Thursday, January 8, 2009

Bercerita sakan

27/12, Sabtu
G KLIA. Mak sedara abe & sepupu dia blk dr Mekah. Hakimi mcm biasa tak mesra alam. Duk main kpl terbang abah beli kat airport tu. Lama jgk nak tunggu dorang naik flight ke KB. Sempat la dgr cerita2 kat tnh suci, posing2. Hakimi sempat nangis sbb ingat abh nak tinggal dia ms duk bergambar & dorang nak g solat zohor tu. Aku tunggu luggage dorang smtr Hakimi bejln dgn abahnya. Sempat lg beli kpl terbang jd robot pulak dah. Abah pun lyn je la ank kesygn tu. For sure harga boleh thn la kat airport tu.



Ahad lak dtg ofis la kunon. Nak amik brg + nak menaip tp naip sket je duk merewang ke lain..huhuhu.

Psl thn baru lak, tak sempat nak wish bagai sbb rasa kalut je. Sakan nak menaip biodata tokoh ma’al hijrah utk pameran. Seeloknya dah naik, tp input telambat bg kat ofismate (pakar pameran tu ;)). Mmg amik ms sbb rasa takleh fokus btl2 menaip. Kat rumah taip skjp baring skjp. Sakit pinggang mcm nak putus urat. Kat ofis lak nak catalog buku jgk sbb bos takut tak capai target utk thn ni. Dia lg la kesian, byk benda nak settle sbg Ketua Bahagian kan. Kalau aku mau stress tu…he..he..

Cuti thn br & hjg minggu rehat kat umah je & ke tesco.

Tentang preparation utk baby :

Sempat survey brg bb kat tesco tp mcm tak byk choice je. Beli strelizing tablet je. Byk lg wishlist tu. Nampaknya shopping online jgk lah jwbnya. Duk bekenan kat cloth diaper lak. Jumpa bab cloth pad utk wanita lak tp tu next projek la kot. Mmg agk mhl tp dr sg long term mmg jimat compared to disposable nyer kan.

Bb 6 months

Seronoknya sbb dah dpt ni. Brg2 pertama dibeli utk next bb :) Shopping kat Littlewhiz sbb tgh offer. Hopefully berjayalah plan ni.


Tgh tunggu Cutebear & Coolababy CD lak. Dah order kat mum7kids.

Dah start selongkar store utk tgk brg2 Hakimi ms kecit. Nak kena basuh semula – cover bb car seat & kelambu. Nak kena jemur bantal2 kecit tu & bungkus elok2. Maklumla dah masuk 7bln. Boleh prepare sket2 kan. Dulu ingat nak beli bj br semua kat bb tp ada advice suh basuh je bj lama. Ada stain tp tak sure hilang ke tak bila basuh. Masih kat kg sbb ingat nak buang je. Hopefully sempat basuh bila blk 2minggu sblm due. Tp nak kena spare jgklah yg baru 2-3 psg kot.

Brg2 yg perlu beli :
Nursing bra, Nursing pad (washable/disposable), Stokin, Maternity pad, Baju, mitten, booties,topi, Nappy liner (flushable), Cloth diaper/dispo, Diaper bag, Wetbag, Cooler bag, BPA-free storage bottles/Memum liner, Bks dadih, Sticker/masking tape, Bengkung moden

Kalau kwn2 ada tau sale kat memana leh inform ye or KV ada jumpa kat bundle ke leh jual kat akak ;) Save sket.

Kalau ikut senarai tu mmg RM1k++ jgkla semua2nya. Sbb dah aim yg ni lak. Rebate minyak dulu duk simpan utk benda ni la. Shopping kat Lunatot cdgnya.


4/1 Ahad tu aku ke Susuibu lactation center. Join breastfeeding prep.class. RM80/couple tp sbb abe tak g (jg Hakimi), aku ajk ofismate yg tgh menunggu hr besalin :) Kelas tu utk 5-6 couples je, siap ada ank patung bb utk praktikal..he..he..mostly yg dtg tu pregnant ank sulunglah. Jejak kasih pulak dgn ex-UIAM satu batch dulu. Dia tgh exclusively breastfeeding. Ank dah masuk 20bln. Doa2 aku pun dpt buat mcm dia jgk. Teruja dpt jumpa Pn Nor Kamariah, pengasas susuibu tu & dpt byk info br.

Nanti ada lg aktiviti susulan utk breastfeeding. InsyaAllah aku akn join lg. Pd kwn2 yg jauh boleh share/menimba ilmu kat forum Susuibu.com

Sbnrnya 1 Muharram, thn baru hijrah lps genap 6thn usia perkahwinan ikut thn hijri tp no wish, no gift. Abe lupa kot. Aku ingat je. Just doa smg ikatan ni sentiasa diberkati-Nya.

