Wednesday, December 31, 2014

Persediaan kembali ke sekolah 2015 (2)

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Entri ini menyambung entri pertama saya sebagai catatan pengalaman seorang ibu menguruskan persiapan persekolahan anak-anak :)

Isnin lepas saya dan suami bercuti, jadi ke kedai buku sekolah kebangsaan untuk beli buku tulis, gunting rambut anakanda putera dan beli pakaian yang belum lengkap.

Perbelanjaan buku tulis di sekolah kebangsaan berjumlah RM45.50. Buku pengukuhan semuanya belum sampai. Rasanya saya tak beli sebab jarang digunakan kecuali ada arahan dari guru kelas.


Seluar sukan beli yang baru, RM15.90. Baju masih boleh pakai yang lama.

Selesai membeli-belah di kedai buku sekolah, membeli-belah pula di UG Warta Bangi untuk:

Track bottom (1) : RM12
Sampin (1) : RM12.40
Seluar panjang (1): RM22
Tali pinggang (1) : RM6.30

Hari ini kerja malam, jadi sebelah pagi selesaikan yuran sekolah agama. Tahun ini yuran bulanan meningkat dari RM209 ke RM234.

Jumlah bayaran yuran Sri Permata Al-Haziq 2015 untuk anakanda putera darjah 5 tahun depan ialah RM917. Bayaran ini termasuk pendaftaran, transit dan pengangkutan sehala. Yang tolak dari senarai hanya untuk alatulis dan tag nama (RM45).

Yuran anakanda puteri pun naik juga. Beberapa hari lepas dapat surat kenaikan untuk Kad Perubatan. Semua naik dan terus naik ..he..he.. Buat-buat tidak fikir sangat agar tidak rasa semput. Itu baru anak dua orang.

Tapi yakin insyaAllah rezeki akan datang dari pelbagai arah, tak putus-putus, "lebat" umpama hujan dan dedaunan. Amin :)

Hendak jemput rezeki?
Di bawah ini ada peluangnya.
Didoakan dipermudahkan untuk semua menjemput rezeki masing-masing. Amin.


**************************

MISI KEMBALI KE SEKOLAH 2015 masih dibuka.

Ibubapa yang berminat untuk menaja sebuah beg RM25 atau lebih,
boleh PM di FB https://www.facebook.com/NikZaleha "MKS 2015 Beg",

atau whatsapp/telegram "MKS 2015 Beg" ke 017-3372042,

atau email nikhabiz@gmail.com dengan subjek "MKS 2015 Beg"

untuk mendapatkan nombor akaun.


Sharing with ♥

 
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

 

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

Wednesday, December 24, 2014

Ubat yang dilarang ketika menyusukan bayi

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

[Picture source]
Antara jenis ubat yang dilarang ketika ibu menyusukan bayi adalah:
1. Ubat antikanser.
2. Ubat yang mengandungi radioaktif.
3. Ubat psikiatrik dan antikekejangan.
4. Dadah barbiturat dan diazepam.
5. Antibiotik cloramphenicol, tetracyclines, metronidazole dan quinolone.
6. Ubat sedatif semasa bersalin.

Jika ibu mengambil ubatan ini, ia memungkinkan bayi menjadi tidak cergas, mengantuk dan kesan-kesan sampingan yang lain.

Adalah amat penting bagi ibu untuk memaklumkan kepada doktor bahawa beliau sedang menyusukan anak semasa mendapatkan sebarang rawatan/ubatan.

Tip mengurangkan kesan ubatan semasa menyusukan bayi:
- Elakkan menyusu bayi sebaik sahaja mengambil ubat (ketika kepekatan ubat pada tahap tinggi).
- Jarakkan (masa) pengambilan ubat dan penyusuan bayi.


Sumber: Sentuhan Kasih

Baca juga tentang Ubat dan kesannya pada penyusuan susu ibu


Sharing with ♥
 
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

 

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

Sunday, December 21, 2014

Persediaan kembali ke sekolah

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.


Ibu-ibu yang mempunyai anak sekolah sudah siap membeli semua kelengkapan? Saya baru membeli-belah hari ini. Terus beli sahaja tanpa survey harga. Biasanya ada beza sedikit sahaja tetapi bagi yang ada anak ramai, perlu pilih yang berpatutan kerana beza sedikit pun sudah memberi kesan pada kewangan.

