Thursday, July 24, 2014

Tip menguruskan EBM semasa perjalanan

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Puan Nurfaziha

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

http://www.nurfaziha.com/2012/11/managing-my-precious-ebm-while.html

Senarai semak dalam menguruskan susu perahan/EBM semasa berpergian/travel:

1. Kenderaan
Kenal pasti kenderaan yang akan digunakan semasa travel: kereta, bas, keretapi atau kapal terbang dll.
Ini berkaitan dengan jangkamasa sampai ke lokasi & prosedur syarikat pengangkutan tersebut.

2. Tempoh masa
Kenal pasti berapa lama tempoh perjalanan dan berapa lama akan berada di loasi tersebut.
Ini berkaitan dengan cara penyimpanan susu perahan: perlu dibekukan atau tidak.

3. Tempat
Periksa samaada lokasi tersebut ada kemudahan untuk menyimpan susu perahan sebelum anda sampai di sana.

4. Peralatan
Bawa peralatan yang cukup untuk menguruskan EBM selain peralatan memerah susu seperti cooler box, kotak polisterin, ice pak, ais kering dll.

Sharing with ♥ 

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>> Borang Konsultasi Susu Ibu

 Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? ClothDNZ
Klik di sini >>>

Monday, July 21, 2014

Doa untuk yang telah pergi ...

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google & Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.


Hari ini kita telah memasuki hari ke-23 Ramadhan. Pantas masa berlalu. Muhasabah buat diri ...

Semasa masak sahur tadi tiba-tiba teringat mimpi malam tadi, mimpi ayahanda mertua sakit dan ada pesanan untuk saya. Katanya saya menantu yang baik. Jika dia sakit, dia minta saya jaga. Saya doakan tiada kelakuan saya yang mengguris hatinya sepanjang 11 tahun menjadi menantunya.

Mimpi saya mengusap dahinya lembut sebagaimana semasa dia masih ada dulu. Detik pemergian ayahanda mertuaada saya kongsikan di sini.

Mimpi ini datang mungkin kerana pernah terdetik, balik kampung nanti tiada lagi susuk tubuh ayahanda di kerusi dan tilam, tiada lagi yang menjenguk ke dapur ketika hampir berbuka. Raya pertama tanpa kedua-dua mertua.

Mungkin juga banyak membaca kisah keluarga yang kehilangan orang tersayang dalam MH17. Terdetik juga, adakah saya juga akan dipanggil pulang dalam terdekat? ...

Allah, saya mohon panjangkan umur agar masih sempat bertaubat dan menyempurnakan segala hutang ... Doakan saya juga ya, berkat bulan yang mulia. Amin.


Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>> Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

Sunday, July 20, 2014

MH17, kita diuji lagi ...

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Picture source : www.theweek.co.uk
8 Mac kita dikejutkan dengan kehilangan MH370, 18 Julai kita dikejutkan lagi dengan terhempasnya MH17 di kawan bergolak, Timur Ukraine (dikawal oleh kumpulan pemisah yang berperang dengan tentera kerajaan Ukraine).

Picture source : http://www.dailymail.co.uk
Allahuakbar, besarnya ujian ini buat semua rakyat Malaysia, berat lagi yang ditanggung oleh ahli keluarga mangsa. MH370 dengan kisahnya yang masih tidak ditemui sebarang serpihan dengan pasti, MH17 pula jatuh di kawasan "sukar". Dikatakan pelbagai sekatan dan halangan untuk memasuki tempat kejadian. Kita doakan usaha membawa balik atau menguruskan mayat-mayat warganegara Malaysia serta pelbagai barangan bernilai dapat diuruskan dengan lancar. Allahumusta'an.
"I came across a little girl, maybe four or five, her uncovered corpse in its cute red top beside some bushes. Nearby was a pink and white stuffed toy bear, a big smile stuck incongruously on its felt face, alongside a Winnie the Pooh". [dailymail.co.uk]
 Melihat gambar-gambar anak patung, buku-buku komik, lakaran kanak-kanak dan gambar keluarga ... hati bagai disayat-sayat ... Diberitakan masih ada mayat yang terbiar dan ada barangan yang hilang. Murahnya nyawa manusia bagi mereka yang tidak berperikemanusiaan. Episod tuduh menuduh bermula.  
"Ukraine menuduh pesawat tersebut ditembak jatuh oleh pemberontak yang memperjuangkan kemerdekaan daripada negara itu. Kumpulan pemberontak yang didukung oleh Rusia itu sebaliknya menuduh tentera Ukraine bertanggungjawab". [astroawani.com]
 Allah, Kau berikanlah balasan yang setimpal buat mereka.


