Tuesday, December 31, 2013

Melangkah ke tahun baru dengan rutin baru

Teks: Zaleha Mustapha  
Foto: Carian Google

 

Hari ini adalah hari terakhir melalui rutin yang santai sedikit. Saya suka cuti sekolah kerana tidak terlalu mengejar waktu semasa menghantar anak-anak setiap pagi.

Sebenarnya syukur sangat sebab tadika, sekolah dan tempat kerja sangat dekat :D. Saya dan suami memang buat pilihan begitu. Tempat kerja saya lebih dekat dengan rumah kerana saya ada jadual kerja malam dan perlu memandu sendiri.

Saya mengalami rabun silau dan 'rabun ayam', jadi memandu pada waktu malam pada jarak yang jauh agak berisiko kerana ada tahap saya tak nampak langsung kereta di hadapan apabila terlihat lampu dari kereta dari arah bertentangan, ditambah lagi dengan mereka yang menggunakan lampu putih tu. Saya juga tidak dapat menganggar jarak jika ingin memotong. 

Picture credit : www.hdwallpapersinn.com
2 Januari ini bermulalah rutin masa yang baru. Anakanda putera sudah memasuki Darjah 4, jadi sesi persekolahan sekolah kebangsaan waktu pagi dan sekolah agama waktu petang. Rutin kejut bangun tidur memang tugas abahnya yang lebih cool ;)

Sebelum ini, sekolah agama waktu pagi paling lambat jam 8 masih boleh pergi tapi jika sekolah kebangsaan, seawal 6.30 pagi sudah perlu keluar rasanya. Waktu pagi jalan agak sibuk kerana ada 3 sekolah berdekatan.

Setakat ini, nampak anakanda putera bukan morning person seperti masa bayi dulu. Didoakan cepatlah dia sesuaikan diri dengan masa baru.

Saya jumpa artikel yang menarik
: When Your Star Pupil Loses Their Shine. How Simple Changes To Their Routine Can Make a Big Difference.

Penulis kongsikan tip:
1. Tidur setengah jam lebih awal dari waktu biasa.
2. Bangun tidur 15 minit lebih awal dari waktu biasa.
3. Mainkan lagu berentak ceria untuk menukar morning blues mood.

Apa yang telah saya buat, saya sentiasa beritahu berulang-ulang kepada anakanda putera tu "abang kena bangun awal jam 6 pagi, solat subuh, berus gigi, 6.30 pagi sudah keluar ke sekolah", supaya ia tersimpan dalam minda separa sedarnya.

Anakanda putera tu istimewa sikit :D. Dia perlu ambil masa untuk sesuaikan diri dengan suasana atau rutin baru. Walaupun sudah masuk Darjah 4, saya masih perlu hantar dan ambil pada hari pertama dan kedua walaupun sudah menempah van. Apabila dia sudah yakin, barulah saya yakin untuk 'lepaskan' dia.

Melalui pembacaan, saya rasa dia ada sedikit ciri-ciri disleksia tetapi saya masih belum membuat diagnos dengan pakar.

Buat semua ibu-ibu terutama yang pertama kali menghantar anak ke taska, tadika atau alam persekolahan, diucapkan selamat menempuh alam baru. Didoakan dipermudahkan segala urusan olehNya. Aamiin.




Picture credit : overcomingbusy.com


Sharing with ♥
 

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

------------------------------------
Ingin bertanya tentang penyusuan susu ibu?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu  


+Zaleha Mustapha 

Monday, December 30, 2013

Tip berbelanja bijak Prof. Dr. Rozieta Shaary

Teks: Zaleha Mustapha  
Foto: Carian Google


Tip ini saya dapati dari FB page Ibu Rose --> Prof. Dr. Rozieta Shaary
Picture credit: smart2wise.aloveworld.com

1) Pantau dulu harga barang di kedai. Dapatkan best buy.  

2) Beli yang perlu saja. Contohnya, seorang anak, cuma sepasang kasut baru. Kasut lama guna untuk spare, jika kasut basah atau terlalu kotor.

3) Baju sekolah pun beli sepasang jer. Yang lama atau yang kakak punya pass kat adik, jadikan spare sementara membasuh yang baru.


4) Makanan dibekal dan beri sikit jer duit belanja sekadar nak melepaskan keinginan membeli kueh yang diinginkan semasa rehat. Bekalan, adalah makanan yang mengeyangkan.


