Friday, April 18, 2008

Ceramah jenayah terhadap wanita

Antara point2 yg ingat :
- Sentiasa kunci pintu kereta sebaik masuk dlm kereta
- Kalau ke shopping complex parking tpt terbuka. Kalau kena parking kat dlm jgk pastikan tiada van yg nampak mcm ada org kat dlm. Kalau ragu2 mintak guard iring sblm masuk ke kereta. Ada kes kumpulan penjenayah dgn van. Ada org menyorok kat seat blkg, bila nampak kita dkt kereta, org blkg tu akn tarik kita masuk dlm van/ugut utk curi kereta/brg2 berharga
- Jgn letak handbag kat ats seat, letak bwh seat
- Jgn letak laptop dlm boot kereta sbb penjenayah ada sensor, boleh kesan & senang nak bukak boot
- Kalau ada org langgar dr blkg jgn berhenti & turun utk tgk apa yg rosak. Pandu ke balai polis utk wat laporan @ tpt2 yg ada security. Cam warna, jenis, no.plat kereta/motor
- Parking secara mengundur, kalau ada org hlg bila nak keluar langgar shj
- Kalau sedar diekori kereta/motor tertentu pandu ke balai polis/ bunyikan hon utk tarik perhatian org lain
- Utk pejln kaki berhati2 dgn org naik motor dgn pembonceng @ kereta yg parking tepi jln. Dia akan pura2 buat tanya jln & dlm masa sama akan ragut beg/culik mangsa
- Berjalan lwn arus kenderaan
- Jgn lawan penjenayah, nyawa lebih berharga, don’t be a dead hero
- Kalau nak lwn jgk pastikan cederakan kemaluan mangsa sampai dia tak boleh lwn balik
- Utk mangsa rogol jgn mandi slps dirogol krn itu akn hilangkan bukti utk dna
- Jgn mudah terpedaya dgn agen cari kerja luar negara dgn gj lumayan
- Jgn mudah terpedaya dgn mamat2 hensem dari Iran, Afrika, Bangladesh dll. Ramai jd mangsa sbg pembawa dadah
- Jgn naik lif kalau ada sorang lelaki, tunggu ramai org. Bila masuk terus menyandar ke dinding utk elak diraba
- Jgn naik/turun tangga yg sunyi
- Awasi handbag bila naik/turun escalator. Bila rasa dilanggar cpt2 periksa purse
- Ada kes motosikal buat2 langgar seseorang. Bila kita nak tlg yg jatuh tu ada yg lain akn curi beg (esp. kat bus / taxi stand)
- Sentiasa bwk beg yg berisi brg2 berharga even masuk dlm toilet. Jgn tinggal kat sesapa yg tak kenal
- Kalau bwk laptop ke mana2 jgn buh dlm bag laptop nanti org tau & aim kita. Buh dlm bag lain yg tak menampakkan ciri2 ada laptop dlm tu
- Sentiasa kunci pagar & pintu rumah. Kalau ada chain lock/lubang kat pintu lg baik. Ada yg menyamar nak periksa gas/wakil TM, Astro. Kalau Astro mintak kad dia & slot pd decoder kita. Dia akn kua nama & no. IC agen yg sah

Rasanya tu je yg ingat. Sorrylah ayat2 sempoi shj. Datuk tu kata Malaysia lubuk emas penjenayah sbb org Malaysia baik & lurus, mudah percaya kat org. Senjata api dll sgt senang diseludup dr negara jiran terutama Thailand. Berhati2 selalu dan doa selalu Allah sentiasa lindungi kita & org2 tersayang.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...