Saturday, January 11, 2014

Pentingkah suplemen?

Teks: Zaleha Mustapha   
Foto: Koleksi peribadi

Pemakanan yang terbaik adalah mengikut piramid makanan seimbang.
Adakah kita perlukan suplemen? Jawapannya bergantung pada gaya pemakanan, gaya hidup dan keperluan individu berdasarkan umur, jantina dan keadaan kesihatan. Ada yang mengatakan tidak perlu. Ia bergantung pada pilihan ibu. Ibu sendiri yang lebih tahu keadaan diri.
Ambil dengan ilmu dan keperluan bukan dengan ikutan dan pengaruh iklan semata-mata. Jika ibu ingin mendapatkan jawapan yang lebih tepat, hubungilah pakar nutrisi yang boleh membuat ujian yang khusus tentang pemakanan dan diri ibu.
Suplemen fungsinya membantu melengkapkan vitamin yang tidak mencukupi dalam badan kita. Jadi ia tidak boleh jadi sumber utama, maksudnya kita tidak sepatutnya makan suplemen sahaja tanpa mengambil sumber asal.
Saya kembali mengambil suplemen Shaklee kerana rasa serasi sejak saya mencubanya 4 tahun yang lepas.
Catatan saya mengenai Shaklee di SINI

P/S: Entri pertama ditulis melalui telefon menggunakan Blogger Apps dan dikemaskini semula melalui laptop.

Sharing with ♥
 
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

------------------------------------
Ingin bertanya tentang penyusuan susu ibu?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu  


+Zaleha Mustapha 
 

Friday, January 10, 2014

Penyusuan susu ibu memenuhi keperluan bayi

Teks: Zaleha Mustapha   
Foto: Carian Google

Photo credit : indulgy.com
Bayi yang baru lahir hanya memerlukan 3 perkara:
1. Ingin merasa kehangatan pelukan ibu

2. Makanan dari payudara ibu
3. Rasa selamat dengan kehadiran ibu

Bayi dapat merasai kesemuanya dengan penyusuan susu ibu

 

Sharing with ♥
 

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

------------------------------------
Ingin bertanya tentang penyusuan susu ibu?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu  


+Zaleha Mustapha 

Thursday, January 9, 2014

Panduan membawa bekal dari rumah

Teks: Zaleha Mustapha  
Foto: Koleksi Peribadi dan Carian Google
 


 
#Bento_bekal hari-1:
Gigih nak tunjuk juga walaupun isinya nasi dan ayam goreng halia sahaja :D

Sudah lama saya kagum dan mengikuti fb, blog kawan-kawan yang rajin memasak dan membawa bekal ke pejabat serta bekal untuk anak-anak di sekolah mahupun suami di tempat kerja.

Terus-terang saya akui memasak bukanlah passion / therapy bagi saya. Saya lebih meminati jahitan. Dahulunya saya suka mengemas rumah tapi hobi itu sudah lama ditinggalkan, sebabnya biarlah rahsia :D

Setiap hari, ada waktunya saya memasak lauk yang sederhana sahaja (mudah dan cepat disediakan) dan ada waktunya beli di luar. Keluarga kami sangat jarang makan di luar kerana lebih selesa makan di rumah. Anakanda putera memang kurang selesa di tempat ramai dan saya tidak selesa jika ada yang merokok di kedai makan.

Memandangkan tahun ini anakanda putera telah bersekolah kebangsaan sesi pagi, jadi rutin saya juga perlu diubah. Entri Melangkah ke tahun baru dengan rutin baru


Sebelum ini, dia bersarapan pagi dengan milo sahaja, kadang-kadang makan sedikit nasi tetapi tahun ini, saya berazam untuk memasak nasi dan lauk yang mudah dan cepat setiap pagi. Anakanda juga mahu makan nasi setiap pagi.

