Wednesday, July 9, 2014

Makanan Sunnah dan susu ibu

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google & Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

sweet-candy1312.blogspot.com
Alhamdulillah kita telah melepasi 10 hari pertama Ramadhan. Didoakan kita telah beroleh kerahmatanNya. Amin.

Alhamdulillah sepanjang 10 hari ini tiada gastrik kuat yang menyerang. Risau juga saya semasa puasa ganti sebelum Ramadhan yang lepas, gastrik yang sudah lama tidak datang, menyerang kembali. Mungkin berkat bulan penuh rahmat ini, saya rasa lebih sihat. Memang doa sangat saya sihat dan lebih bertenaga. Mengikut check up di klinik homopati, katanya saya ada masalah penghadaman, jadi cepat letih dan mudah sakit kepala.

Sebagai langkah berjaga-jaga, saya lebih konsisten dalam mengamalkan makanan Sunnah. Alhamdulillah saya telah dapat mengambil habbatus sauda secara istiqamah bermula semasa masih menyusukan Adnin. Sekarang Adnin sudah 5 tahun.


Saya suka minum air habbatus sauda yang dicampur susu. Tapi sekarang sudah lama tidak beli yang serbuk halus untuk dibuat air minuman. Makan serbuk yang dalam kapsul sahaja. Saya juga turut menjual habbatus sauda jenama Altamis Habbatus sauda ini. Jika ada ibu yang ingin memulakan amalan makanan Sunnah penawar penyakit ini boleh whatsapp saya di 017-3372042.
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ''Gunakanlah Habbatus Sauda' kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)" (HR.Bukhari, Muslim)
drwox.com
Biji habbatus sauda'

Khasiatnya sangat banyak, antaranya:

Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus Sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

Begitu juga dengan minyak zaitun,
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Makanlah minyak zaitun dan lumurlah minyaknya, kerana ia berasal daripada pohon yang penuh berkat. (Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Untuk ibu menyusu, minyak zaitun sangat mujarab digunakan untuk menyembuhkan luka pada puting payudara (sore/crack niple). Ia juga boleh disapukan kepada bayi untuk kulit yang cantik.

Kandungan vitamin, asid lemak dan pelbagai komponen lain dalam minyak zaitun amat bagus untuk tumbesaran bayi yang disalurkan melalui susu ibu.

www.qualitygreenspecialists.com
Pokok zaitun
Saya mula mengambil kapsul minyak zaitun secara tetap sejak beberapa minggu yang lepas. Alhamdulillah rasa badan kurang letih sedikit. Saya juga mula mengamalkan pati delima yang boleh diminum terus atau dibuat air/jus. Jika dibuat jus, saya hanya boleh minum yang sejuk sahaja buat masa ini. Rasa masam-masam sedikit tapi sedap seperti air ribena :D


Untuk ibu menyusu, digalakkan mengambil buah delima asli atau jus asli bukan ekstrak. Pengambilan adalah pada kadar sederhana untuk kesihatan dan kecantikan ibu serta bayi.

albakri88.wordpress.com
Dan dialah yang menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan yang tidak berjunjung, pohon korma, tanam-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan warnanya), dan tidak sama (rasanya). Makanlah dari buahnya (yang bermacam-macam itu) bila dia berbuah, dan tunaikanlah haknya dihari memetik hasilnya (dengan dikeluarkan zakatnya); dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan. -- Al-Anaam : 141

Baca tentang  Buah Delima dan khasiatnya di blog sahabat ABDR saya.

Selamat mengamalkan makanan Sunnah! Khasiatnya akan mengalir kepada anak melalui susu ibu. Perkenalkan rasa makanan Sunnah ini kepada anak sejak mereka masih bayi. InsyaAllah apabila besar, mereka mudah untuk meneruskan pemakanan Sunnah ini.

Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
 Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...