5) Buku sekolah, itu tiada kompromi, Ibu beli yang baru kecuali yang pass kat adik, tapi anak akan mendapat alat tulis yang baru cuma tidak berlebihan.


6) Beg sekolah, Ibu akan suruh mereka basuh yang sedia ada dan pakai hingga dah tak boleh pakai dah. Tidak perlu beli baru hanya sebab nak baru.


Sharing with ♥
 
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

------------------------------------
Ingin bertanya tentang penyusuan susu ibu?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu  


+Zaleha Mustapha 

Saturday, December 28, 2013

Cara mudah menabung

Teks: Zaleha Mustapha  
Foto: Carian Google


Alhamdulillah misi ini telah bermula walaupun belum memasuki tahun 2014.

Tip ini saya perolehi dari Tuan Shamsudin Kadir. Rakan di FB juga telah mula memparktikkannya. Seronok bila ada ramai kawan turut serta. Bila mereka kemaskini, kita pun rasa semangat nak komited.

Tuan Shamsuddin Kadir menyarankan strategi menabung yang selamba, menyimpan tanpa stres.

Buat sistem TIDAK BOLEH BELANJA DUIT KERTAS RM5 (warna hijau) atau RM20 (warna oren) - bergantung pada status kewangan semasa.

HARAMKAN belanja duit itu bagi membolehkan simpanan.

Duit yang terkumpul itu digunakan untuk beli emas atau bayar lebih hutang yang masih ada.

 

Kita tengok hasilnya 3 bulan dari sekarang. Sasaran Disember 2014 adalah RM5 ribu ;)

Bagi ibu menyusu, kaedah ini boleh digunakan untuk membeli pam baru atau barang-barang keperluan dalam tempoh penyusuan.

Sharing with ♥
 
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

------------------------------------
Ingin bertanya tentang penyusuan susu ibu?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu  


+Zaleha Mustapha  

Friday, December 27, 2013

Baby and Me - susu ibu dalam filem Korea

Teks: Zaleha Mustapha  
Foto: Carian Google


Baby and Me
Semasa melayari FB beberapa bulan dahulu, saya ternampak status kawan yang mengulas filem di atas. Katanya filem ini sangat bagus untuk mempromosi penyusuan susu ibu :D

Antara scene yang menarik: 


 

 
 
Ibu boleh menonton di sini --> Baby and Me

Skrip ini sangat bagus walaupun diselitkan secara tidak langsung dalam drama atau filem. Jika diulang-ulang ia akan dapat mempengaruhi minda ibubapa sama seperti iklan susu formula yang saban hari ditayangkan. Ada ibubapa yang telah mempercayai iklan tersebut sehingga ada yang menulis komen anaknya cerdik dan petah kerana minum susu XYZ.

Kita berharap industri filem di Malaysia berubah ke arah yang lebih baik, bukan hanya mementingkan nilai komersil semata-mata.

Sharing with ♥
 
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

------------------------------------
Ingin bertanya tentang penyusuan susu ibu?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu  


+Zaleha Mustapha  

Thursday, December 26, 2013

Kenali pembantu penyusuan ibu

Teks: Zaleha Mustapha  
Foto: Carian Google





Pembimbing Ibu Menyusu atau Breastfeeding Peer Counselor, yang selalu dikenali sebagai PC adalah individu yang telah menghadiri bengkel 18 atau 20 jam anjuran klinik/hospital, Pusat Laktasi Kebangsaan atau Persatuan penyusuan susu ibu, salah satunya seperti Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Association.





Setelah memiliki sijil PC, mereka boleh menyertai bengkel seterusnya yang melayakkan sebagai Kaunselor Laktasi (Lactation Counselor) atau biasa dipanggil LC.

Kaunselor Laktasi perlu menghadiri bengkel kaunseling susu ibu selama 40 jam yang mencakupi praktikal di hospital yang berdekatan dengan tempat kursus.

Bagi yang ingin bergelar Konsultan Laktasi (Lactation Consultant) mereka perlu menduduki peperiksaan dari International Board of Lactation Consultant Examiners® (IBLCE) dan menepati syarat-syarat yang telah digariskan dalam Board tersebut.


Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
Sharing with ♥

------------------------------------
Ingin bertanya tentang penyusuan susu ibu?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu  


+Zaleha Mustapha  

Thursday, December 19, 2013

Mendidik anak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w

Teks: Zaleha Mustapha  
Foto: Carian Google




Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
Sharing with ♥

------------------------------------
Ingin bertanya tentang penyusuan susu ibu?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu  


+Zaleha Mustapha  

Tuesday, December 17, 2013

Panduan menghadapi cabaran penyusuan - Bengkak Susu

Teks: Zaleha Mustapha  
Foto: Carian Google

Entri ini adalah sambungan entri Mudahkah menghadapi cabaran penyusuan?
Picture credit : www.zazzle.com
Antara cabaran yang pernah saya hadapi:
- bengkak susu,
- aliran susu terlalu laju
- anak keliru puting
- bayi sentiasa ingin melekap
- bayi hampir keliru puting
- puting menggelupas
- tiada let-down reflex
- kekurangan susu (0.5oz bila diperah)
- ragam anak dalam posisi penyusuan
- tidak dapat bercerai susu tepat pada umur anak 2 tahun


Panduan menghadapi cabaran penyusuan (1) saya kongsikan mengenai bengkak susu.

Pada kedua-dua kelahiran, saya mengalami bengkak susu beberapa hari selepas pulang dari hospital. Anak memang kerap hisap susu, setiap setengah jam atau sejam, dan agak lama (bayi baru belajar menyusu jadi ibu perlu sabar :D)). 

Saya rasa hisapan bayi yang kecil (mungkin juga lekapan tidak betul) tidak dapat mengosongkan payudara sepenuhnya yang mula menghasilkan susu matang. Jadi saya perlu perah susu walaupun masih awal. Pada waktu tersebut saya masih belum mahir memerah dengan tangan, jadi saya gunakan pam Spectra 3 tetapi masih tidak dapat mengeluarkan susu sepenuhnya.

Akibatnya saya mengalami demam dan doktor biasanya akan bagi antibiotik untuk mengelakkan jangkitan atau mastitis. Saya mendapatkan bidan yang dapat mengurut urat susu sehingga urat susu yang berketul kembali lembut dan susu dapat keluar dengan lancar. Sakitnya sanggup saya tahan sampai keluar air mata, tetapi mengingatkan mastitis dan ada yang terpaksa dibedah kerana ketulan susu, saya pastikan juga bengkak itu surut sepenuhnya.

Semasa anak saya berumur 1 tahun lebih, saya pernah terkena bengkak susu lagi akibat tidak memerah susu pada waktu yang sepatutnya.



Picture credit:www.noodlesoup.com

Apa yang perlu dibuat semasa bengkak susu (engorgement)?
[1] Kerapkan menyusu bayi secara terus. 
[2] Pelbagaikan posisi penyusuan.
[3] Mandi air suam.
[4] Tuam sejuk dengan icepack atau kobis bagi mengurangkan rasa sakit.
[5] Tuam suam dengan tuala atau golekkan botol susu suam bagi melancarkan pengeluaran susu.
[6] Urut payudara dan belakang sebelum memerah susu. 
[7] Kerapkan memerah susu

Bengkak susu ini akan mengambil masa sedikit untuk surut sepenuhnya. Ia bergantung kepada kekerapan susu dikeluarkan.
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
Sharing with ♥

------------------------------------
Ingin bertanya tentang penyusuan susu ibu?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu  


+Zaleha Mustapha  

Monday, December 16, 2013

Sebuah Beg Bantuan Banjir & Miskin Tegar

Teks: Zaleha Mustapha  

Foto: Koleksi peribadi


Alhamdulillah, hajat ini diperkenan dan dipermudahkan-Nya.  
Catatan perjalanan misi ini:
Pada 26 November 2013, saya kongsikan entri mengenai Misi Kembali Ke Sekolah 2014. 
Saya sudah lama mengenali Puan Elly secara maya, semasa mengikuti forum online Ummiku Sayang.

Dari semasa ke semasa, saya lawati blog beliau dan tertarik dengan kerja kemasyarakatan yang dilakukan. Semasa membuat persiapan persekolahan anak saya, terdetik di hati ingin turut serta dengan misi tersebut. Apabila saya baca kemaskini sumbangan di blog beliau, dinyatakan beg belum ada sumbangan, jadi saya rasa lebih baik saya fokuskan untuk beg sekolah sahaja.