Sharing with ♥

 Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> ClothDNZ

Friday, July 18, 2014

Cara hasilkan lebih banyak susu

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

 Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Picture source : www.ivillage.com
Keluhan susu sedikit, soalan bagaimana nak tambah susu adalah perkara biasa yang temui di kalangan ibu menyusu. InsyaAllah, di mana ada isu, di situ ada solusi. Mari kita lihat antara teknik yang dapat diamalkan untuk menghasilkan susu yang sentiasa cukup buat si comel tersayang :

1. Perhatikan cara penyusuan.

2. Menyusu dengan lebih kerap.

3. Mengosongkan payudara antara sesi penyusuan.

4. Mengurut payudara.

5. Pemampatan payudara (breast compression).

6. Sentuhan dan tuaman suam.

7. Berdoa dan bersedekah.

InsyaAllah saya akan huraikan satu demi persatu teknik di atas. Teruskan layari blog ini :)


Sharing with ♥ 

Zaleha Mustapha 
Kaunselor Laktasi 
------------------------------------ 
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
Maklumkan persoalan ibu di sini >>> Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> ClothDNZ

Tuesday, July 15, 2014

20 tip bagi ibu menyusu yang bekerja

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.


20 tip bagi ibu menyusu yang bekerja:

1. Komitmen yang penuh dan yakin anda boleh melakukannya.

2. Berhubung / bonding dengan bayi.

3. Lakukan apa sahaja untuk menjayakannya terutama di minggu-minggu awal selepas kelahiran, pilih untuk cuti bersalin lebih lama.

4. Kaji pilihan yang ada : bayi di taska berhampiran tempat kerja, bayi boleh dibawa ke tempat kerja, anda boleh balik menyusukan bayi, bekerja secara sambilan?

5. Fleksibel dengan bayi & keadaan anda yang baru.
 
6. Pilih penjaga yang fleksibel.
 
7. 'Kenal' pam pilihan anda, fungsi & kelebihannya.
 
8. Bayi mungkin boleh diperkenalkan dengan botol tetapi tidak terlalu awal.
 
9. Berbincang dengan majikan.
 
10. Sesuaikan dengan rutin kerja.
 
11. Bersedia lebih awal (urusan rutin harian) sebelum ke tempat kerja.
 
12. Menyediakan keperluan bayi & kelengkapan penyusuan sejak malam lagi.
 
13. Tidur yang cukup / berkualiti.
 
14. Bayi dibawa ke pengasuh dengan memakai pyjamas (dimandikan di rumah pengasuh jika perlu keluar bekerja awal pagi)
 
15. Pastikan potongan rambut senang diuruskan supaya tidak ambil masa lama di depan cermin.
 
16. Pilih baju yang sesuai.
 
17. Susukan bayi sebelum ke tempat kerja.
 
18. Tinggalkan bayi dengan rasa gembira dan jumpa bayi setelah pulang dari tempat kerja dengan gembira.
 
19. Pilih pam yang mudah diuruskan semasa mengepam di tempat kerja.
 
20. Dapatkan sokongan daripada rakan sekerja.

Lebih banyak info di http://www.askdrsears.com/topics/breastfeeding/while-working/20-tips-working-and-breastfeeding
 



Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>

 Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>>

Wednesday, July 9, 2014

Makanan Sunnah dan susu ibu

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google & Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

sweet-candy1312.blogspot.com
Alhamdulillah kita telah melepasi 10 hari pertama Ramadhan. Didoakan kita telah beroleh kerahmatanNya. Amin.

Alhamdulillah sepanjang 10 hari ini tiada gastrik kuat yang menyerang. Risau juga saya semasa puasa ganti sebelum Ramadhan yang lepas, gastrik yang sudah lama tidak datang, menyerang kembali. Mungkin berkat bulan penuh rahmat ini, saya rasa lebih sihat. Memang doa sangat saya sihat dan lebih bertenaga. Mengikut check up di klinik homopati, katanya saya ada masalah penghadaman, jadi cepat letih dan mudah sakit kepala.

