Thursday, October 9, 2014

Kenapa aku?

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

[Sumber]
Saya kongsikan titipan indah yang ditemui di dinding FB rakan saya:

1. Andaikata kamu dikhianati atau dilukai oleh mereka yg mempunyai talian kekeluargaan dgn kamu, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Yusuf as, yg dikhianati oleh saudara2nya...

2. Andaikata ibubapa kamu, atau mereka yg kamu kasihi, menentang kamu ketika kamu berjalan di atas jalan kebenaran, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Ibrahim as, yg dihumban ke dalam api oleh ayahandanya...

3. Andaikata kamu buntu di dalam permasalahan dan tidak nampak jalan keluar, usah bersedih. Ingatilah kisah Yunus as, yg terperangkap di dlm perut ikan.

4. Andaikata kamu didatangi penyakit, dan seluruh anggota badan kamu di landa kesakitan, usah bersedih. Ingatilah kisah Ayub as, yg ditimpa kesakitan dan pelbagai penyakit, disamping kehilangan ahli keluarganya.

5. Andaikata kamu melihat akan adanya kekurangan atau kelemahan pada diri kamu, usah bersedih. Ingatlah kisah Musa as, yg tidak dapat bertutur dgn sempurna.

6. Andaikata kamu difitnah dan dicaci oleh manusia di sekelilingmu, usah bersedih. Ingatilah kisah Aisyah ra, yg sabar setelah difitnah sehingga satu kota memperkatakannya...

7. Andaikata kamu rasa kesunyian dan keseorangan serta tiada yg membantu, usah bersedih. Ingatilah kisah Adam as, yg diturunkan ke muka bumi bersendirian sebelum bertemu kembali Hawa.

8. Andaikata kamu rasakan tidak ada kewajaran akan apa yg perlu kamu lakukan, serta detikan hati tertanya mengapa ianya terjadi, usah bersedih. Ingatilah kisah Nuh as, yg tanpa keluh dan tanpa tahu sebabnya, terus membina bahtera yg besar tanpa soal...

9. Andaikata kamu diherdik dan dicerca oleh saudara mara kamu sendiri lantaran kamu memilih agama dan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia, usah bersedih. Ingatilah kisah Muhammad saw, yg dipulaukan dan diperangi oleh keluarganya yg terdekat...

Subhanallah... Masyaallah.. Allahuakbar...

Allah swt mewujudkan personaliti yg hebat2 ini sebelum kita, dan mendatangi mereka dgn pelbagai ujian dan cabaran, dgn tujuan agar satu hari nanti, manusia spt saya dan kamu, bila mana berhadapan
dgn sebarang musibah dan tribulasi, tidak perlu berkata "KENAPA AKU?"...

ALHAMDULILLAH UTK SEGALA2NYA YA RAHMAN.

Jika sudi dikongsikan dgn sesiapa sahaja, silakan jika tidak keberatan......
(Penulisan asal di dalam bahasa Inggeris. Di translasi oleh Zulkiflie Amir.)

*************************

Begitulah juga dengan kisah ibu-ibu menyusu. Mungkin ada yang pernah terdetik di hati, kenapa susu sedikit, kenapa anak tidak mahu menyusu, kenapa anak tidak mahu menyusu melalui botol - bagaimana hendak pergi bekerja?, kenapa suami tidak menyokong, kenapa itu, kenapa ini ...

Sesungguhlah Allah sedang menyediakan ibu-ibu untuk menjadi seorang ibu yang lebih hebat insyaAllah. Mungkin tidak terlihat di mata orang lain, tetapi hanya ibu yang dapat merasakan kekuatan tersendiri apabila tempoh "ujian" itu dapat dihadapi dengan sabar dan usaha yang tidak kenal erti pasrah.