Kdg2 masih mood swing lg. Kdg2 rasa takut sgt kalau2 meninggal ms bersalin maklumla ms tu mmg mcm bertarung dgn maut je. Doa2 smg Allah masih pjgkan usia sbb byk lg yg blm settle kat dunia ni. Bkln ke sana ciput amat. Utk thn br ni, kena langsaikan htg azam thn lps mana2 yg terbengkelai tu +

Fully breastfeed atleast for 2 years, biiznillah
Fully cloth diaper
Homemade food utk bb bila dah start weaning
Gigih ajr Hakimi baca Qur’an & membaca

Tentang Hakimi :

31/12
Settle yuran tadika hakimi.Total RM730 termasuk t-shirt & uniform. Yrn blnn naik RM20, uniform pun naik rege sbb saiz dah bertambah gak. Beli XL terus walaupun nampak bsr sket, pdn utk sethn..ngeh..ngeh..jimat sket. T-shirt lak XXL. Cemana saiz tak bertambah susu 2btl sekali minum..he..he..


Area tmn ni ada tadika yg lg murah tp aku kesian kat Hakimi nak pindahkan sbb dia dah selesa & ceria kat situ. Dah kenal cikgu & kwn2 kan. Lgpun thn ni dpt cikgu bagus. Cikgu tetap tadika tu. Utk 4thn ni biasanya cikgu betukar2 sbb fresh grad tgh cr keje tak dpt stay lelama kan. Takpela duit habis sket. For sure guna bonus ler. Bonus ASB lak dpt sikit je banding jangkaan tp bolehla buat top-up nak spend utk brg bb kot. Syukurlah kan, sikit pun duit jgk.

Tadika dah bkk ni, bbrp mlm ni, Alhamdulillah dpt pujuk dia bc buku sesama. Sblm ni duk tgk katun sampai mlm. Walaupun dia protes jgk mula2 tu tp nak la jgk dgr ckp. Bila dah tgk2 gamba kat buku tu jd tdo cptla pulak. Ummi pun asik menguap je bila bkk buku..huhu..teruk tul. Set buku Grolier tu agk pjg kalau nak bc. Nak kena beli set khusus utk preschool lah nampaknya.

Cerita Hakimi kat tadika - 1st day nangis tanak pakai uniform sbb dah sbln lebih pakai bj biasa je kan. Ummi mmg cpt naik angin. Suara tu tinggi selaluh tp abah cool je. Last2 lyn la pakai bj biasa je. Bila sampai kat tadika member dah mendung kelabu, sib baik masuk la jgk tp duk tepi pintu. Dia cakap tanak ramai. Tekejut tgk ramai member baru kot dgn parents yg duk tunggu ank2 yg br masuk. Ada yg nangis ats riba & mcm2 lg. Tp ms amik blh ptg dia ok, ceria je.

Esoknya dah boleh pakai uniform sbb tgk sume org pakai kot. Cikgu dia report lah psl dia yg tak brp nak ok tu. Duk tepi pintu je, tanak involve/buat apa yg cikgu suruh. Lambat warm-up walaupun dah nak masuk 2thn sekolah situ. Sib baik ada jgk yg spesen..he..he..Mmg sedih & risau tp pujuk hati, lama2 dia ok lah. Aku & hubby selalu bg galakan jgk tp taklah sampai memaksa. Gen malu tu kuat sgt kot..he..he..doa2 dpt jd mcm ummi & abah pun ok lah bila bsr sok2. Kalau lg berketrampilan lg bagus kan tp aku tanak ada high expectation sgt. Cukuplah skdr yg dia mampu.

Semalam aku EL, Hakimi dmm. Keta2 jgk mlm tu. Suspek tonsil dtg blk. Sib baik suhu tak tinggi sgt. Ingat nak amik mc sekali sbb rasa sakit kepala je dek tak leh tdo. Teseda Hakimi merengek & sakit ulu hati. Mengiring ke kanan salah, kiri salah, melentang pun tak kena..huhuhu..Perut ni takdela bsr mcm yg 1st dulu tp dah naik 9kg gak.

G klinik tu, checkup aku sekali. Sib baik Hakimi ok. Takdela nak ngikut aku ke toilet ms urine test. Masa scan pun dia galak duk lompat2 meninjau bilik kat klinik tu. Seram aku bila dr nak refer ke spital Gomen, Serdang lah dkt & selesa kot. Haa! takut lg nak g spital gomen, dah kena g jgk. Takpelah, adala hikmah kan. Atleast dpt bljr & rasa sendiri berurusan kat sana. Dr dah siapkan referral letter sbb uri rendah & bb songsang. Monyok jgk la aku seharian. Terus bc buku psl placenta previa & c-sect..huhuhu..Terus minum air twr Tokguru. Ayah siap bg 5 btl ms blk hr tu. Rs nak nangis pun ada bila pk kalau kena operate kat hosp. serdang gak..huhuhu..nok kelik besalin kelate…

Tp aku doa sgt2 dlm 2 bln ni uri akn naik & bb akn pusing ke kedudukan yg betul. Masa Hakimi dulu pun masuk 8 bln br uri naik. Ms 7 bln tu ada jgk bidan urut, tak sure lah dia ubah kedudukan bb ke tak. Tp agk sakit jgk ms dia urut perut tu. Abe dah siap suh tanya che boleh urut ke tak utk ubah posisi uri & bb tu. Nak kena cari info la nih. Sblm ni byk prepare persiapan utk bb je, tak kisah sgt psl diri & keadaan pregnancy ni. Maybe Allah nak suh balance. Kena la pk gak psl diri sendiri. Cemana nak handle bila ada sdkt ujian…

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...