Tuesday, November 2, 2010

1st time main bowling


Dengan staf bahagian ku

Ewah, gemalai tak hayunan tu? ~ Isi masa lapang nak tunggu result
Klik jer untuk gambar besar ya

Sabtu lepas ke Ampang Superbowl Metro Point Plaza kajang. Acik bertanding bowling u..he..he..Kelab library tempat kije ku ni buat pertandingan tenpin bowling Staf bahagian ku ajak lah nak cukupkan pemain untuk bahagian kami ni. So aku pun join ler walaupun en.abe kije, terpaksa hantar Adnin kat taska & terpaksa ponteng playgroup dia :(

Tapi sebab nak memeriahkan aktibiti kelab ni & mengaktifkan diri sket (dah lama jadi ahli kan ;)) so tumpang ofismate ke sana. Bawa anak teruna je lah. Pagi-pagi siap masak, bekalan anak teruna yang tengah lalu makan tu.

Lambat jugak start nak tunggu cukup pemain. Maybe hujan pagi tu. Peserta pun dari semua cabang termasuk kat KL nu. Qaiyum merengek nak bola mainan lak. Lepas tu merajuk ntah sebab apa. Sib baik lepas tu ok bila dah pujuk makan nasik.

Ku setia dengan bola kuning ku. Yang paling ringan tu..he..he..maklumla tak pernah main. Bola berat kang asik masuk longkang je. Malam sebelum tu gi training weh, takdela terkejut sangat kan, tak pernah tengok seumur hidup alih-alih bertanding lak. Bahagian ku tempat ke 9/11 rasanya :)
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...