Tuesday, October 21, 2014

Sedih susu sedikit?

Teks : Zaleha Mustapha
Video : You Tube

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Rasa sedih susu sedikit, tidak banyak seperti ibu lain sering bermain di fikiran ibu-ibu. Sudah banyak tip dan teknik secara teknikal/fizikal yang dikongsikan dalam buku-buku, kelas, komuniti dan internet. Mari kita lihat tip secara spiritual untuk menghilangkan kesedihan itu melalui video ini.



Doalah agar Allah menenangkan hati kita. Bila ibu tenang, insyaAllah susu akan "pulih" seperti biasa. Jika kuantiti masih sama pun, kita akan redha dan insyaAllah akan cukup. Aturan Allah sangat adil dan indah.

Saya teringat kisah Adnin yang mengalami growth-spurt di mana dia minum susu sekali ganda lebih banyak dari biasa. Setiap hari saya perlu bergegas ke taska untuk menghantar susu. Dalam jiwa dan minda memang kacau bilau pada peringkat awal. Tetapi saya perlu tenangkan diri kerana semakin stress, semakin sedikit susu yang keluar. Doa memang tidak putus. Usaha power pumping dan segala milk booster. Yakin tempoh ini sekejap sahaja dan doa Allah beri kekuatan untuk terus mengepam serta berulang alik ke taska.

Ditakdirkan, ia hanya mengambil masa beberapa hari dan ada harinya terlebih bekalan pula. Dia banyak makan dan tidur agak lama.

Alhamdulillah, banyak hikmah dari kejadian tersebut. Kita hanya perlu mencari ubat kesedihan itu :)


Sharing with ♥ 

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
 Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

Monday, October 20, 2014

Bengkel MBfPC Southern Region 2014

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : FB

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.


Berminat menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC)?

Jom sertai program : Bengkel MBfPC Southern Region 2014

Tarikh : 23-25 October 2014
Tempat : UCTC M38, UTM Skudai. Johor .
Anjuran : Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru. Johor
 

Yuran :
RM220 ( Ahli KSPSIJB)
RM250 ( Awam)


Bayaran kepada:
Azwana Binti Mohd Hasan (CIMB : 7609211783)
Email: azwana7780@gmail.com

Hubungi :
Pn Azwana Mohd Hasan 01122207780
Pn Zulhaya Marzuki 0137652551
---------------------------------
 Bengkel ini akan dikendalikan oleh jurulatih dari Persatuan Pembimbing Ibu Menyusu Malaysia (PIMM) yang akan melatih Pembimbing Ibu Menyusu (PIM) atau Peer Counselor (PC) dalam isu dan teknik penyusuan susu ibu.

Antara program sasaran di dalam projek ini adalah melebarkan perkhidmatan PIM/PC dalam kalangan masyarakat agar lebih ramai ibu-ibu dan keluarga yang menyusui anak mereka mendapat sokongan yang sewajarnya.

Justeru itu, penglibatan PIMM/MBFPC di dalam sebarang program kemasyarakatan adalah sangat diperlukan sebagai satu saluran hebahan tentang fungsi dan peranan PIM/PC terhadap masyarakat setempat.
Sharing with ♥ 

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
 Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

Sunday, October 19, 2014

Hak utama kanak-kanak menurut Islam

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : FB

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Poster ini dikongsikan oleh Dr Harlina Haliza Siraj.

Alhamdulillah saya temui info ini semasa melayari FB. Poster ini dikongsikan oleh Dr Harlina Haliza Siraj.

Salah satu hak anak adalah disediakan keperluan asas. Penyusuan susu ibu termasuk dalam keperluan asas anak. Justeru, ibu bapa adalah sangat bertanggungjawab untuk memastikan hak anak diperolehi dengan sempurna.


Sharing with ♥ 

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
 Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

Thursday, October 16, 2014

Public talk on women health and breastfeeding

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : FB

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Jemputan khas untuk orang awam.
Percuma untuk 100 peserta pertama yang mendaftarkan diri di NLC 0361201491.


Dapatkan ilmu percuma berkenaan kesihatan wanita dan penyusuan ibu daripada pakar Pusat Laktasi Kebangsaan KKM. Jam 1-5ptg pada 2hb november 2014 bertempat di ruang legar berhadapan Auditorium Hospital Rehabilitiasi Cheras KL. 

Pelbagai aktiviti menanti anda disana termasuk booth jualan berkaitan peralatan produk kesihatan wanita, penyusuan susu ibu dan keperluan bayi pada harga promosi yg murah!
Mengikut makluman terkini (17 Oktober 2014) masih ada 40 tempat koson.


Sharing with ♥ 

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
 Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

Monday, October 13, 2014

19 tip mengepam dengan efektif

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google & Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

[Picture source]

Tahukah ibu-ibu memerah susu juga memerlukan ilmu dan kemahiran untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Mari kita amalkan 19 tip mengepam susu yang efektif dari Dr Sears:

1. Ikut rutin dan langkah demi langkah yang biasa dilakukan semasa memerah susu.
Sediakan tempat, peralatan dan bertenang untuk membolehkan susu keluar dengan lebih lancar.

2. Mulakan dengan mengurut payudara selama beberapa minit.

3. Minum beberapa gelas air sebelum mengepam.

4. Guna teknik imaginasi untuk menggalakkan pancutan susu (let down reflex).
Bayangkan sungai yang mengalir di sebalik bukit bukau menghijau, terus mengalir ke lautan luas atau bayangkan diri ibu adalah pancuran air yang mengeluarkan air susu melimpah ruah.

5. Lihat gambar si comel ibu atau bawa baju, selimut atau apa sahaja kepunyaan bayi untuk membolehkan ibu rasa seolah-olah bayi ada bersama.

6. Hubungi pengasuh untuk bertanyakan apa yang bayi sedang lakukan.

7. Dengar lagu yang disukai.

8. Gunakan pam yang tidak menyakitkan.
Mulakan dengan setting suction yang lebih perlahan. Tukar corong pam jika ibu kerap merasa sakit.

9. Jika puting terasa sakit, sapukan krim khas (emollient).

10. Pam sekerap mungkin, sekurang-kurangnya setiap 3 jam.

11. Tambah kekerapan mengepam terutama pada awal pagi.

12.Jika susu kelihatan berkurang dari biasa, semak sama ada pam sudah perlu diservis.

13. Pam pada sebelah payudara dan bayi menyusu pada sebelah payudara lagi.
Ini akan menggalakkan lebih banyak susu dihasilkan.


14. Pam kedua-dua payudara pada masa yang sama (double pumping).

15. Tukar pam jika ia tidak berfungsi dengan baik.

16. Pakai baju yang memudahkan ibu mengepam susu.

17. Gunakan handsfree kit ketika membuat double pumping.
Ibu lebih selesa dan boleh membuat kerja lain semasa mengepam.

18. Sesuaikan posisi semasa mengepam supaya susu tidak terkena baju.

19. Pam dengan rasa tenang dan tidak tergesa-gesa.

Proses mengepam juga mengambil masa untuk ibu merasa serasi dengan pam tersebut. Ia perlu dipelajari dan dipraktis agar proses mengepam menjadi satu aktiviti yang seronok. Tentu ibu berasa puas semasa melihat susu itu memenuhi botolkan?

Selamat mengepam ;)

Sharing with ♥ 

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
 Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...