Sebagai langkah berjaga-jaga, saya lebih konsisten dalam mengamalkan makanan Sunnah. Alhamdulillah saya telah dapat mengambil habbatus sauda secara istiqamah bermula semasa masih menyusukan Adnin. Sekarang Adnin sudah 5 tahun.


Saya suka minum air habbatus sauda yang dicampur susu. Tapi sekarang sudah lama tidak beli yang serbuk halus untuk dibuat air minuman. Makan serbuk yang dalam kapsul sahaja. Saya juga turut menjual habbatus sauda jenama Altamis Habbatus sauda ini. Jika ada ibu yang ingin memulakan amalan makanan Sunnah penawar penyakit ini boleh whatsapp saya di 017-3372042.
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ''Gunakanlah Habbatus Sauda' kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)" (HR.Bukhari, Muslim)
drwox.com
Biji habbatus sauda'

Khasiatnya sangat banyak, antaranya:

Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus Sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

Begitu juga dengan minyak zaitun,
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Makanlah minyak zaitun dan lumurlah minyaknya, kerana ia berasal daripada pohon yang penuh berkat. (Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Untuk ibu menyusu, minyak zaitun sangat mujarab digunakan untuk menyembuhkan luka pada puting payudara (sore/crack niple). Ia juga boleh disapukan kepada bayi untuk kulit yang cantik.

Kandungan vitamin, asid lemak dan pelbagai komponen lain dalam minyak zaitun amat bagus untuk tumbesaran bayi yang disalurkan melalui susu ibu.

www.qualitygreenspecialists.com
Pokok zaitun
Saya mula mengambil kapsul minyak zaitun secara tetap sejak beberapa minggu yang lepas. Alhamdulillah rasa badan kurang letih sedikit. Saya juga mula mengamalkan pati delima yang boleh diminum terus atau dibuat air/jus. Jika dibuat jus, saya hanya boleh minum yang sejuk sahaja buat masa ini. Rasa masam-masam sedikit tapi sedap seperti air ribena :D


Untuk ibu menyusu, digalakkan mengambil buah delima asli atau jus asli bukan ekstrak. Pengambilan adalah pada kadar sederhana untuk kesihatan dan kecantikan ibu serta bayi.

albakri88.wordpress.com
Dan dialah yang menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan yang tidak berjunjung, pohon korma, tanam-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan warnanya), dan tidak sama (rasanya). Makanlah dari buahnya (yang bermacam-macam itu) bila dia berbuah, dan tunaikanlah haknya dihari memetik hasilnya (dengan dikeluarkan zakatnya); dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan. -- Al-Anaam : 141

Baca tentang  Buah Delima dan khasiatnya di blog sahabat ABDR saya.

Selamat mengamalkan makanan Sunnah! Khasiatnya akan mengalir kepada anak melalui susu ibu. Perkenalkan rasa makanan Sunnah ini kepada anak sejak mereka masih bayi. InsyaAllah apabila besar, mereka mudah untuk meneruskan pemakanan Sunnah ini.

Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
 Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

Tuesday, July 8, 2014

Makanan penggalak susu ibu

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.




Tahukah ibu-ibu, banyak makanan semulajadi yang membantu meningkatkan penghasilan susu ibu. Antaranya adalah

- air barli : boleh direbus dan diminum

airtanganfaridah.blogspot.com

- halba : boleh dicampur dalam nasi lemak atau nasi dagang atau rendam dalam segelas air sehari semalam & diminum

www.rempahratus.com.my

- sayur bayam, kucai, tauge

 
www.koleksi1001resepi.com

 
- kekacang


www.bankami.net
Sumber: 100 persoalan mengenai penyusuan susu ibu


Ibu-ibu bolehlah mengambil makanan tersebut pada kadar sederhana dan mengikut keperluan. Lihat juga keadaan bayi setelah ibu mengambil makanan tersebut. Ada yang mengalami kembung dan alah. Jadi ibu boleh cuba makan sedikit dan jika tiada kesan sampingan, bolehlah terus dimakan.

Di samping itu asas atau rukun penyusuan hendaklah diamalkan selalu iaitu kerap mengeluarkan susu sama ada secara menyusukan terus atau memerah susu. Lebih banyak susu dikeluarkan lebih banyak susu dihasilkan.

Makanan semulajadi atau makanan tambahan hanya bertindak sebagai pembantu dan kesannya berbeza antara setiap individu. Jadi "kenal" keadaan badan kita dan amalkan rutin penyusuan susu ibu yang betul.

