Thursday, January 9, 2014

Panduan membawa bekal dari rumah

Teks: Zaleha Mustapha  
Foto: Koleksi Peribadi dan Carian Google
 


 
#Bento_bekal hari-1:
Gigih nak tunjuk juga walaupun isinya nasi dan ayam goreng halia sahaja :D

Sudah lama saya kagum dan mengikuti fb, blog kawan-kawan yang rajin memasak dan membawa bekal ke pejabat serta bekal untuk anak-anak di sekolah mahupun suami di tempat kerja.

Terus-terang saya akui memasak bukanlah passion / therapy bagi saya. Saya lebih meminati jahitan. Dahulunya saya suka mengemas rumah tapi hobi itu sudah lama ditinggalkan, sebabnya biarlah rahsia :D

Setiap hari, ada waktunya saya memasak lauk yang sederhana sahaja (mudah dan cepat disediakan) dan ada waktunya beli di luar. Keluarga kami sangat jarang makan di luar kerana lebih selesa makan di rumah. Anakanda putera memang kurang selesa di tempat ramai dan saya tidak selesa jika ada yang merokok di kedai makan.

Memandangkan tahun ini anakanda putera telah bersekolah kebangsaan sesi pagi, jadi rutin saya juga perlu diubah. Entri Melangkah ke tahun baru dengan rutin baru


Sebelum ini, dia bersarapan pagi dengan milo sahaja, kadang-kadang makan sedikit nasi tetapi tahun ini, saya berazam untuk memasak nasi dan lauk yang mudah dan cepat setiap pagi. Anakanda juga mahu makan nasi setiap pagi.

Sedikit panduan yang saya boleh kongsikan jika ibu-ibu ingin memasak atau menyediakan bekal:

>>> Dapatkan ilmu/tip penyediaan/pengurusan makanan yang mudah, cepat dan sistematik seperti cara sahabat saya Angah Haslina yang akan saya kongsikan nanti di SINI.

>>> Keazaman yang tinggi dan rasa NAK tanpa ada istilah TAPI.


>>> Mula dengan menu yang sedikit dan sangat mudah dahulu,
contohnya hanya 1 jenis lauk, kemudian di tambah sedikit demi sedikit setelah kita dapat sesuaikan diri dengan rutin baru.




>>> Mulakan dengan kekerapan sederhana, contohnya sekali seminggu, kemudian 3 kali seminggu sehinggalah setiap hari.

>>> Bangun 1 jam atau setengah jam lebih awal dari biasa (mengikut jenis makanan yang hendak kita masak).
Kita sebenarnya telah biasa dengan rutin ini semasa menyediakan lauk untuk bersahur.

>>> Jika bimbang terlewat bangun, masak lebih awal dan panaskan sebelah pagi.

>>> Kaitkan persediaan membuat bekal dengan perasaan yang indah, puas dan gembira kerana dapat memasak sendiri diiringi doa, zikir dan kasih sayang (sesuatu yang mungkin tidak semua penjual makanan di luar lakukan).

>>> Jika memasak/menyediakan bekal untuk anak, bincang dengan anak terlebih dahulu apa yang dia ingin makan. Ini untuk mengelakkan makanan yang kita masak tidak dimakan.

Baca juga:

Jimat belanja dengan membawa bekal dari rumah.
Tips sediakan masakan cepat untuk keluarga


Selamat berbento ibu-ibu :)


 
Kredit : bentofun.info


Sharing with ♥
 

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

------------------------------------
Ingin bertanya tentang penyusuan susu ibu?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu

1 comment:

Ummi Hanie said...

Salam kak,

amalan bawa bekal ni harus dipupuk kan?

hari ni baru sy bawakan bekal tp utk seorg anak saja sebab dia rekues. kebetulan masak nasi goreng utk breakfast. maybe sbb dia baru masuk tahun 1, tak berapa pandai atau tak selesa nak membeli di kantin yg sesak tu.

apapun, moga jd permulaan yg baik dan konsisten.

sy tak pandai berbento deko unik2 tuu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...