Monday, June 23, 2014

Tandem nursing

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google
Image source : kids.britannica.com
Tandem nursing ialah menyusu secara berganda samaada menyusu kembar, atau menyusu bayi dan kakak/abangnya atau menyusu semasa hamil. 


Salah seorang Kaunselor Laktasi yang berpengalaman dalam tandem nursing adalah Puan Aqilah Zaidee. Beliau berkongsi tip:

Apa yg penting dalam tandem nursing:
1. Ilmu
2. Semangat yg tinggi
3. Pemakanan yang seimbang dan sihat
4. Sokongan orang sekeliling


Antara kebaikan tandem nursing ialah:

1. Membanyakkan susu ibu kerana lebih stimulasi diberikan pada payudara.


2. Jika menyusu kembar pada waktu yang sama, ia memudahkan ibu dan ibu berpeluang untuk berehat kerana tidak perlu mengambil masa yang berbeza untuk menyusukan dua bayi.

3. Jika menyusu bayi dan abang/kakaknya, ia dapat mengurangkan rasa cemburu, merapatkan ikatan dan melatih sikap berkongsi.

3. Mengurangkan rasa bengkak payudara kepada ibu yang mengalami bengkak susu terutama pada peringkat awal kelahiran.


4. Mengurangkan risiko kanser payudara.


Mari kita lihat bagaimana ibu ini menyusukan anak kembar beliau. 





Penggunaan nursing pillow sangat membantu ibu menyusu dengan posisi yang betul. Saya juga pernah menggunakan nursing pillow walaupun menyusu seorang anak sahaja kerana ia pelbagai guna.

Bagi ibu-ibu yang memilih untuk tandem nursing, tahniah saya ucapkan!

Bagi ibu-ibu yang mengalami stok susu kritikal dan ingin menambah stok susu, saya akan kongsikan mengenai tandem pumping pula.

Teruskan layari blog ini untuk tip penyusuan setiap hari.
 
Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? Klik di sini >>> ClothDNZ
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...