Monday, June 16, 2014

Kenapa susu badan tidak banyak dan lancar?

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Picture credit : hamptonroads.com



"Hampir semua ibu yang baru menyusukan bayi akan melalui satu tempoh masa di mana mereka meragui sama ada bekalan susu mereka mencukupi atau tidak.

Apabila ibu-ibu ditanya apa sebabnya mereka tidak menyusukan anak atau hanya memberi susu badan bagi jangka masa yang pendek, mereka memberikan sebab utama sebagai, "Saya fikirkan bekalan susu saya tidak mencukupi"".

Jawapan sebenarnya ada dalam 'jawapan' ibu itu sendiri:
>> MERAGUI
>> SAYA FIKIRKAN BEKALAN SUSU SAYA TIDAK CUKUP

Penyusuan susu ibu banyak berkait rapat dengan hormon.
Apabila ibu dalam keadaan resah kerana RASA susu tidak cukup, ia dengan sendirinya mengganggu pengeluaran susu. Dalam keadaan tersebut, badan sudah menghasilkan hormon stress/kerisauan yang ada tindakbalas kimia dengan hormon lain dalam badan ibu.

Sangkaan / fikiran kita sebenarnya adalah DOA.
Apabila kita FOKUSkan pada susu tidak cukup - susu tidak cukup - susu tidak cukup, maka lama-kelamaan otak akan MEMPERCAYAI --> YA, SUSU TIDAK CUKUP,
jadi itulah yang akan kita dapat dengan izin Allah.

.
.
.

Kisah seorang ibu yang mengandung dan mempunyai anak yang masih menyusu dan anak tersebut mengidap kanser -

Dalam ujian yang berat ini, tidak sekali terfikir katanya susu dia tak cukup, TIDAK PERNAH TERFIKIR,
dan Alhamdulillah susunya sentiasa ada dan CUKUP.

Nota :
Dua perenggan ayat paling atas adalah dari iklan susu.
Saya tidak pasti penjualnya pernah mendalami ilmu penyusuan atau tidak.
Saya hanya ingin semua ibu kembali YAKIN pada diri tanpa bergantung SEPENUHNYA pada produk tertentu.

Jika ada isu dalam penyusuan,
semak diri dahulu : bagaimana cara lekapan, cara memerah susu, cara pemakanan, rutin harian, attitude dll.

SALAM KEJAYAAN PENYUSUAN SUSU IBU
 

Sharing with ♥ 

Zaleha Mustapha 
Kaunselor Laktasi 
 ------------------------------------ 
Ingin bertanya tentang penyusuan susu ibu? 
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu 

Mahukan ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...