Alhamdulillah tahun ini nampaknya, anakanda putera (masuk darjah 5) masih boleh pakai saiz yang sama cuma kena beli yang baru juga kerana ada yang sudah lusuh dan rosak zip, maklumlah saya hanya beli sepasang sahaja dan membasuhnya setiap hari. Tahun ini rasa hendak sediakan 2 pasang :) Bila anak masuk tahap dua, sepasang pun sudah mencukupi kerana ada 2 hari yang perlu pakai baju sukan sekolah.

Ada juga ketikanya terlampau penat terutama bila suami bertugas luar kawasan, tertidur sebelum sempat jemur, terpaksalah letak bawah kipas dengan kelajuan maksimum, sempatlah kering ..he..he..

Persiapan tahun ini sama seperti tahun lepas, bersederhana. Tidak sempat membanding harga, tapi rasanya berpatutanlah dengan kualiti kainnya. Perbelanjaan hari ini di Uniform Gallery, Warta Bangi dengan diskaun 20% dan 10%:

Seluar tight (3) RM22.95
Stokin (3) RM13.20
Seluar panjang  (1) RM22
Kemeja pendek (1) RM19.60
Baju sekolah agama (1) RM25.20
Songkok lipat  (1) RM9
========================
JUMLAH : RM111.95


Apabila hujung tahun, boleh buka tabung RM20 RM5 untuk tambah mana yang perlu.
Kasut, beg sekolah, alatulis abah yang belikan.

Banyak lagi bayaran untuk Yuran KAFA dan buku sekolah kebangsaan. Alhamdulillah semua sudah ada peruntukan dan dilapangkan rezeki dari Allah hendaknya.

Tip menjemput rezeki salah satunya adalah melalui bersedekah. InsyaAllah dalam berbelanja untuk melengkapkan keperluan anak sekolah, kita masih sempat mengasingkan sedikit duit gaji atau duit nafkah pemberian suami untuk bersedekah.

Saya dan team Sanggar Suri masih mengalu-alukan sumbangan untuk dana Misi Kembali ke Sekolah - Sebuah Beg.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, ditambah lagi dengan ujian banjir ini, saya amat menyeru sahabat semua untuk membantu mengikut kemampuan masing-masing. Sejujurnya, dalam hati memang teringin untuk turun ke lapangan (yang memerlukan kekuatan fizikal, emosi dan minda), namun buat masa ini saya hanya mampu membantu dari jauh, mengumpulkan dana melalui online.

Didoakan ia dapat membantu mereka yang amat memerlukan. Amin.


Sharing with ♥

 
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

 
Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

 

Thursday, December 11, 2014

Teknik hafaz Qu'ran cara mudah, seronok dan cepat

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google & Koleksi Peribadi

 Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.


MUDAH . SERONOK . BERKESAN

Saya suka sangat dengan tagline di atas. Itulah tagline Teknik Hafazan Al Qur'an Neuro Nadi Al Baghdadi.

Alhamdulillah, semalam, diberi keinginan dan kesempatan untuk mempelajari teknik ini dalam demo ringkas yang diadakan di ofis. Sebenarnya hasrat menghafal Al Qur'an sudah lama tersemat di hati. Seingat saya selepas SPM, ada rasa hendak masuk kolej tahfiz sementelah semasa belajar di Ma'had Muhammadi (P), sudah banyak ayat dan surah dihafal. Tetapi bila hafal sebab periksa, mudahlah hilang ayat-ayat itu apabila tidak diamalkan ... Astaghfirullahal 'azim. Doa saya, sebelum jantung berhenti berdegup, kesemuanya dapat 'dikembalikan' ke dalam ingatan dan jiwa ini. Amin.


Sebelum mencuba teknik Neuro Nadi ini, ustaz uji sedikit, minta sebutkan ayat 5 surah Fatihah. Lambat hendak menjawabnya, kena baca dari awal dulu :) Puncanya, cara tradisional sebelum ini, kita hafal dengan otak kiri (mengikut susunan), jadi kena baca dari awal untuk tahu ayat tersebut. 

Untuk demo, Ustaz memberikan sehelai kertas mengandungi gambar maklumat tentang surah An Naba' (gambar nanti saya kongsikan kemudian, tertinggal di ofis :)). Tekniknya:
- dengar ustaz baca
- ikut ustaz baca
- ulang secara berpasangan
- ulang ramai-ramai
- baca ikut susunan nombor kemudian secara terbalik 
- selepas beberapa minit dan ingat secara teratur serta terbalik, ustaz mula uji hafalan tersebut

Sungguh, saya pun rasa tidak percaya dapat ingat semudah itu. Teknik ini amat melatih fokus dan menghafaz dengan gembira tanpa mengira latar belakang (pengajian agama) atau umur. Cuma yang penting tahu baca Qur'an dan bagi kanak-kanak, perlu pandai mengira nombor. Tajwid akan dibetulkan semasa proses hafazan.

