Showing posts with label Cara menyimpan susu perahan (EBM). Show all posts
Showing posts with label Cara menyimpan susu perahan (EBM). Show all posts

Thursday, September 4, 2014

Persediaan menguruskan susu perahan ketika berjauhan

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Kredit gambar

Sejujurnya sepanjang menyusukan Adnin saya "terselamat" dari mengikuti kursus/seminar di luar daerah atau bermalam. Bermula dari umurnya 1 tahun, stok saya cukup-cukup sahaja, adakalanya perah hari ini cukup untuk esok. Jika perlu bermalam, memang saya perlu bawa Adnin, tambahan dia susah tidur bila berjauhan kerana kami mengamalkan "no bottle at home", jadi dia menyusu terus sahaja. Jika saya bekerja sehingga jam 10.30 malam, dia minum susu perahan sedikit melalui botol. Itupun suami beritahu dia selalu menangis tidak dapat tidur.

Pengalaman membawa susu perahan dalam perjalanan jauh adalah semasa balik kampung dan dari kampung ke Bangi. Saya tidak membawa susu perahan beku. Sebelum memulakan perjalanan 8-9 jam dengan menaiki kereta, kita perlu semak dahulu barangan yang perlu disediakan. Saya hanya menggunakan 2 cooler bag kerana stok susu tidak banyak. Lebihkan icepack untuk mengawal susu agar sentiasa sejuk. Boleh lapik tuala untuk menyerap air dan letakkan garam untuk melambatkan proses pencairan icepack/ais.

Bila sampai, terus masukkan dalam peti ais dengan segera. Jika susu baru diperah, boleh letakkan di bahagian bawah peti ais. Jika sudah 2-3 hari dan ingin dijadikan stok  beku, boleh terus masukkan ke bahagian sejuk beku.

Bila letak susu di bahagian bonet, ada kecenderungan untuk ais mudah cair kerana keadaan yang panas. Berhenti apabila perlu kerana kita perlu sampai segera untuk "menyelamatkan" susu :D

Berikut barangan yang dikongsikan oleh ibu menyusu dari KIM jika ibu perlu bertugas luar daerah:
1. kotak polisterin/coleman box/flask nasik
2. ice pack/ice cube
3. tuala
4. garam
5. milk liner [siap gunting atasnya kalau guna jenama Autumnz, labelkan dengan masking tape]
6. marker pen [untuk tulis atas label tadi]
7. pencuci botol & berus
8. pam

Ini pula tip dari Puan Farah, LC semasa beliau ke Korea: 

* Pastikan berapa banyak susu harus ditinggalkan, berapa oz SEHARI SEMALAM.
* Pastikan berapa lama masa perjalanan dalam flight (berlepas dan tiba)
* Masa yang fleksibel untuk memerah ketika travel
* Peralatan yang berkenaan
* Pam penyusuan yang mudah dibawa, bergred hospital, boleh menggunakan bateri dan elektrik (pastikan international charger dibawa bersama)
Jika travel kurang dari 5 hari (susu tahan tanpa dibekukan sehingga 5 hari), maka beg penyejuk yang biasa sudah memadai.
* Pek penyejuk secukupnya. Selain pek penyejuk yang biasa, boleh juga balutkan stok susu perahan menggunakan Thermafreeze Ice sheet untuk mengekalkan suhu sejuk stok susu di dalam beg penyejuk.
* Surat kebenaran dari pihak berkuasa atau mengisi declaration form dengan pihak Airlines yang bakal dinaiki.
* Semak guideline, do’s and dont’s utk luggage.


Baca pengalaman ibu-ibu ini:
Puan Farah
Sweetmom
Ceritera Ibu
Izzah Azfar

Rujuk juga:
Storing & transporting breastmilk

Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
 Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>> Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

Sunday, August 17, 2014

Tips penyimpanan susu yang mudah dan efektif

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak menghadiri aktiviti berkenaan penyusuan susu ibu, akhirnya semalam (Sabtu, 16 Ogos 2014) dapat juga melepaskan rindu dengan menyertai Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu di Bangi Gateway, dekat dengan rumah sahaja :)

Antara acara yang ada ialah ceramah tentang penyimpanan susu perahan, pertunjukan fesyen ibu menyusu, perkongsian ibu menyusu dan forum interaktif.
Sumber

Dr Faridah Idris, Pakar Patologi UPM, IBCLC
Untuk entri ini saya kongsikan sedikit tips penyimpanan susu yang mudah dan efektif oleh Dr Faridah Idris:

- Utamakan pemberian susu yang baru diperah, bukan yang sudah dibekukan.

