Saturday, January 31, 2015

Tip masak cara mudah dan cepat

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Hari ini hari terakhir kita di bulan Januari. Didoakan impian/perubahan baru ibu-ibu telah tercapai pada bulan ini.

Setelah sebulan di tahun 2015 ini, saya perlu susun semula pengurusan rumah terutama memasak. Memasuki pertambahan usia, bertambah pula isu kesihatan ini sehingga saya bercadang membeli kerusi tinggi untuk masak atau basuh pinggan sambil duduk.

Tangguh lagi tu hajat ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan menyeluruh bila diingat tempoh menunggu yang lama. Mungkin juga saya ini fobia hospital? ☺

Minggu lepas saya rasa sungguh letih, sakit jiwa raga. Sungguh saya rasa hendak baring sahaja bila balik kerja. Anak-anak pula sudah lapar sangat bila sampai rumah. Jadi setiap petang saya beli sahaja untuk makan malam.

Kebetulan ada warung baru berdekatan rumah. Suami pun balik agak lewat untuk dia tolong masak. Dia rajin juga ke dapur bila saya lambat memasak dan nampak mood lain macam tu …he…he.

Post di group Moms Without Maid Club
Pesanan ibu-ibu, rakan FB saya:
"Kadang2 chef pun need a break"
"Tak kisah apa orang nak cakap..tapi kita suami isteri lebih paham apa yang kita lalui"
"Sayangi diri sendiri dulu"
"Jangan rasa bersalah kalau kita tak dapat masak"

Suka pula dengar lagu Superwoman - Karyn White ;)
"I am not your superwomen
I am only a human
"


Apa yang saya kongsikan ini mungkin bukan benda yang baru bagi semua ibu. Saya masih belajar dari ibu-ibu yang rajin memasak melalui blog dan FB mereka. Seboleh mungkin saya mencari persamaan dengan mereka contohnya:
- bekerja
- tiada pembantu rumah
- suka masak cara mudah dan cepat
- ada isu kesihatan
- usia

Tip ini boleh disesuaikan dengan situasi semasa ibu. Rutin ibu beranak kecil dan menyusu adalah berbeza dengan ibu yang anak sudah besar, rutin ibu beranak ramai tidak sama dengan ibu beranak seorang dua, rutin ibu suka memasak pasti berlainan dengan rutin ibu yang tidak suka memasak. 

Tempoh masa berehat dari memasak adalah tempoh untuk mencari semangat dan menemukan semula KENAPA saya perlu memasak? Memasak dipandang penting kerana ia berkaitan makanan yang akan menjadi darah daging kita, air tangan isteri / ibu, dikatakan mampu memikat/”mengikat” suami dan anak-anak.

Pada saya ia salah satu kemahiran yang menjadi bonus untuk setiap ibu dan isteri. Sentap juga sedikit bila ada yang mengatakan ibu malas bila tidak memasak. Namun, kita lebih tahu keadaan diri dan keluarga kita. Kita yang membuat pilihan dan menyusun atur rutin seharian mengikut keperluan dan kemampuan.

Berikut saya kongsikan tip yang kami amalkan:

1. Beli stok lauk basah untuk seminggu.
Ini tugas suami saya.
Ayam terus di potong dan ikan (yang besar) terus di siang oleh penjual.
Sampai di rumah terus basuh sahaja.

Stok lauk basah yang telah dibersihkan / yang telah direbus

2. Rebus ayam dan ikan
Ini bagi mempercepatkan proses memasak.
Air rebusan ayam boleh dijadikan stok untuk sup sayur, mihun sup dan pelbagai menu lain.


Rebusan ayam

Stok air rebusan ayam
3. Sediakan stok siap kisar untuk menumis.
Kisar bawang putih dan bawang merah.
Untuk cili, suami beli cili siap kisar dari kedai sahaja.
Boleh terus tumis untuk stok ayam/ikan masak merah, sambal nasi lemak. Menu kegemaran anakanda putera.

