Gambar : Carian Google
Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahummasalli 'ala sayyidina Muhammad.
[Source] |
Alhamdulillah masih diberi kesempatan olehNya untuk terus melangkah ke tahun 2015. Bagaimana dengan impian kita pada tahun 2014? Sudah banyak yang tercapai? Inilah pentingnya buku catatan impian atau vision board kerana kita mudah menyemak kembali pencapaian kita sepanjang tahun. Jangan ada yang sudah lupa azam tahun 2014 dulu ;)
Awal tahun ini banyak muhasabah yang saya perlu buat. Ada impian yang telah tercapai dan banyak yang masih belum terlaksana. Maklumlah saya ini suka berangan, jadi banyak impian tersenarai. Tahun ini, kena cari strategi baru untuk melangsaikan "hutang" 2014. Allahummayassir.
Bercerita tentang azam baru, saya suka dengan tip dari Dato Roslan Ab Hamid. Beliau menetapkan 66 perkara dan 66 hari untuk melatih perubahan baru.
"Perubahan menurut pakar berlaku dalam tempoh 21 hari. Ada juga kata 44 hari. Saya memilih pandangan Robin Sharma, perubahan berlaku dalam tempoh 66 hari".Beliau telah menulis 66 perkara yang ingin dibuat pada tahun ini. Ini caranya:
"66 perkara ini pecahkan kepada 11 bidang. Antaranya:
1. Keluarga,
2. Keimanan,
3. Keilmuan,
4. Kesihatan,:
Contoh: minum air kosong 3 liter sehari (perkara perlu buat setiap hari)
5. Kenalan (Positioning),
6. Kewangan 1 (Punca Pendapatan),
7. Kewangan 2 (Perbelanjaan), :
8. Kerjaya,
9. Kembara:
Contoh : Tidak boleh
tulis melawat 6 Negara. Maka tamatlah 6 perkara. Perlu detailnya.
Negara mana. Bila jangkanya. Berapa belanjanya?
10. Kebendaan (Apa yang mahu dimiliki)
Contoh: Mahu
beli komputer iMac Apple harga rm6k (perkara sekali buat, tamat)
11. Kejutan (Perkara gila gila yang mahu kita buat):
Contoh: Senaraikan 6 perkara gila gila yang mahu dibuat untuk
tahun 2015.
Contoh tahun 2014, saya buat gila tidak ada telefon
sepanjang 10 bulan. Benar benar tiada. Tujuannya mahu bertenang dan
rasakan hidup nyaman tanpa talian. Ia gila. Tahun ini saya telah tulis 6
perkara: Antaranya pergi tidur atas madrasah depan rumah Puan Guru Ainon Mohd.,
Janda Baik
Pada setiap bidang itu tuliskan 6 perkara. Jelas dan tepat. Kita akan teruja apabila kita menanda nanti. The Power of Ticking.
Semuanya ini perlukan komitmen dan konsisten. Ia bukan perkara main main
yang mudah dilupakan. Saya telah matang usia. Waktu berganjak pantas.
Justeru, mimpi indah zaman remaja telah berlalu pergi.
Doakan
yang terbaik dan laporan pencapaian akan saya nilai kembali pada 31
Disember, 2015".
Mari capai buku nota, pen, fikir dan tulis :)
Merah tanda jiwa perlu membara ;) |
Nota Syukur
Nota Kejayaan
Nota 101 Impian/Makbul
Nota 66 Perkara 2015
3 nota teratas ikut cara Cik Puan Insyirah. Didoakan Allah permudahkan niat dan usaha ini.
Ya Allah ya Tuhan ku,
aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas.
Sharing with ♥
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>> Borang Konsultasi Susu Ibu
Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ
No comments:
Post a Comment