Sunday, November 28, 2010

SGM 8 : Baby led weaning

Quote Pn. Kamariah, Susuibu.com, baby led weaning adalah proses peralihan dari susu ibu ke makanan seimbang bukan dari susu ibu ke susu formula ;)
Antara points2 yang dapat dari perkongsian rakan-rakan kumpulanku & ku tambah sedikit:
  • Ibu & anak perlu bersedia bagi memastikan proses itu berjalan lancar
  • Biar anak menentukan sendiri bila dia ingin berhenti menyusu
  • Lakukan sedikit demi sedikit bukan dengan mengejut
  • Luangkan masa dengan anak pada waktu dia biasanya menyusu dengan melakukan aktiviti bersama-sama
  • Anak biasanya mengaitkan penyusuan lebih kepada attachment/bonding bukan hanya makanan semata-mata
  • Gantikan susu dengan sumber kalsium yang lain seperti yogurt, keju
  • Pilihlah susu yang kurang pendedahan kepada bahan awet/kimia semasa diproses seperti susu segar kerana masih dalam keadaan asal berbanding susu tepung yang telah mengalami berbagai-bagai proses. Walaubagaimanapun ini terpulang kepada ibubapa. Anak hanya perlu 2 gelas susu setiap hari bagi sumber kalsium yang paling senang diambil
Sebenarnya baby led weaning bermula seawal usia 6bln apabila dia mula menunjukkan minat untuk makan selaras dengan pertumbuhan giginya yang memang perlu digunakan untuk mengunyah makanan.
Antara sumber di internet tentang topik ini "
http://www.babyworld.co.uk/information/baby/healthy_eating/baby_led_weaning.asp
http://www.babycenter.com.my/baby/startingsolids/babyledweaning/
http://www.wholesomebabyfood.com/babyledweaning.htm
http://en.wikipedia.org/wiki/Baby-led_weaning

Group ku dengan moderator Hanidah & Hayatie, Fid, Luvhaziq, Sha, Elliedza, Diaz, Miza, Mamafiqa (alamak salah ke nama tu, lupa la, ingat mama je) & Nurul

Sesi pembentangan


Gambar2 dari Pn Kamariah FB Susuibu.com

Berita penuh di susuibu.com
Juga cerita di blog :
Hayati
Fid
Ayu
Ummiamsyar
Perkongsian di mom's choice

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...