Bawang putih, bawang merah dan cili kisar yang telah ditumis
4. Potong sayur terus dalam jumlah yang banyak.
Sayur dipotong setelah direndam sebentar dalam air garam untuk hilangkan kesan racun serangga.
Kadang-kadang potong sambil masuk dalam periuk/kuali je :)

5. Sediakan menu untuk seminggu.
Ini pernah saya buat semasa anak mahu makan pagi tetapi sekarang menu berubah mengikut citarasa dia.
Jadi setiap hari tanya dia dulu apa yang nak dimakan.
Suami ikut sahaja apa yang yang saya masak.
Selalunya dia akan masak sendiri lauk tambahan/sayur.

6. Sediakan stok mengikut portion yang hendak di masak.

Ini khusus untuk lauk basah yang dibekukan supaya mudah untuk dimasak semuanya. Tidak perlu masukkan ke freezer kembali jika tidak habis dimasak.

7. Perap lauk basah mengikut portion yang hendak di masak.
Contohnya: ayam diperap dengan kicap, sos tiram dan bawang, garam kunyit untuk ikan dan daging. Tetapi tidak dibiar lama kerana rasa masin akan meresap. Ia sesuai untuk sehari dua. Jika letak di chiller, ikan dan daging akan sedikit membeku dan rasa kurang enak.

8. Bekukan lebihan lauk.

9. Guna oven / pengukus.
Suami ada beli alat yang boleh terus defrost dan masak, tidak perlu tunggu defrost di luar sebelum masuk dalam oven untuk dimasak.

10. Menu yang ringkas tetapi ada gabungan kuah, lauk dan sayur.
Contohnya tomyam, paprik.

Berikut tip tambahan yang saya baca di blog. Boleh cuba juga ni :)
  • Guna gunting untuk potong sayur dan ikan
  • Guna periuk yang boleh masak dan terus hidang (cth: Corning ware)
  • Simpan sayur dalam aluminium foil untuk kekalkan kesegaran ikut portion menu yang ingin dimasak.
  • Label bekas ikut menu yang hendak dimasak.
  • Masak 2 kali ganda dan bekukan menu untuk seminggu.
  • Guna slow cooker

Saya akan kemaskini lagi selepas menuntut dengan rakan sekerja yang masak selama 5-10 minit je. I like ;)

Jemput baca blog ibu-ibu ini juga ya: 
Tips memasak cepat buat ibu super sibuk!
Tips memasak cepat untuk wanita super-sibuk 
7 strategi memasak dengan cepat dan sihat


Sharing with ♥

 
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?

Klik di sini >>> ClothDNZ

Monday, January 26, 2015

Anak tidak mahu menyusu

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

[Photo credit]

"Assalam sis, maaf saya sudah buntu ... Bayi saya (3 bulan) tidak mahu langsung hisap susu perahan melalui botol. Minggu depan saya sudah mula bekerja dan pekerjaan saya pula masanya tidak menentu (askar). Semua ahli keluarga yang lain sudah cuba untuk beri susu. Saya sudah beli pelbagai jenama puting, feeder cup, picagari, tetapi bayi tetap tidak mahu sehingga sanggup tidak menyusu selama 4 - 6 jam."

Saya bertanya susu yang diberi adalah susu segar atau yang beku. Bila ibu di atas maklumkan susu yang diberi adalah susu dari freezer, maka saya cadangkan untuk beri susu segar samaada baru lepas perah atau yg belum masuk freezer.

Ada 2 kemungkinan:
Bayi sensitif dengan bau dari peti sejuk 
atau bayi sensitif dengan rasa frozen ebm. 

Ada ibu yg mempunyai lebih enzim lipase dalam susu yg menyebabkan sedikit perubahan rasa pada susu.

Saya cadangkan usaha juga cara spiritual iaitu dengan solat hajat dan doa. Banyakkan bercakap dgn bayi semasa menyusu direct, beritahu mama nak kerja, baby anak soleh/solehah minum susu mama masa mama pergi kerja dan apa jua pesanan dari hati.

InsyaAllah ia satu doa dan doa ibu pasti dimakbulkan.

