Tuesday, November 9, 2010

Menghampiri 2 tahun

Siapa tu? Apa tu? Tentang anak daraku lah. Haih, ni ummi nak membebel saja ni. Sejak nak masuk 2 tahun ni, menyerlah sungguh perkembangan emosi nya tu. Tunjuk bakat tantrum / terrible two..hohoho..Sabaaar je lah ummi nih. Ummi pun boleh tahan gak emos nih, tak kena gaya kang cepat je tangan nak lepuk..he..he..control..control..ambik nafas, hembuus..istighfar sket ;)

Ahad lepas si kecit tu jatuh, berdarah gak sikit. 1st time jatuh kat simen batu, sakit sangat gamaknya + alah sakit (macam ummi kot..he..he..), member meraung sekuat hati. Nangis stail meneran-neran, boleh muntah dibuatnya. Sapu minyak TNT lagila meraung..akit! akit! Tido malam pun tak lena sangat, asal gerak sket, nangis sakit lutut.

Sekarang, susah nak pakai CD. Beberapa hari lepas, kena ruam teruk, biji2 merah. Maybe sebab asyik lambat tukar malam-malam. Babab ummi sket.Member dah kencing banyak sekarang ni. Tapi yang bagus sangat pakai CD ni tak payah ambik ubat doktor, just kerap tukar CD, selang 1-2 jam, 2-3 hari je dah ok. Ku sapu jugak krim Ezzera sekali dua. CD perlu lapik liner jika guna krim. Dia asyik cakap "akit akit", gatal gamaknya. Dekat badan pun ada sikit bintik-bintik merah. Ke alah apa-apa makanan. Ummi makan budu banyak sket beberapa hari lepas..he..he..

Hari ni ruam dah ok, bintik-bintik dah kering. Kalau pakai CD sekejap je dah nak bukak. Kalau tanya nak kencing ke, asyik angguk je, masuk toilet terus duduk, tapi jenuh ummi shi shi kan tak kencing pun :P Maybe dah ready untuk potty training. Ummi duk survey training pants pulak ;). Kalau boleh curi masa nak je DIY kan? Jimat & puas hati. Minat gak jahit menjahit ni. Masa sekolah rendah siap boleh buat kraftangan sendiri hadiah birthday kawan-kawan tapi dah dewasa ni dah lama tinggal dunia kreatif :(

Berbalik pada cerita anak dara tu, kalau nak susu pun ganas semacam je tepuk-tepuk & meraung. Ish..ish..dengan abang pun asyik gaduh je. Ummi & abah pun silap-silap kena lepuk time macik garang neh..hohoho. Tapi kalau kat lua, orang tengok macam sopan je..he..he..diaam je. Tu macik tak tunjuk angin lintang menyerang lagi tu ;)

Harap-harap berubahla bila dah makin besar. Biasala budak-budak ni sedang melalui perubahan fasa-fasa perkembangan fizikal, psikologi & minda. Semoga menjadi anak solehah, sopan santun berakhlak mulia bila besar nanti.Amiin.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...