Monday, July 7, 2014

Bayi epal bayi pisang?

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Sudah beberapa hari tidak berkongsi panduan penyusuan susu ibu, seperti ada yang kurang dalam kehidupan seharian. Alhamdulillah dapat menulis di blog kesayangan ini kembali.

Bagaimana kisah penyusuan ibu-ibu setelah seminggu berpuasa ini? Pasti ia jadi kenangan terindah nanti :) Bagaimana ibu perlu menukar rutin dan membuat persediaan rapi sepanjang bulan yang mulia ini. Percayalah, bulan ini akak memberi keajaiban tersendiri. Ada yang tidak pernah dapat stok susu lebih, tiba-tiba berkat bulan yang mulia ini, dapat kumpul stok! Alhamdulillah.

Kita bercerita lanjut nanti tentang puasa dan penyusuan :) Hari ini saya hendak kongsikan berkenaan kategori bayi susu ibu. Ibu pasti terdengar bahawa ada yang selalu komen bayi susu ibu ini kurus, kecil lantas dicadangkan untuk memberi susu formula.

Sebenarnya kita perlu "kenal" setiap bayi.


Bayi kita jenis yang mana?

Bayi epal/pir = bayi berisi biasanya membakar kalori lebih lambat.

Dia lebih cepat membesar dari segi berat. Pada carta ketinggian mereka berada di bawah purata manakala berat berada di atas purata.

Corak ini adalah normal.



Bayi pisang = bayi panjang & kecil biasanya membakar kalori lebih cepat.

Dia lebih cepat membesar dari segi ketinggian. Pada carta ketinggian mereka berada di atas purata manakala berat berada di bawah purata.

Corak ini juga adalah normal.


Banyak faktor yang mempengaruhi tumbesaran atau bentuk bayi seperti genetik (keturunan), corak penyusuan dan pemakanan, keaktifan dan lain-lain. Baca Bayi susu ibu lebih kecil?

Jadi ibu tidak perlu risau walaupun banyak komen mengatakan bayi kecil kerana kita lebih tahu tentang bayi kita. Selagi dia kelihatan sihat, berat normal dan cergas, maka ibu tidak perlu terpengaruh dengan cadangan yang belum tentu sesuai untuk dipraktikkan agar bayi kelihatan tembam dan comel (katanya).


Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
 ------------------------------------ 
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
Maklumkan persoalan ibu di sini >>> Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> ClothDNZ
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...