Untuk susu perahan, letak di bahagian bawah untuk tempoh 3-5 atau 8 hari. Pastikan bekas simpanan tertutup agar tiada bau lain meresap.

Didoakan dipermudahkan oleh Allah. Biasanya bayi boleh adapt dengan baik bila ibu tiada cuma dia perlu masa.

Ada juga bayi yang kurang menyusu siang hari tapi menyusu lama di sebelah malam. Jadi dia dapat ganti penyusuan di siang hari. Ia normal asalkan bayi kelihatan sihat, ceria dan berat ada peningkatan.

Dan sehari selepasnya, ibu maklumkan,
 
 "Syukur alhamdulilah baby saya dah nak hisap susu guna btl..syukur sgt2 atas saranan sis.. Alhamdulilah terima kasih sis..td sy bg 120 ml blh hbs..syukur sgt2.."

Alhamdulillah good baby.

Bila kerja nanti mmg digalakkan beri yg fresh semuanya,
atau kalau dia minum 4 btl=3 yg fresh, 1 yg frozen.


Sharing with ♥

 
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

Thursday, January 15, 2015

Misi Kembali ke Sekolah 2015 - Sebuah Beg

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.


Bismillah.
InsyaAllah tahun ini Misi Kembali Ke Sekolah - Sebuah Beg bersama pasukan Kak Elly EksekutifSuri [http://eksekutifsuri.blogspot.com/] diteruskan.

Target : 200 buah beg untuk 200 orang pelajar
Tempoh sumbangan : sehingga 15 Januari 2015
Target group : Anak yatim dan fakir miskin yang tidak/jarang mendapat bantuan dari pihak berwajib.
Lokasi :
1. Perkampungan miskin sekitar Rantau Panjang & Pasir Mas, Kelantan
2. Perkampungan miskin sekitar Lenggong, Perak.
3. Perkampungan miskin sekitar Redang Panjang, Perak
4. Perkampungan miskin sekitar Machang, Kelantan.
5. Kawasan penempatan miskin bandar di P.Pinang.
6. Kawasan penempatan miskin Bandar sekitar Selangor & Kuala Lumpur.

Jemput baca tentang Misi tahun lepas di blog saya --> http://zaleha-mustapha.blogspot.com/…/Misi%20Kembali%20ke%2…

Ibubapa yang berminat boleh PM di FB https://www.facebook.com/NikZaleha "MKS 2015 Beg",

atau whatsapp/telegram "MKS 2015 Beg" ke 017-3372042,

atau email nikhabiz@gmail.com dengan subjek "MKS 2015 Beg"

untuk mendapatkan nombor akaun.

Jumlah tajaan adalah RM25.

Beg yang kami pilih adalah yang berkualiti sahaja.

Mohon semua sebarkan melalui apa jua medium. Jazakallahukhairan kathira.


Sharing with ♥

 
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

Monday, January 12, 2015

Hari pertama persekolahan 2015

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.
 

Hari ini bermulalah rutin yang telah ditinggalkan hampir 2 bulan buat ibubapa dan guru di Pantai Barat - kembali ke sekolah.

Untuk saya, tidaklah terlalu kalut kerana anak-anak sudah besar dan tetap di sekolah yang sama, cuma banyak kali turun naik tangga jugalah pagi ini. Anggap senaman lah ya (terpaksa rehat dari workout sebab sudah sakit urat..he..he..).

Sebelum sekolah bermula, berulang kali saya maklumkan pada anakanda putera-puteri itu, tidur lebih awal, kurangkan tengok tv, bangun lebih awal.

Alhamdulillah pagi ini, anakanda putera sempat bersarapan dan solat subuh. Sarapan disediakan oleh suami tersayang. Memang rutin dia untuk sediakan sarapan pagi untuk diri sendiri dan anakanda putera :)

Walaupun anakanda putera sudah Darjah 5 tahun ini, masih banyak yang perlu dibimbing kerana saya anggap dia istimewa (ada sedikit ciri-ciri disleksia/slow learner). Tahun ini adalah pencapaian yang amat memberangsangkan buat anakanda putera kerana dia sudah masuk ke kelas arus perdana. Didoakan dia dapat bergaul dengan baik kerana jumlah pelajar dalam kelas seramai 39 orang berbanding 20 lebih di kelas khas.