- Boleh campur susu perahan yang telah diperah dalam masa 24 jam dengan syarat susu pada suhu yang sama.

- Bekas yang baik untuk menyimpan susu perahan adalah botol kaca, non-BPA dan plastik khas untuk susu ibu.
- Tidak digalakkan menggunakan plastik biasa kerana mudah pecah dan dikhuatiri mendapat kontiminasi.
- Bekas dadih hanya boleh digunakan satu hingga dua kali kerana jika tercalar, dibimbangi kuman membiak pada tempat yang calar.

- Simpan susu di bahagian belakang peti sejuk.
- Susu dalam peti sejuk dua pintu (bahagian bawah) yang jarang dibuka boleh tahan sehingga 5 hari,
jika selalu dibuka 3 hari sahaja.
- Susu di bahagian sejuk beku peti ais 1 pintu tahan selama 2 minggu.
- Susu di bahagian sejuk beku peti ais 2 pintu tahan selama 3 bulan.
- Susu di dalam peti sejuk beku (deep freezer) tahan selama 6 bulan.
- Susu beku yang sudah dicairkan tetapi belum dipanaskan tahan selama 24 jam (di bahagian bawah peti sejuk)
- Susu yang telah disuamkan tahan 2-4 jam.

- Bagi penyimpanan susu sementara di ofis yang mempunyai peti sejuk, masukkan susu di dalam bekas bertutup dan labelkan.
- Ini bagi mengelakkan rasa kurang puas hati di kalangan rakan-rakan sekerja yang tidak selesa apabila melihat susu perahan.

- Mudah pengasuh dengan melabelkan botol susu dengan nama anak, dan nombor 1, 2, 3 mengikut susu yang perlu diberi terlebih dahulu.
- Masukkan dalam bekas tertutup untuk diletakkan dalam peti sejuk supaya tidak tertukar dengan susu bayi lain jika pengasuh menjaga beberapa orang bayi.
- Susu telah siap dimasukkan dalam botol bukan dalam plastik. Ini memudahkan pengasuh untuk terus suamkan.

Ibu boleh juga membaca lebih lanjut tentang Memerah dan menyimpan susu ibu sebelum kembali bekerja dalam buku yang ditulis oleh Dr Faridah Idris, Membesarkan anak hebat dengan susu ibu.

RM69 termasuk Poslaju Semenanjung
Ibu yang berminat boleh sms/whatsapp 017-3372042
Percuma Handmade bookmark *sementara stok masih ada
 
Sharing with ♥ 

Zaleha Mustapha 
Kaunselor Laktasi 
------------------------------------ 

Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> ClothDNZ

Thursday, July 24, 2014

Tip menguruskan EBM semasa perjalanan

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Puan Nurfaziha

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

http://www.nurfaziha.com/2012/11/managing-my-precious-ebm-while.html

Senarai semak dalam menguruskan susu perahan/EBM semasa berpergian/travel:

1. Kenderaan
Kenal pasti kenderaan yang akan digunakan semasa travel: kereta, bas, keretapi atau kapal terbang dll.
Ini berkaitan dengan jangkamasa sampai ke lokasi & prosedur syarikat pengangkutan tersebut.

2. Tempoh masa
Kenal pasti berapa lama tempoh perjalanan dan berapa lama akan berada di loasi tersebut.
Ini berkaitan dengan cara penyimpanan susu perahan: perlu dibekukan atau tidak.

3. Tempat
Periksa samaada lokasi tersebut ada kemudahan untuk menyimpan susu perahan sebelum anda sampai di sana.

4. Peralatan
Bawa peralatan yang cukup untuk menguruskan EBM selain peralatan memerah susu seperti cooler box, kotak polisterin, ice pak, ais kering dll.

Sharing with ♥ 

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>> Borang Konsultasi Susu Ibu

 Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? ClothDNZ
Klik di sini >>>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...