Ia juga inspirasi dari ramai sahabat FB saya yang rancak membuat kutipan amal bagi mangsa banjir melalui syarikat, NGO yang mereka sertai, malah juga secara persendirian.

11 November,
saya pm FB beliau,
Alhamdulillah mendapat respon pada hari yang sama.



Kemudian saya survey harga beg di katalog dan mendapatkan pandangan rakan-rakan di FB group. Alhamdulillah ramai yang memberi maklumbalas tentang kualiti beg dan mencadangkan pembekal-pembekal.

Salah satunya adalah dari Seni Ceria Advertising




Setelah dibincangkan, sebelah malamnya sis Farrah terus datang bawa sample kerana sumbangan dan pembelian perlu dilakukan dengan kadar segera. Alhamdulillah dengan harganya, saya dan suami merasakan ia memuaskan dari segi kualiti kerana kami mengambil kira pengalaman membeli beg sekolah anak kami.

Saiz dan design beg juga dipilih agar sesuai untuk sekolah rendah dan menengah supaya memudahkan urusan pembahagian nanti.

12  November

Saya terus membuat poster dan melancarkan kutipan melalui blog dan FB ClothDNZ serta FB sendiri.

Kemaskini tentang sumbangan saya maklumkan di sini 

Setelah kutipan sumbangan ditutup, Alhamdulillah jumlah beg yang dapat dibeli adalah 80 buah tetapi Allah Maha Pemurah, rezeki anak-anak tersebut telah dijanjikan-Nya.

Puan Elly mendapat dana tambahan dan seterusnya ada sahabat FB yang masih ingin memberi sumbangan, maka jumlah beg yang dapat dibeli adalah 155 buah.

Syukur tak terhingga kerana dapat melepasi sasaran 100 buah beg.


Sharing with ♥
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

------------------------------------
Ingin bertanya tentang penyusuan susu ibu?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu  
+Zaleha Mustapha

Thursday, December 12, 2013

Misi Kembali ke Sekolah 2014 - Beg Sekolah

Teks: Zaleha Mustapha  
Foto: Carian Google



RM25 Sebuah Beg Bantuan Banjir & Miskin Tegar
==================================
 Bismillah.

Misi ini diusahakan bagi membantu pihak Eksekutif Suri yang belum mendapat sumbangan beg sekolah.

Tempoh kutipan:
12 - 13 Disember 2013 (Khamis - Jumaat)

Penerima:
Golongan miskin tegar dan mangsa banjir yang benar-benar memerlukan dan terpinggir dari bantuan lain.

Sasaran:
100 orang pelajar (atau lebih)

Cara sumbangan:
Bank in RM25 ke akaun MBB / CIMB
sms / whatsapp ke 017-3372042
atau pm FB: Zaleha Mustapha (Nik Ha) untuk no.akaun.

Didoakan usaha dan sumbangan kita ini dipermudahkan & diberkati Allah, serta menjadi bekal peneman kita di akhirat nanti. Amin.


Beg yang akan disumbangkan insyaAllah

Mohon sebarkan. Jazakillah.
--------------------------------------------
Antara destinasi Misi Kembali ke Sekolah (bergantung pada dana):

1. Rantau Panjang Kelantan
2. Pasir Mas, Kelantan
3. Machang, Kelantan.
4. Lenggong, Perak.
5. Redang Panjang, Perak
6. P.Pinang.
7. Lembah Kelang
8 .Pahang ( maklumat kawasan yang perlukan bantuan sedang dikumpulkan)
9. Terengganu ( maklumat kawasan yang perlukan bantuan sedang dikumpulkan)

Pasukan Puan, Elly Nizam EksekutifSuri akan bertolak ke Lenggong pada 20 Dis (Jumaat), seterusnya ke Kelantan 21-24 Dis (Sabtu -Selasa)

Wednesday, December 11, 2013

Misi Kembali ke Sekolah 2014 untuk mangsa banjir

Teks: Zaleha Mustapha  
Foto: Carian Google

Kredit : terengganutoday.com
Misi Kembali ke Sekolah ini pernah saya kongsikan di sini 

Kini pihak Eksekutif Suri menetapkan target  untuk meluaskan agihan ke kawasan terjejas banjir di Pahang & Terengganu. Misi mereka adalah mencari penerima yang benar-benar memerlukan dan terpinggir daripada bantuan pihak lain.

