Monday, January 26, 2015

Anak tidak mahu menyusu

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

[Photo credit]

"Assalam sis, maaf saya sudah buntu ... Bayi saya (3 bulan) tidak mahu langsung hisap susu perahan melalui botol. Minggu depan saya sudah mula bekerja dan pekerjaan saya pula masanya tidak menentu (askar). Semua ahli keluarga yang lain sudah cuba untuk beri susu. Saya sudah beli pelbagai jenama puting, feeder cup, picagari, tetapi bayi tetap tidak mahu sehingga sanggup tidak menyusu selama 4 - 6 jam."

Saya bertanya susu yang diberi adalah susu segar atau yang beku. Bila ibu di atas maklumkan susu yang diberi adalah susu dari freezer, maka saya cadangkan untuk beri susu segar samaada baru lepas perah atau yg belum masuk freezer.

Ada 2 kemungkinan:
Bayi sensitif dengan bau dari peti sejuk 
atau bayi sensitif dengan rasa frozen ebm. 

Ada ibu yg mempunyai lebih enzim lipase dalam susu yg menyebabkan sedikit perubahan rasa pada susu.

Saya cadangkan usaha juga cara spiritual iaitu dengan solat hajat dan doa. Banyakkan bercakap dgn bayi semasa menyusu direct, beritahu mama nak kerja, baby anak soleh/solehah minum susu mama masa mama pergi kerja dan apa jua pesanan dari hati.

InsyaAllah ia satu doa dan doa ibu pasti dimakbulkan.

Untuk susu perahan, letak di bahagian bawah untuk tempoh 3-5 atau 8 hari. Pastikan bekas simpanan tertutup agar tiada bau lain meresap.

Didoakan dipermudahkan oleh Allah. Biasanya bayi boleh adapt dengan baik bila ibu tiada cuma dia perlu masa.

Ada juga bayi yang kurang menyusu siang hari tapi menyusu lama di sebelah malam. Jadi dia dapat ganti penyusuan di siang hari. Ia normal asalkan bayi kelihatan sihat, ceria dan berat ada peningkatan.

Dan sehari selepasnya, ibu maklumkan,
 
 "Syukur alhamdulilah baby saya dah nak hisap susu guna btl..syukur sgt2 atas saranan sis.. Alhamdulilah terima kasih sis..td sy bg 120 ml blh hbs..syukur sgt2.."

Alhamdulillah good baby.

Bila kerja nanti mmg digalakkan beri yg fresh semuanya,
atau kalau dia minum 4 btl=3 yg fresh, 1 yg frozen.


Sharing with ♥

 
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...