Terima kasih Allah, Allah sediakan saya dengan kisah dan pengalaman menyusukan anak pertama sehingga 4 bulan sahaja, semasa pantang pun sudah diberi susu formula walaupun saya teringin menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu. Bila direnung semula, banyak sangat hikmahnya. Rupanya itulah permulaan yang melorongkan saya menimba ilmu, mengutip pengalaman, menyemai cita-cita sehingga saya menjadi Kaunselor Laktasi sekarang.

Inspirasi saya dalam dunia susu ibu, Puan Kamariah Alwi pernah berkata, "tiada kegagalan dalam kisah penyusuan, yang ada hanyalah permulaan untuk sebuah kejayaan di masa hadapan".

Sharing with ♥ 

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
 Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

Tuesday, October 7, 2014

Iklan milk booster dan susu ibu

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

[Picture source]
Saya suka membaca bahasa iklan-iklan yang berkaitan dengan susu ibu tatkala ia melintas di newsfeed FB.

Bahasa iklan ⇨"memancut-mancut"
Ya, susu ibu memang memancut semasa milk ejection atau let down reflex.
Ada ibu yang sedar keadaan ini, ada yang tidak.
Keadaan ini berlaku walaupun ibu tidak mengambil sebarang milk booster.
Ia tindakbalas semulajadi.
Susu yang terlalu memancut laju boleh menyebabkan bayi kecil tersedak.
Ada juga ibu-ibu yang mengalami "slow flow".
Saya suka mencari renteten kejadian untuk lebih memahami keadaan yang berlaku pada ibu.
Ada asbab yang dijadikan Tuhan dan kita cuba cari solusi berdasarkan asbab itu tanpa mengambil jalan shortcut.

Bahasa iklan ⇨ "melimpah ruah"
Over supply pun ada kelemahannya 

Saya suka pesan kepada ibu-ibu, doakan susu yang cukup bukan banyak melimpah ruah dengan membandingkan kuantiti susu ibu lain.
Walaupun nampak macam sedikit tapi cukup Alhamdulillah.

Bahasa iklan ⇨ "lebih berkualiti lebih pekat"
Kualiti susu ibu tetap berkualiti walaupun di negara kebuluran kerana ia anugerah unik dari Allah yang berubah mengikut keperluan anak dan sekelilingnya.
Susu seseorang ibu tidak boleh dikatakan tidak berkualiti dengan mudahnya.
Susu ada peringkat cair, ada peringkat pekat.
Susu semakin pekat apabila anak kerap menyusu atau kerap memerah susu. Ia juga bergantung pada cuaca persekitaran.
Jadi fahamkan keperluannya mengikut keadaan khusus ibu dan bayi.

Bahasa iklan ⇨ "susu banyak dengan lebih pantas"
Payudara tidak mengeluarkan susu seperti paip air.
Dalam proses power pumping untuk menggalakkan penghasilan susu secara semulajadi, ia akan mengambil masa, susu akan meningkat sedikit demi sedikit sesuai dengan keperluan bayi dan fisiologi ibu.
DOA, USAHA, TAWAKKAL adalah kuncinya.

Nota:
✔ Iklan perlu patuh syariah.
✔ Wajib ada asas ilmu penyusuan jika berniaga produk berkaitan penyusuan.
✔ Hulurkan bantuan agar ibu beroleh keyakinan bukan rasa kebergantungan yang keterlaluan.
✔ Bantu ibu membuat pilihan yang betul.
✔ Ambil milk booster dengan ilmu asas penyusuan susu ibu.
✔ Jadikan milk booster sebagai bantuan sampingan bukan yang paling utama untuk mengelakkan kekecewaan jika hasil tidak seperti jangkaan.

Sharing with ♥ 

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
 Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

Saturday, October 4, 2014

Erti pengorbanan seorang ibu menyusu

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.