Setakat kemaskini sumbangan semalam di blog Eksekutif Suri, belum ada sumbangan beg sekolah. Saya masih menunggu Puan Elly membalas mesej saya berkenaan sumbangan khas beg sekolah. Jika diizinkanNya, dapat saya bersama-sama menganjurkan sumbangan khas beg sekolah dan akan dikemaskini di blog ini. Aamiin.
 
Photo credit : www.school-bags.com
Untuk maklumat lanjut: 

Elly 012-3614014
En Jamaluddin 0195414673  
jamal.hassim@yahoo.com
Untuk sumbangan dana bekas pensel dan barangan dalam bentuk alat tulis:
Noor Hidawati: 019-6430260

Facebook: Noor Hidawati

atau lawati blog:

Tuesday, December 10, 2013

Persiapan sekolah anak

Teks: Zaleha Mustapha  
Foto: Carian Google




Kredit: www.muhanizazainal.com
Hujung minggu ini kita sudah di pertengahan bulan Disember. Ibu yang mempunyai anak yang akan memasuki tadika atau sekolah rendah/menengah sudah siapkan segala kelengkapannya?

Tahun ini tidak banyak kelengkapan yang perlu dibeli berbanding kali pertama anak saya masuk ke tadika atau sekolah rendah.

Betul ke tidak banyak? :D Cuba saya senaraikan:

Untuk anakanda puteri (bakal 5 tahun):
- akan menyambung 'sekolah' di tadika lama
- hanya bayaran yuran kemasukan & bulanan (tak pasti naik harga atau tidak)

- baju masih boleh pakai yang lama
- beg, kasut dan alatulis juga pakai yang lama (masih baik semuanya)


Untuk anakanda putera (bakal Darjah 4):
> wajib beli:
- baju dan seluar sekolah kebangsaan

- baju, seluar, sampin & songkok sekolah agama
- selipar sekolah agama


> tambahan:
- beg sekolah agama

- kasut
- stokin
- boxer

 
Persiapan/bajet kami (saya & suami):

Semasa anakanda putera Darjah 1, saya hanya membeli 2 pasang pakaian. Apabila dia Darjah 3, hanya 1 pasang baju diperuntukkan. Pakaian memang dibasuh pada setiap malam dan diletakkan bawah kipas dalam bilik tidur. 
Ada ibubapa yang membeli sehingga 4-5 pasang dengan tujuan tidak perlu dibasuh setiap hari. Saya tidak memilih cara sebegitu kecuali pakaian yang dibeli adalah untuk di'waris'kan selama beberapa generasi.

Terpulang pada kemampuan masing-masing. Anak saya membesar bagai johan setiap tahun, jadi wajib beli baju baru. Baju pun agak lusuh kerana kerap dibasuh dan macam-macam kesan kotor seharian di sekolah (makanan, minuman, pensel warna, cat air dsb.) Jadi, untuk membeli 4-5 pasang baju, adalah tidak praktikal bagi kami.

Alhamdulillah anakanda tidak high demand. Kami pun tidak memperkenalkan gaya berjenama. Apa yang penting harga mampu milik, kualiti yang baik dan selesa dipakai. Cuma pada sesetengah barangan yang perlu dipakai lama dan perlukan kualiti yang lebih tinggi, maka kami beli yang sedikit mahal. Jika tidak, barangan dari kedai RM2 pun ok ;) (contohnya untuk alatulis).

Saya belum mula membeli lagi kerana perancangan membeli-belah persiapan sekolah tergendala minggu lepas dek anakanda keletihan selepas balik dari Bid Bad Wolf Sale dan kenduri. Mungkin cuti Keputeraan Selangor esok atau hujung minggu ini pula cadangnya.

Panduan untuk ibubapa:
1. Seeloknya menabung/khaskan sedikit peruntukan beberapa bulan lebih awal.
Ini tidak membuatkan kita terlalu tertekan menunggu bonus hujung tahun :)

2. Senaraikan dan beli keperluan yang wajib dahulu.
Jika anak ramai atau kewangan kurang mengizinkan, beli hanya 1 pasang yang baru. 
Jika ada pakaian lama yang masih elok dan anak boleh terima, maka ia boleh terus dipakai.
Cuma pakaian baru memberi semangat yang baru buat anak-anak terutama bagi yang bersekolah rendah.

