Video : MyHEALTHKKM
Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.
Hari ini saya kongsikan video dari KKM yang sangat bagus untuk dijadikan panduan oleh ibu bekerja yang ingin terus menyusukan si comel tersayang.
Sudah lama mendengar keluhan ibu-ibu menyusu, mengapa iklan tentang susu ibu susah hendak keluar di kaca tv. Iklan susu formula juga yang selalu diulang-ulang hingga saya pernah membaca sendiri tulisan seorang ibu, anaknya pandai kerana minum susu XYZ. Itulah mainan psikologi yang telah berjaya diterapkan melalui iklan. Sesuatu yang kurang tepat, jika sering diulang-ulang, ia akan menimbulkan rasa percaya.
Berbalik pada tip meneruskan penyusuan susu ibu bagi ibu bekerja di luar rumah, perancangan dan ilmu sangat penting dalam memastikan impian menyusukan bayi hingga 2 tahun tercapai.
Banyak buku-buku yang boleh dijadikan panduan semasa menyusukan bayi juga. Sertailah ibu-ibu menyusu di kumpulan sokongan ibu menyusu melalui FB: KIM, di mana banyak perkongsian ibu-ibu bekerja yang gigih dan kreatif demi menjayakan impian penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun.
Salam kejayaan buat semua ibu menyusu.

- Ibu boleh membuat jadual latihan pemberian susu ibu perahan, memerah susu dengan tangan atau pam sebelum dan selepas mula bekerja.
- Perah setiap 2 jam atau bila payudara terasa penuh walaupun belum cukup 2 jam. Elakkan terlalu terikat dengan masa kecuali terdapat majikan yang kurang memberi kerjasama.
- Ibu boleh memerah susu di mana sahaja asalkan berasa selesa. Keselesaan amat penting kerana ia membantu kelancaran susu ibu.
- Ambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Banyak buku-buku yang boleh dijadikan panduan semasa menyusukan bayi juga. Sertailah ibu-ibu menyusu di kumpulan sokongan ibu menyusu melalui FB: KIM, di mana banyak perkongsian ibu-ibu bekerja yang gigih dan kreatif demi menjayakan impian penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun.
Salam kejayaan buat semua ibu menyusu.
Sharing with ♥
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>> Borang Konsultasi Susu Ibu
Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ
1 comment:
Perkongsian yang baik. terima kasih
Post a Comment