Alhamdulillah kami sekeluarga selamat sampai di kampung pada tengah hari Jumaat.
Seperti biasa, diserang angin dan sakit kepala lagi. Tidur sahajalah sepanjang jalan. Encik suami sudah biasa ditemani cd rakaman nasyid atau ceramah di Ikim.fm sejak awal perkahwinan :)
Semasa berhenti makan pagi, suami sudah siap sediakan paracetamol. Dia memang "nurse" yang prihatin.

Perjalanan lancar walaupun sudah ramai yang mula balik kampung. Penuh jugalah masjid Raub.
Semasa menunggu solat, terlihat anak kecil yang comel dan ibunya sedang membancuh susu botol. Teringat masa menyusukan Adnin, mudahnya tidak perlu membancuh susu, Alhamdulillah, cuma bila dia tidur lama dan menyusu sekejap-sekejap, hampir kena bengkak susu.

Sempena hari raya korban ini, marilah kita sama-sama merenung erti pengorbanan seorang ibu. Kisah Siti Hajar, bonda nabi Ismail sangat menginspirasikan.
Kekuatan dan semangat beliau kita impikan dan tanamkan buat semua ibu menyusu.
Walaupun pelbagai cabaran dan dugaan sepanjang tempoh penyusuan, namun usaha dan tawakkal tetap padu lagi jitu. Kita yakin Allah akan berikan kurniaan yang hebat untuk kita.

"Ibu akan terus menyusukan,
memerah susu,
mengusung beg berisi pam dan pelbagai keperluannya,
semakin kerap menyusukan,
bangun tengah malam memerah susu, belanjakan wang ringgit membeli segala keperluan,
masuk kelas menyusu,
rajin bertanya,
selalu membaca,
cekal hadapi apa jua pandangan sinis orang di sekeliling,
kerana inilah pengorbanan seorang ibu demi hakmu untuk menyusu dengan susu ibu".

Salam kejayaan penyusuan susu ibu.
Amin.


Sharing with ♥ 

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
 Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

Thursday, October 2, 2014

Tip menarik duit dan rezeki

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

[Picture source]
Bismillahirrahmanirrahim

Jumaat 26.9.14 saya mula amalkan tip yang dikongsikan oleh Puan Suraya Ali di FB beliau, sempena beli dompet baru (harga RM15 tapi suka sangat - hitam dan ada warna keemasan + "batu permata").

Prinsip saya dalam membeli sesuatu : pertama, saya suka dan kedua, ia praktikal, menepati ciri-ciri keperluannya, harga soal ketiga, bergantung pada nilai yang diberikan.

Duit-duit syiling yang jatuh di lantai, cepat-cepat kutip masuk tabung. Anak-anak juga sudah selalu dipesan, jangan sepahkan duit merata, terus masuk tabung.
"Usah letak duit merata.
Seperti makhluk yang lain, duit juga suka berteman berkumpulan.
Letakkan setempat.
Walaupun 10 sen kutip di lantai dan kumpulkan.
Lagi cantik bekas (tabung) lagi mereka suka.

Susun kepala Sultan sesisi bersama untuk wang ringgit.
Jumlah besar di belakang.
Jumlah kecil di hadapan.

Bila lihat duit dalam purse selalu beritahu - Alhamdulillah syukur nya seronok ada duit duit ini.
Semoga ia beri manfaat hari ini.

Aha dalam purse tak boleh ada resit upah tempah baju, kad merah klinik dan resit dentist anak.
Ada duit sahaja dan pengenalan peribadi iaitu IC license atau kad polis -jika anda polis. Hihi.

Cuba lakukan dan anda akan lihat bezanya setahun akan datang.
Iaitu duit sukakan anda ^____^"

Ini pula tip menarik rezeki dari Tuan Mohd Shariman Che Deris, tambahan dari amalan asas solat dhuha dan solat tahajjud:

1. Kekalkan sejumlah wang (cadangan RM500) dalam dompet untuk memberi rasa "aku ada duit" = bila kita fikir dan rasa ada duit, maka sebenarnya kita menarik rezeki dengan rasa hati dan fikiran (doa) setiap masa.
Dalam prinsip Law of Universal Attraction (LUA), apa yang kita fikir, rasa, tulis, cakap adalah DOA.