3. Beli secara berperingkat atau sedikit-sedikit
untuk elak rasa terlalu banyak duit digunakan dalam satu masa.

4. Semak dengan guru kelas buku-buku yang akan digunakan.
Ada buku-buku yang tidak digunakan walaupun disenaraikan wajib dibeli. Jika ibubapa ingin menggunakannya di rumah sebagai tambahan atau semasa cuti sekolah, maka bolehlah dibeli, tetapi jika ingin mengurangkan bajet, ia tidak perlu dibeli pada masa tersebut.

5. Bandingkan harga barangan keperluan sekolah di beberapa buah kedai.
Kadangkala ada perbezaan harga di kedai yang berbeza walaupun jenama yang sama.
Ada juga peniaga yang ingin menghabiskan stok yang lama tapi barangan masih dalam keadaan yang baik. Jadi ibubapa boleh mendapatkannya dengan harga yang lebih murah.

6. Datang ke kedai lebih awal.
Melalui pemerhatian dan pengalaman saya (di pusat membeli belah sekitar Bangi), biasanya orang mula ramai di kedai-kedai bermula jam 11 pagi. Jadi, seeloknya datang awal ke kedai untuk membolehkan ibubapa memilih kelengkapan dengan lebih selesa.


Semoga dipermudahkan urusan ibubapa untuk membuat persiapan sekolah anak-anak.







Sharing with ♥
 
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

------------------------------------
Ingin bertanya tentang penyusuan susu ibu?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu  

+Zaleha Mustapha 

Sunday, December 8, 2013

Mudahkah menghadapi cabaran penyusuan?

Teks: Zaleha Mustapha  
Foto: Carian Google


"Penyusuan ibu seringkali dianggap mudah, justeru itu ramai yang tidak membuat sebarang persiapan atau membuat persiapan yang salah"
-- Ibu&Anak, Dis. 2013.
Mudah atau susah, terpulang pada bagaimana kita set in mind. Jika kita rasa susah dan kurang yakin kita akan berjaya menyusukan si comel tersayang, maka minda separa sedar telah menyimpan maklumat tersebut dan badan tidak terarah untuk mencapai matlamatnya.

Dalam buku Anda Srikandi Bangsa, ada dinyatakan:

"Sebenarnya sesuatu perkara itu akan menjadi susah jika kita menganggapnya susah, ia akan menjadi senang jika kita menganggapnya senang. Senang atau susahnya sesuatu perkara itu bergantung kepada cara kita berfikir tentangnya".
Pada pengalaman menyusukan anak pertama, saya juga merasakan ia mungkin mudah sahaja rupanya ia menjadi mudah hanya apabila ada ilmu dan sokongan berterusan.

Semasa menyusu anak pertama saya menghadapi cabaran:
- bengkak susu, 
- aliran susu terlalu laju
- anak keliru puting

Kurangnya ilmu hanya memungkinkan saya menyusukan anakanda putera hanya selama 4 bulan.

Semasa menyusukan anak kedua, cabaran yang dialami sepanjang tempoh 2 tahun lebih adalah:
- bengkak susu
- bayi sentiasa ingin melekap
- bayi hampir keliru puting
- puting menggelupas
- tiada let-down reflex
- kekurangan susu (0.5oz bila diperah)
- ragam anak dalam posisi penyusuan
- tidak dapat bercerai susu tepat pada umur anak 2 tahun

Apa yang saya buat untuk menghadapi cabaran tersebut?
InsyaAllah saya kongsikan di entri akan datang :)

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
Sharing with ♥

------------------------------------
Ingin bertanya tentang penyusuan susu ibu?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu  


+Zaleha Mustapha 

Thursday, December 5, 2013

Penyusuan semasa bencana

Teks: Zaleha Mustapha
Foto: Carian Google


Saya terpanggil untuk menulis entri ini apabila diberitahu rakan Pembimbing Ibu Menyusu di Kuantan bahawa banjir semakin teruk. Ada ibu yang 'kehilangan' semua susu perahan kerana peti ais telah rosak akibat banjir.