Selamat mencuba!
 

Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>>ClothDNZ

Monday, July 7, 2014

Bayi epal bayi pisang?

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Sudah beberapa hari tidak berkongsi panduan penyusuan susu ibu, seperti ada yang kurang dalam kehidupan seharian. Alhamdulillah dapat menulis di blog kesayangan ini kembali.

Bagaimana kisah penyusuan ibu-ibu setelah seminggu berpuasa ini? Pasti ia jadi kenangan terindah nanti :) Bagaimana ibu perlu menukar rutin dan membuat persediaan rapi sepanjang bulan yang mulia ini. Percayalah, bulan ini akak memberi keajaiban tersendiri. Ada yang tidak pernah dapat stok susu lebih, tiba-tiba berkat bulan yang mulia ini, dapat kumpul stok! Alhamdulillah.

Kita bercerita lanjut nanti tentang puasa dan penyusuan :) Hari ini saya hendak kongsikan berkenaan kategori bayi susu ibu. Ibu pasti terdengar bahawa ada yang selalu komen bayi susu ibu ini kurus, kecil lantas dicadangkan untuk memberi susu formula.

Sebenarnya kita perlu "kenal" setiap bayi.


Bayi kita jenis yang mana?

Bayi epal/pir = bayi berisi biasanya membakar kalori lebih lambat.

Dia lebih cepat membesar dari segi berat. Pada carta ketinggian mereka berada di bawah purata manakala berat berada di atas purata.

Corak ini adalah normal.



Bayi pisang = bayi panjang & kecil biasanya membakar kalori lebih cepat.

Dia lebih cepat membesar dari segi ketinggian. Pada carta ketinggian mereka berada di atas purata manakala berat berada di bawah purata.

Corak ini juga adalah normal.


Banyak faktor yang mempengaruhi tumbesaran atau bentuk bayi seperti genetik (keturunan), corak penyusuan dan pemakanan, keaktifan dan lain-lain. Baca Bayi susu ibu lebih kecil?

Jadi ibu tidak perlu risau walaupun banyak komen mengatakan bayi kecil kerana kita lebih tahu tentang bayi kita. Selagi dia kelihatan sihat, berat normal dan cergas, maka ibu tidak perlu terpengaruh dengan cadangan yang belum tentu sesuai untuk dipraktikkan agar bayi kelihatan tembam dan comel (katanya).


Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
 ------------------------------------ 
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
Maklumkan persoalan ibu di sini >>> Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> ClothDNZ

Wednesday, July 2, 2014

Terima kasih Allah ...

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Alhamdulillah, saya masih bernafas hari ini, sudah 38 tahun di dunia ini ...


Usia yang semakin bertambah, keterujaan tu semakin berkurang :D Boleh pula lupa hari ini hari lahir. Semasa masuk kerja, "eh, ada ucapan Selamat Hari Lahir ke-38". Sudah tua (?) tetapi sentiasa mudah di hati ..he..he..

Hendak beli apa ya untuk diri sendiri? Biasanya saya suka beli hadiah kepada diri sendiri, ambil cuti, shopping = "me-time".

Ucapan untuk diri sendiri (dari kad ucapan di internet):
Happy Birthday to me,
because a day like today
God bring me into the world with a purpose
to live, share and be happy
for great is your goodness everyday
and faithful gives me hope
I walk with confidence

with the certainty that I can face tomorrow
Kepada yang selalu singgah blog ini, doakan kesihatan, ketenangan dan kebahagiaan saya dunia dan akhirat ya.

Terima kasih :D

Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>> Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>>ClothDNZ

Tuesday, July 1, 2014

Doa untuk ibubapa

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Image source : www.greenprophet.com
Doa ini adalah sebahagian dari doa yang saya terima melalui Whatsapp.

Untuk ibu menyusu, boleh juga mendoakan:
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Setiap titis susu ku yang mengalir dalam diri anak(-anakku)
Kau gantikanlah dengan pahala kebajikan
yang dapat membawa ku ke syurga Firdaus ya Allah
Amin amin ya Rabbal 'alamin
Doa seorang ibu di bulan yang mulia ini pasti dimakbulkan Allah, insyaAllah. Doalah apa sahaja, khususnya ibu-ibu yang merasa ada ujian dalam perjalanan penyusuan susu ibu ini. Bangunlah solat hajat, doalah setiap masa dan percaya Allah akan perkenankan.


Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...