Monday, June 30, 2014

Ramadhan yang ditunggu

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Alhamdulillah kita diberi kesempatan untuk bertemu dan bersama Ramadhan lagi. 

Beberapa hari sebelum Ramadhan, terbaca posting rakan-rakan FB yang kehilangan orang tersayang. Innalillahi wa inna ilaihi raji'un. Wake up call untuk kita yang ditinggalkan. Didoakan anugerah ini digunakan sebaiknya dan Allah menerima segala amalan kita sebagai bekal di negeri abadi. Amin.

Persiapan saya sekeluarga sangat sederhana. Tiada episod mencuba resepi baru barangkali :D. Kes masak kerana perlu masak bukan masak-dari-hati-penuh-passion. Cuma perlu lebih rajin sedikit mengenangkan anak sulung yang masih berlatih puasa.

Hari pertama sampai tengahari sahaja, sudah menangis kelaparan. Sahurnya hanya teh ais, tidak selera makan nasi katanya.

Hari ini bersekolah, kena "paksa" makan juga. Alhamdulillah dalam uh ah uh ah melayan mengantuk tu, habis jugalah sepinggan nasi goreng dan ikan rebus goreng.

Ini gambarnya yang hendak ke KAFA. Ada majlis bacaan Ya Sin, tahlil dan jamuan menyambut puasa. Sewaktu balik, bukan main ceria dia bercerita nasi lauk ayam pedas yang sedap. Dia memang berselera makan nasi. Mee, roti dan kuih-kuih sekadar alas perut sahaja.

Siap sedia ke KAFA




Bagaimana ragam anak-anak ibu yang lain berpuasa agaknya ya?

Saya tidak terlalu memaksa anak-anak kerana yang lebih penting adalah solat. Doa sangat solatnya "lekat" sebelum baligh. Apabila solat sudah selesai, insyaAllah amalan lain pun mudah dibentuk.

Alhamdulillah, malam tadi juga dapat berterawih di surau berhampiran rumah. Saya memang solat di rumah sahaja sejak ada anak-anak kecil. Apabila anak-anak sudah besar ini, dapatlah ke surau dengan lebih selesa.

Anak-anak bukan penghalang ibadat kita cuma pandai-pandailah kita menguruskannya. Kita lebih tahu perangai anak-anak dan kekuatan kita. Dahulukan yang wajib.

Bagi ibu-ibu yang ingin membawa anak-anak ke surau, pilihlah surau/masjid yang mesra bayi/kanak-kanak. Kita juga perlulah mampu mengawal anak-anak dengan memaklumkan adab-adab yang sepatutnya. Memang lumrah kanak-kanak tidak akan duduk diam, meragam dan sebagainya. Di situlah terletak kebijaksanaan kita untuk memujuk atau berhenti/balik dahulu jika tidak terkawal.

Didoakan perjalanan puasa kita dipermudahkanNya. Amin.

Bagi ibu-ibu yang ingin mendapatkan tip menyusu semasa berpuasa boleh klik entri Menyusu semasa berpuasa.


Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
Ingin bertanya tentang penyusuan susu ibu?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...