Kredit : bellalullaby-2.blogspot.com
Itulah doa yang sangat bermakna buat ibu yang menghadapi ujian dalam apa jua keadaan. 

Salah satu aktiviti sempena sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2009 adalah berkenaan Penyusuan Susu Ibu: Tindak balas penting ketika kecemasan, Sudahkah anda bersedia?

Dalam waktu kecemasan seperti kemalangan, banjir, tanah runtuh, ribut, kebakaran, susu ibu menjadi penyelamat bayi. Ini kerana sewaktu bekalan air bersih sukar didapati, penyediaan susu formula akan mengundang bahaya kepada bayi. Kejadian banjir besar di Botswana, May 2006 sangat menyayat hati apabila kes cirit-birit dan kematian bayi yang tidak menyusu dengan susu ibu bertambah 22 kali ganda.

Proses penyusuan susu ibu memberi kelebihan kepada ibu dan bayi kerana ia menimbulkan rasa ketenangan hasil dari refleks hormon oksitosin. Ibu juga tidak perlu bersusah payah mencari air bersih untuk membasuh peralatan dan membancuh susu formula.

Jika ibu mengalami masalah untuk menyusukan kerana tercedera atau trauma, susu perahan dari ibu yang lain sangat membantu. Malah ada yang boleh menyusukan terus bayi tersebut dengan izin kedua ibubapanya. 


Panduan untuk ibu ketika bencana atau kecemasan:

1. Pada waktu kritikal, nyawa adalah lebih penting. Ibu perlu selamatkan diri sendiri dan bayi dahulu.

2. Jika sempat membuat persiapan menghadapi banjir contohnya, hubungi keluarga atau rakan-rakan yang tidak terlibat dengan banjir. Mohon tumpangkan susu perahan (EBM) di peti ais mereka.

3. Bawa dokumen dan peralatan penyusuan yang perlu. Ibu digalakkan menyusu secara terus sahaja jika berada di pusat pemindahan. 

4. Bagi Exclusive Pumping Mom (EP Mom), bawa peralatan yang penting dan maklumkan kepada kakitangan yang menguruskan pusat pemindahan bahawa ibu menyusu anak sepenuhnya dengan susu perahan. Mohon bantuan untuk disediakan barang-barang yang diperlukan seperti bekas simpanan susu sementara, ais, botol dsb. Jika pusat pemindahan ada kemudahan peti ais/freezer, ibu boleh memohon untuk menggunakannya. Pastikan ia berada dalam keadaan yang bersih dan tersusun.

Pada waktu kecemasan dan tiada bekalan elektrik, ibu boleh memerah susu dengan tangan atau teknik Marmet. Ibu mungkin akan mengalami kesukaran untuk menyimpan susu perahan tetapi pada waktu begini, keutamaannya adalah sistem perah-beri terus.

Ibu juga boleh cuba teknik skin-to-skin untuk membolehkan anak menyusu secara terus. Berdoalah kepada Allah kerana keajaiban boleh berlaku pada waktu yang tidak disangka-sangka.

5. Dapatkan nombor telefon Kumpulan Sokongan Penyusuan Ibu berdekatan dan persatuan-persatuan penyusuan susu ibu serta badan-badan kebajikan yang lain untuk berkongsi ujian yang dihadapi. Pada masa kritikal seperti ini, bantuan yang tidak kurang penting adalah dari segi sokongan emosi untuk ibu. Ibu perlu tenang agar tidak mengganggu pengeluaran susu ibu.

Melalui kumpulan / persatuan ini juga, ibu boleh maklumkan jenis bantuan yang diperlukan dan insyaAllah akan dihebahkan segera.

6. Bersedia untuk menyusu di tempat awam. Ibu boleh ikuti Panduan menyusu di tempat awam

Semasa bencana, pasti ada kekurangan dari segi pengurusan bantuan. Kita doakan dipermudahkan semua urusan dan sumbangan dari pelbagai pihak.

Banyak panduan berguna di sini: 
Breastfeeding During Emergencies   
Infant Feeding in Emergencies


Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
Sharing with ♥

------------------------------------
Ingin bertanya tentang penyusuan susu ibu?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu

Wednesday, December 4, 2013

Marmet Technique

Teks: Zaleha Mustapha
Foto: Koleksi peribadi

Pada masa kini, penggunaan pam sudah menjadi kebiasaan bagi ibu-ibu untuk memerah susu terutama ibu bekerja. Pam pula sudah ada pelbagai pilihan dengan bentuk yang comel dan pelbagai fungsi seperti pam berganda (boleh perah kedua-dua payudara dalam masa yang sama) serta freestyle (tidak perlu pegang corong pam semasa memerah susu dan boleh membuat kerja-kerja lain).