2. Adakan Tabung Subuh.
Sedekah sejumlah duit dalam tabung sebelum waktu Subuh setiap hari. Bila sudah penuh, terus dermakan pada masjid atau rumah anak yatin tanpa mengira jumlahnya.

3. Belanja makan kawan-kawan sepejabat atau taja jamuan di surau/masjid.

4. Sedekah dalam tabung masjid setiap kali ke masjid.

Allah, bantu kami untuk istiqamah. Amin.

Amalan (sedekah) ini juga elok dilakukan oleh ibu menyusu kerana susu juga adalah salah satu rezeki yang tidak ternilai dari Allah. Rasa gusar, bimbang, stress, sedih, tidak dapat dipisahkan dari ibu-ibu apabila mengalami susu sedikit.  
Salah satu usaha untuk rasa tenang dan mengembalikan semula susu adalah melalui amalan rohani. Apabila kita dekat dengan Pencipta susu, insyaAllah Dia akan memberi dengan kadar yang sesuai untuk anak kita. Allahummayassir.

[Sumber]



Sharing with ♥ 

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
 Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ



Wednesday, October 1, 2014

Hakikat sebuah hajat

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi & Carian Google

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

http://rashidyjamil.blogspot.com

Semasa mengkatalog buku ini, saya sempat terbaca tentang hakikat sebuah hajat. Menarik isinya.

Apabila kita renungkan betapa banyaknya doa kita yang sebenarnya hanyalah satu kemahuan bukan keperluan.

Kata-kata penyair Arab:
"Kita disibukkan pagi dan petang dengan hajat-hajat kita. Sedangkan hajat bagi orang yang hidup tidak pernah habis-habis".

Itulah hakikat sebuah hajat.

Bagaimana untuk mengurangkan hajat-hajat yang bersifat kemahuan ini? 
Semailah sifat memadai (qana'ah) kerana bila kita tidak dapat bukan bererti Alah tidak beri, tetapi Allah mengetahui apa yang terbaik untuk kita agar kita belajar erti Redha yang mendekatkan diri kita kepadaNya.

Maka, seeloknyalah kita berhajat pada sesuatu yang merupakan keperluan pada kita sebagai seorang insan bergelar wanita, ibu, isteri, anak, pekerja dan yang lebih penting lagi keperluan kita sebagai hambaNya ...

Suka saya mengaitkan entri ini dengan kata-kata inspirasi dari Mommy Lyna, (seorang yang tidak asing lagi dalam dunia Shaklee) - tentang impian yang tidak tercapai.

Saya pasti kita selalu tertanya-tanya kenapa ada impian kita yang tidak tercapai. Alhamdulillah saya temukan jawapannya dari perkongsian Mommy Lyna. Beliau menyatakan ada dua kemungkinan:

1. Allah sudah menentukan yang lebih baik.
Ini setelah kita berdoa dan berusaha sehabis baik. Mungkin juga yang kita impikan itu hanya satu kemahuan bukan keperluan yang terbaik untuk kita.

2. Cuma berimpian sahaja:
- sekadar cakap tetapi tidak berusaha,
- sudah berusaha tetapi tidak cukup gigih,
- tidak tahan dugaan, mudah putus asa.

[Sumber]

Kita sebagai ibu, hajat menyusukan anak itu adalah suatu keperluan bagi kita kerana itu adalah tanggungjawab ibu dan hak anak. Tambahan lagi ia sudah termaktub dalam Al Qur'an, suruhan khas dari Nya.

Berdoa, berusaha dan berdoa lagi untuk mencapai impian menyusukan anak selama 2 tahun.

Salam kejayaan penyusuan susu ibu!
[Sumber]
Sharing with ♥ 

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
 Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...