 Sampai di sini sahaja coretan pagi ini, hendak uruskan anakanda puteri pula. Selamat bertugas buat semua ibubapa dan guru :)


Sharing with ♥

 
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

Saturday, January 3, 2015

Ada apa dengan 66?

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahummasalli 'ala sayyidina Muhammad.

[Source]

Alhamdulillah masih diberi kesempatan olehNya untuk terus melangkah ke tahun 2015. Bagaimana dengan impian kita pada tahun 2014? Sudah banyak yang tercapai? Inilah pentingnya buku catatan impian atau vision board kerana kita mudah menyemak kembali pencapaian kita sepanjang tahun. Jangan ada yang sudah lupa azam tahun 2014 dulu ;)

Awal tahun ini banyak muhasabah yang saya perlu buat. Ada impian yang telah tercapai dan banyak yang masih belum terlaksana. Maklumlah saya ini suka berangan, jadi banyak impian tersenarai. Tahun ini, kena cari strategi baru untuk melangsaikan "hutang" 2014. Allahummayassir.

Bercerita tentang azam baru, saya suka dengan tip dari Dato Roslan Ab Hamid. Beliau menetapkan 66 perkara dan 66 hari untuk melatih perubahan baru.
"Perubahan menurut pakar berlaku dalam tempoh 21 hari. Ada juga kata 44 hari. Saya memilih pandangan Robin Sharma, perubahan berlaku dalam tempoh 66 hari".
Beliau telah menulis 66 perkara yang ingin dibuat pada tahun ini. Ini caranya:

"66 perkara ini pecahkan kepada 11 bidang. Antaranya:
1. Keluarga,

2. Keimanan,

3. Keilmuan,

4. Kesihatan,:
Contoh: minum air kosong 3 liter sehari (perkara perlu buat setiap hari)
 
5. Kenalan (Positioning),

6. Kewangan 1 (Punca Pendapatan),

7. Kewangan 2 (Perbelanjaan), :
 
8. Kerjaya,

9. Kembara:
Contoh : Tidak boleh tulis melawat 6 Negara. Maka tamatlah 6 perkara. Perlu detailnya. Negara mana. Bila jangkanya. Berapa belanjanya?
 
10. Kebendaan (Apa yang mahu dimiliki)
Contoh: Mahu beli komputer iMac Apple harga rm6k (perkara sekali buat, tamat)

11. Kejutan (Perkara gila gila yang mahu kita buat):
Contoh: Senaraikan 6 perkara gila gila yang mahu dibuat untuk tahun 2015. 
Contoh tahun 2014, saya buat gila tidak ada telefon sepanjang 10 bulan. Benar benar tiada. Tujuannya mahu bertenang dan rasakan hidup nyaman tanpa talian. Ia gila. Tahun ini saya telah tulis 6 perkara: Antaranya pergi tidur atas madrasah depan rumah Puan Guru Ainon Mohd., Janda Baik


Pada setiap bidang itu tuliskan 6 perkara. Jelas dan tepat. Kita akan teruja apabila kita menanda nanti. The Power of Ticking. 

Semuanya ini perlukan komitmen dan konsisten. Ia bukan perkara main main yang mudah dilupakan. Saya telah matang usia. Waktu berganjak pantas. Justeru, mimpi indah zaman remaja telah berlalu pergi.

Doakan yang terbaik dan laporan pencapaian akan saya nilai kembali pada 31 Disember, 2015".


Mari capai buku nota, pen, fikir dan tulis :)

Merah tanda jiwa perlu membara ;)
Saya bahagikan buku nota ini kepada 4 bahagian :
Nota Syukur
Nota Kejayaan
Nota 101 Impian/Makbul
Nota 66 Perkara 2015

3 nota teratas ikut cara Cik Puan Insyirah. Didoakan Allah permudahkan niat dan usaha ini. 

Ya Allah ya Tuhan ku, 
aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas.





Sharing with ♥
 
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

 
Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...