Wednesday, January 20, 2010

Simpan Challenge

Bln 11 dulu nak join simpan challenge, rasa dah bg email kat abangabu tp tesilap isi kot.pastu nak join balik tgk ada byrn sket, tak reti lak singapore currency ke camne (tak contact dia lak..he..he..) tp sbb ada blogger share, so copy dr blog dia je tips2 tu. Credit to Yus. Sume ada 30 tips. Baru amal yg ni :
Tip #1 : Sediakan Tabung
Beria cari balang kuih raya nak wat tabung..he..he..Abangabu ckp takyah beli, cari je mana2 bks yg ada. Niatnya nak simpan duit kan, takyah la kua duit beli tbg utk simpan duit..he..he..Utk permulaan buh syiling2 'lebih' dr purse & yg jumpa2 kat umah ni.
Tip #2 : Minta diskaun
Actually dah lama amal kat satu kedai kat pusanika tpt aku keje ni. Dia selalu bg diskaun RM2. Tp kat tpt lain tak berani mintak lak..he..he..So lps dpt tips ni terus amal la tp tak kat semua tpt lg. Mintak diskaun kat tadika ank aku hr tu..he..he..anak aku dah 3thn kat situ kan. TQ kak Pah dpt diskaun RM10 every month. So kena la masuk tabung RM10 every month.
Tip #4 : Mulakan buku nota belanja

Ni dah lama buat tp stop few months ago sbb buku 555 dah habih. Nak beli asyik tertangguh2. Pdhal buku nota kecik2 byk je dpt dr opis ni. Nak kena wat segera nih. Sblm ni main catat je tak wat analisa & takde pengurangan belanja pun.Cuma kalau nak trace duit habih ke mana sng la bukak buku je. Lps ni kena kira jumlah & krgkan mana yg boleh.
Tip #20 : Bawa bekal makan
Ni kdg2 je time byk masa waktu pg & rajin prepare, setakat roti je la tp save la duit kuih pg tu kan. Sjk dr pregnant dulu mmg duit habih ke mknn sbb asyik lapar je..huhu..Selagi boleh kawal cuba la elak beli kat lua.Dah hjg2 bln buleh lak bertahan sbb duit ciput je laie..he..he..kalau br gaji tak berkira ya, main beli je. Ptg2 Hakimi asyik nak membeli je. Tgh selera mkn nak wat camne. Ummi nak masak dah letih + sikecit tu tak kasi can nak berdukung saja. Kalau mood rajin ala isteri solehah, masak la sambil kendong dia..he..he..
Tip #23 : Baca satu buku kewangan

Dah khatam Ke mana wang anda / Hjh. Rohani. Tgh baca Cukup wang hati tenang. Dpt diskaun beli masa International conference kat ILIM awl bln lps. Kena buh dlm tbg tu ;)

Kat ats tu tabung dr pembekal buku. Dpt sorang satu. Awl thn dia tak bg kalendar, bg tabung. Baguh gak. Siap ada surah al-Asr lg. Ni simpan challenge kat opis lak. tak tentu brp nak buh.asal rasa nak buh je.

Sedih bila saving dah tinggal sikit. Kete la punya pasal. Belanja lain pun ada gak tp aku tak terasa sgt sbb demi ank - byr spital, bf gadgets, suplement. Utk thn br ni moh menyimpan balik. Target RM1 ribu sebln. Dgn usaha yg tinggi pasti berjaya. Amiiin.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...