Sedikit panduan yang saya boleh kongsikan jika ibu-ibu ingin memasak atau menyediakan bekal:

>>> Dapatkan ilmu/tip penyediaan/pengurusan makanan yang mudah, cepat dan sistematik seperti cara sahabat saya Angah Haslina yang akan saya kongsikan nanti di SINI.

>>> Keazaman yang tinggi dan rasa NAK tanpa ada istilah TAPI.


>>> Mula dengan menu yang sedikit dan sangat mudah dahulu,
contohnya hanya 1 jenis lauk, kemudian di tambah sedikit demi sedikit setelah kita dapat sesuaikan diri dengan rutin baru.




>>> Mulakan dengan kekerapan sederhana, contohnya sekali seminggu, kemudian 3 kali seminggu sehinggalah setiap hari.

>>> Bangun 1 jam atau setengah jam lebih awal dari biasa (mengikut jenis makanan yang hendak kita masak).
Kita sebenarnya telah biasa dengan rutin ini semasa menyediakan lauk untuk bersahur.

>>> Jika bimbang terlewat bangun, masak lebih awal dan panaskan sebelah pagi.

>>> Kaitkan persediaan membuat bekal dengan perasaan yang indah, puas dan gembira kerana dapat memasak sendiri diiringi doa, zikir dan kasih sayang (sesuatu yang mungkin tidak semua penjual makanan di luar lakukan).

>>> Jika memasak/menyediakan bekal untuk anak, bincang dengan anak terlebih dahulu apa yang dia ingin makan. Ini untuk mengelakkan makanan yang kita masak tidak dimakan.

Baca juga:

Jimat belanja dengan membawa bekal dari rumah.
Tips sediakan masakan cepat untuk keluarga


Selamat berbento ibu-ibu :)


 
Kredit : bentofun.info


Sharing with ♥
 

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

------------------------------------
Ingin bertanya tentang penyusuan susu ibu?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu

Thursday, January 2, 2014

Berapa banyak susu ibu yang bayi perlukan?

Teks: Zaleha Mustapha  
Foto: Carian Google


Photo credit : www.breastfeedingbasics.com

Ibu-ibu biasa bertanya, berapa banyakkah susu ibu yang perlu diminum oleh bayi?
Ini adalah anggaran/panduan sahaja. Ia bergantung pada corak penyusuan bayi kerana setiap bayi adalah unik. Ia tidak perlu disukat atau ditetapkan masa tertentu, yang penting adalah mengikut demand bayi tersebut, susukan sahaja bila-bila masa yang dia mahu. Kekerapan penyusuan akan meningkatkan lagi pengeluaran susu ibu.

Umur : 0-1 bulan
Bilangan Penyusuan Sehari : 8-12
Jumlah Susu Setiap Kali Penyusuan : Lebih Kurang 60ml

Umur : 1-2 bulan
Bilangan Penyusuan Sehari : 7
Jumlah Susu Setiap Kali Penyusuan : 90ml

Umur : 2-4 bulan
Bilangan Penyusuan Sehari : 6
Jumlah Susu Setiap Kali Penyusuan : 120ml

Umur : 4-6 bulan
Bilangan Penyusuan Sehari : 6
Jumlah Susu Setiap Kali Penyusuan : 150ml

Kredit : http://bidanbersalin.blogspot.com/

Sharing with ♥
 
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

------------------------------------
Ingin bertanya tentang penyusuan susu ibu?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu  


+Zaleha Mustapha 

Wednesday, January 1, 2014

Penyusuan susu ibu secara mudah

Teks: Zaleha Mustapha
Foto: Carian Google 



Ulasan saya:
e-Book ini sangat menarik. Ia padat dengan panduan asas buat ibu-ibu menyusu.

Panduan disertakan dengan ilustrasi-ilustrasi menarik.


Sharing with ♥
 


Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

------------------------------------
Ingin bertanya tentang penyusuan susu ibu?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu  


+Zaleha Mustapha 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...