Namun, cara yang semulajadi dengan menggunakan tangan sebenarnya lebih berkesan jika betul tekniknya. Hal ini diakui oleh ramai Kaunselor Laktasi.

Teknik perahan tangan sangat membantu bagi ibu yang baru bersalin (untuk memerah kolustrum) dan semasa ibu menghadapi bengkak susu atau crack/sore niple.

Berikut pengalaman saya belajar memerah susu dengan teknik Marmet 3 tahun yang lepas :D
 


































Alhamdulillah Sabtu, 18/12/2010 - 3 PM di Chantek Fitness & Beauty Centre, Bangi Perdana, (dekat rumah je, best! best!) dapat juga sertai gathering belajar teknik Marmet = memerah susu menggunakan tangan.

Dah lama nak belajar secara praktikal ni, tengok Youtube, tengok gambar macam tak berapa nak faham. Dah lama nak buat gathering kat ofis tak jadi-jadi (kurang bakat jadi event manager betul..he..he..). Akhirnya Dr. Miza yang buat.

Elok sangatla waktunya sebab tengah kena sore nipple dek softfit Medela baru rasanya. Dekat 2 minggu baru serasi. Adnin pun suka sangatla tarik-tarik sesuka hati bila nyusu. Ouch! tangan sebelah lagi suka mencubit jua, haih! nak pukul tangan tu merajuk pula nanti :P

Pn. Rashlina siap guna projector bagai. Mantap! ;) Tengok demo & praktikal sekali.

Mula-mula tiup belon & lukis anatomi cik b dulu. Belon tu juga untuk belajar cara perah yg betul, tekan ke dalam baru picit. Membongkok ke bawah sedikit untuk pengaliran susu yang lebih lancar.

Hasil tenusu secara manual..he..he.., ku yg sikit sekali tu ler.
Nak motivasi guna psikologi, beli botol kecil, jadi susu nampak banyak ;)

Na & anak, Dr. Miza & anak, saya & Cikgu Ila
Gambar dari FB Pn Rashlina@ Norhaslina


How to Manually Express Breastmilk - The Marmet Technique
Draining the Milk Reservoirs
1. Position the thumb (above the nipple) and first two fingers (below the nipple) about 1” to 1–1/2” from the nipple, though not necessarily at the outer edges of the areola. Use this measurement as a guide, since breasts and areolas vary in size from one woman to another. Be sure the hand forms the letter “C” and the finger pads are at 6 and 12 o’clock in line with the nipple. Note the fingers are positioned so that the milk reservoirs lie beneath them.

• Avoid cupping the breast
2. Push straight into the chest wall

• Avoid spreading the fingers apart.
• For large breasts, first lift and then push into the chest wall

3. Roll thumb and fingers forward at the same time. This rolling motion compresses and empties milk reservoirs without injuring sensitive breast tissue.
Note the position of thumb and fingernails during the finish roll as shown in the illustration.

4. Repeat rhythmically to completely drain reservoirs.
• Position, push, roll...
• Position, push, roll...

5. Rotate the thumb and fingers to milk other reservoirs, using both hands on each breast.
Avoid These Motions
1. Do not squeeze the breast, as this can cause bruising.

2. Sliding hands over the breast may cause painful skin burns.

3. Avoid pulling the nipple which may result in tissue damage.
Marmet Technique copyright 1978, revised 1979, 1981 and 1988. Used with permission of Chele Marmet and the Lactation Institute, 1616 Ventura Blvd., Suite 223, Encino, California 91436
Source : Medelabreastfeedingus.com



Antara tips/petua yang dapat dari susuibu.com & internet untuk atasi sore nipple:
- sapu breastmilk
- sapu krim medela purelan, krim Bepanthen
- kurangkan suction pam
- sapu marjerin, biar sehari (baby hisap sebelah lagi)
- anginkan (tak pakai bra)

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
Sharing with ♥

------------------------------------
Ingin bertanya tentang penyusuan susu ibu?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...