best student. Ku serah kat cikgu dialah bab-bab baju konvo.Abah dia tengok-tengokkan jugak rasanya sbb ku kena layan Adnin yang nak main kat tepi dewan.

Banyak pulak persembahan. My boy join satu kelas tu je, tu pun nampak ala-ala malu je, tak all out masa show.. :) Gambar-gambar akan menyusul.

Lagi cerita-cerita konvo Aulad di blog :
Principal
Teacher Hidayah
Teacher Farra

2 comments:

Unknown said...

Tahniah Qaiyum Hakimi ..sebaya Alia rupanya dia yer..baru perasan.

Nik Ha said...

Tq yus :)Ha'ah sebaya anak kita ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...