Friday, January 9, 2009

Lega sikit

Td masuk ofis kul 9.30. Ke Hosp. Serdang kul 8 dgn abe. Kjp je sampai. Nunggu ada org kat kaunter dkt 1/2 jam jgk. Nak ilang boring g kutip pamphlet kat ruang menunggu.

Last2 tak buat temujanji pun sbb nurse kata masih awl & kes ni sepatutnya direfer ke Hosp. Kajang (ikut almt)..he.he..sbb aku tak brp rajin nak g spital lg tanyala dia tak g Hosp. Kjg terus pun takpe kan. Misi tu ckp "ha'ah, biasanya bb akn pusing sendiri nanti. Kalau dah 34weeks++ tak pusing2 lg br kena jumpa pakar".

Maybe rasa mcm dia tak amik serius tp aku suka sbb benornya aku tak brp rajin nak g spital gomen lg kalau tak terpaksa. Tgk muka misi yg ala2 serius tu pun aku dah kecut perut. Sib baik td masa berurusan baik lak :).Tgk tu..br gundah gulana smlm, hr ni dah eksen pulak dah. Bkn apa sbnrnya aku mcm yakin pulak uri & bb akn ok nanti. Pengalaman kwn2 pun ada yg btl2 dkt nak due br uri naik.

21/1 checkup dgn klinik panel. Nak kena tanya dr sejauh mana seriusnya kes aku ni.Ikut info yg aku dpt, placenta previa type 1 ni ada hrpn besalin normal.Cuma aku kena byk usahalah selain doa kan, jg pergerakan, refer dr homopati dll. Ikut info yg aku jumpa ada bbrp cara jgk tp tak sempat baca lg. Doa2 aku & bb akan selamat sehingga due.

Pg ni leh senyum ceria masa blk spital td + dlm kete duk dgr Din Beramboi kat radio era tu & salih yaakub, khairil kat sinar. Gelihati dgn lawak dorang tu.

Anyway, Alhamdulillah, aku rasa ada hrpn keadaan aku ni will be ok..
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...