Tuesday, February 17, 2009

Update sket

Lama tak update nampaknya. “M” nak menaip + kat opis full sket. Tp sempat je jenguk blog kwn2 time rehat2 tu ;)

Recall2 diari seharian spjg last week – cite biasa2 sajer :

- checkup 6/2, naik lg sekilo, dah 58 kg. Tgk cermin tu rasa bolat je muka nih. Ish! Tak saba nak kembali ke btk asal..heh..heh..baju2 yg boleh pakai semakin berkurang. Terhad pd ‘uniform’ semata je lah, tinggal 5 helai..boring gak nak ulang yg tu sebln lg ni. Cdg nak soping sket terbantut plak dah sbb ...

- kete mintak duit lg. lps isi mnyk tetiba bunyi kuat sgt kat blkg tp sbb abe dah g keje aku pun bwk je ke opis sambil doa jgn la meletup ke hapa..takutnyer! tgk kat ekzos mcm patah lak. Nak mintak staf yg terror bekki kete ni cuti la pulak. Berani jgklah bwk lg ms blk keje tu. Siap amik off takut apa2 kalau lambat sampai dek kete byk tgh jln. Rupanya bila abe cabut yg patah tu dah takde bunyi. Ekzos tu mmg dah karat pun, sampai patah tu. Kena tuka semua sekali satu ekzos tu. Abe teman ke bengkel kete. Time tgh2 bln ni kad htg lah penyelesaiannya, melayang RM220…huhuhu..Br nak kenen abe nak beli baju bb..

- bb dah kerap mengeras, kdg2 seharian rasa mild contraction. Seram je rasa..kalau emergency mmg kalut la nanti sbb tak prepare apa2 pun lg. Sepatutnya dah siap beg keperluan utk ke spital kan, incase takut terawal tp doa sgt2 bersalin ikut due. Tgk pakej bersalin kat private hosp. kat sini mmg mhl sgt, byk beza dgn kelantan. Nampaknya kalau terawal kena g spital gomen gak la..save budget..huhuhu..

- cuti hjg minggu & thaipusam tu tak ke mana. Ingat nak ajk abe g KLCC. Tingin nak cari eksrim mingo2. Katanya ada kiosk kat situ tp sbb pg2 dah rasa sakit pinggang semacam, cancellah. Selama beli brg dpr kat tesco tu pun, baliknya sakit pinggang ke bwh sampai jln tesenget2. kalau nak besalin kat sini takpelah eksesais lebih2. Ni nak blk kg risau jgk kalau asyik rasa sakit pinggang & contraction kan

- kat ofis lak tlg bos bertungkus lumus siapkan analisa survey pelanggan bhgn kami. Dia akn present kat meeting 15-17/2. Waduh! Lama tak ‘bermain’ dgn analisa, table, charts bagai nih. Penat tp dpt ilmu br, bljr SPSS secara instant..he..he..kdg2 tegelak2 lucu dgn bos. Blk dkt kul 8mlm bbrp hr lps. Sampai telupa nak call cikgu tadika nak ambik Hakimi lambat. Musti cikgu dia tertanya2 kenapala ummi abah Hakimi ni tak dtg2, tak bgtau pun nak amik lewat. Hari2 lain abah yg amik. Blk umah, abah dah siap msk nasik, lauknya telur goreng special resepi abah (tumbuk bwg putih, cili api + budu) Oklah bah, telur goreng semata pun, janji ummi tak yah masak dah..ngeh..ngeh..ikutkan perlu stay sampai kul 10 mlm utk siapkan tp bdn & kepala dah tak mengijinkan.

- Bos lah lg kesian, aku ni nolong je..Katanya dia stay tgh mlm nak siapkan, sekali yg dah siap tu hilang lak. Kena buat lg pg tu..huhu..tragis dan sejarah kata dia. Sblm ni takdela sampai cegitu..ujiaaan..Tingat lak time wat assignment dolu2, mmg selalu kes2 pc bermasalah ni. Tensen betul tp rasa puas sbb rasa mcm dah 'berbuat' sesuatu. Kalau takde keje sgt otak pun lemau semacam kan.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...