Bagi mengekalkan hafazan, memang perlu ulang baca setiap masa. Contoh yang ustaz beri, asal jumpa kawan yang sama-sama menghafaz, terus tanya "cuba baca ayat 5, 3, surah xxx", kalau tengok sebarang nombor semasa memandu, boleh terus uji hafazan kita mengikut nombor tersebut.

Teknik ini melibatkan otak kanan semasa proses visualisasi kedudukan nombor ayat-ayat yang dihafaz. Teknik ini insyaAllah mampu mengaktifkan sel-sel otak dan bagi kanak-kanak, ia amat bagus untuk merangsang potensi genius.

Deria pendengaran dan penglihatan digunakan sepenuhnya : semasa ustaz baca perlu dengar dan tunjuk ayat yang sedang dibacakan. Ustaz akan baca 3 kali dan selepas itu, kita akan baca beberapa kali, kemudian dengar kawan baca, seterusnya kita baca dan kawan pula akan dengar. Teknik pengulangan dan pengujian ayat secara terbalik dan rawak ini sangat membantu untuk mengingat dengan cepat.
Alhamdulillah.

Uji ingatan saya sedikit :)
Surah An Naba':
Juzu' 30
Berita besar
40 ayat
Makkiyyah
Surah ke 78

 
Baca juga di sini:
Teknik Neuro Nadi Al Baghdadi


Sharing with ♥

 
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

Saturday, December 6, 2014

The Greatest Marriage promosi susu ibu

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google & You Tube

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Rindunya ingin berceloteh di blog kesayangan ini. Didoakan ibu-ibu dan si comel tersayang sihat walafiat serta lancar perjalanan penyusuan hendaknya.

Kali ini, saya hendak kongsikan lagi mesej penyusuan dalam drama Korea seperti yang pernah saya kongsikan dalam filem Baby & Me. Drama yang dimaksudkan adalah The Greatest Marriage. Sebuah drama yang diadaptasi dari novel mengenai wanita yang memilih untuk menjadi ibu tunggal. Ada episod yang mengandungi "adult scene", jadi tidak elok dilihat bersama anak-anak.

Saya tertarik dengan episod Cha Ki Young (Park Si-yeon) menyusukan anaknya selepas bersalin dan episod dia mula bekerja tanpa mengambil cuti bersalin yang lama.






Mobile freezer
Ini mesej yang bagus, walaupun beliau bekerja sebagai wartawan yang sibuk tetapi masih memilih untuk menyusukan anaknya.

Apabila saya google, rupanya artis ini pernah menyusukan anak beliau. Saya juga kagum dengan penulis skrip dan pengarah yang dapat memasukkan scene ini yang mungkin dipandang remeh (tidak perlu ada) oleh sesetengah penulis skrip/pengarah lain.

[Image source]
The drama marks her return to the acting scene after giving birth to her first child a year ago. She revealed, “I gained 22 kilograms (48 pounds) after giving birth. While I did think about losing weight, I could not go on a diet while breastfeeding, so I ate like no tomorrow.”
“After I stopped breastfeeding, I had to bite the bullet and lose weight by working out and controlling my diet. I wished for a miracle, but there was no such way out,” she explained, expressing her great determination to get back in shape.
[source]

Penyusuan bukan lagi pilihan ibu-ibu di kampung atau surirumah sahaja, tetapi ibu bekerjaya pun telah ramai membuat pilihan yang terbaik ini, walau apa sahaja bidang / jawatan yang diceburi. Adalah tidak rasional untuk memperlekehkan penyusuan susu ibu sebagai pilihan orang kampung, tidak moden dan sebagainya. Artis antarabangsa pun ramai yang menyusukan anak (jika suka beridola kan artis lah..he..he...)

Sebenarnya semakin kita kembali alami iaitu cara orang-orang terdahulu, semakin kita kembali ke fitrah yang paling sesuai untuk kita dan generasi akan datang. Cume sesuai dengan peredaran masa, kita dibantu oleh teknologi moden yang memudahkan seperti penggunaan pam susu eletrik dan sebagainya.

Bagi Muslim pula, tidak perlu diragui lagi kerana ayat-ayat berkenaan penyusuan banyak termaktub dalam Al-Qur'an.

Salam kejayaan penyusuan susu ibu.

Sharing with ♥

 
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...