Tuesday, June 24, 2014

Tandem pumping

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google
Image source: pumponthejob.com

Tandem pumping adalah menyusukan bayi dan memerah susu (mengepam) secara serentak. Kaedah ini sangat bagus dalam dua keadaan:

1. Semasa susu banyak dalam tempoh berpantang

Ibu-ibu biasanya mengalami keaadaan di mana semasa menyusu bayi, susu akan menitis pada sebelah payudara lagi.

Setiap titis susu adalah amat berharga. Ibu ada pilihan untuk:
- menghentikannya dengan cara menekan (secara lembut) payudara
- atau memakai milk collector
- atau memerah susu dengan pam.

Pemilihan pam dan posisi bayi bergantung pada keselesaan ibu (seperti gambar di atas).


2. Semasa susu sedikit

Tandem pumping boleh menambah stimulasi pada payudara yang akan membanyakkan susu ibu, insyaAllah.

Tandem pumping lebih mudah dilakukan semasa bayi masih kecil kerana bayi yang lebih besar akan tertarik pada pam susu.

Pilihlah pam yang senyap dan tidak mengganggu/menarik perhatian bayi.


Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...