Saturday, August 30, 2014

Tip urus masa keluarga dan kerjaya - Prof Dr. Rozieta Shaary

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan, 
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.
Image Source

Saya kumpulkan semula tip ini dari page Ibu Rose = Prof Dr Rozieta Shaary. InsyaAllah menjadi rujukan dan bantuan buat semua yang masih bergelar suri bekerja di luar rumah.

*******

Salah satu sebab mengapa para ibu jadi tercunggap untuk mengimbangkan kerjaya dan keluarga adalah pembahagian masa.

********

Kita tidak lagi hidup di zaman industri. Kita kini di zaman IT.
Apa kaitannya dengan MASA.

Kaitannya ialah, kita tidak lagi dinilai dan dibayar dengan lamanya masa kita melakukan sesuatu tugas tetapi dinilai diatas prestasi kita terhadap tugas itu.

Apakah maksudnya perubahan ini terhadap kerja kita? Banyak. Salah satunya, kita tidak boleh bersenang lenang menggunakan masa lagi didalam setiap tugasan kita. Kerana kita tidak lagi dibayar mengikut masa. Tetapi kita dinilai mengikut betapa baik, cepat dan tepatnya apa yang kita buat.

Walaupun masih ada lagi servis yang menggenakan jumlah bayaran mengikut masa, namun, pelanggan masih menilai mengikut prestasi.

Kaitannya dengan keibubapaan secara terus tidak ada, secara tidak terus dan membawa kesan yang besar ada.


*******

Bagaimana menguruskan masa.

ACTIVITY AXIS yang membawa kepada ACTIVITY MANAGEMENT (buku The 7 Habits by Stephen Covey)

Kuncinya bukan pengurusan masa... tetapi pengurusan aktiviti.



*********

Tugasan atau perkara yang kita lakukan seharian terbahagi kepada 4.

Ini mengikut Mendiang Stephen Covey di dalam buku 7 Habits beliau.
i - Urgent and Important
ii - Important but Not Urgent
iii - Not Important But Urgent
iv - Not important and Not Urgent

Untuk berkesan dalam mengurusankan aktiviti supaya effektif menggunakan masa

1- Senaraikan apa yang anda lakukan setiap hari - Lebih kuranglah
2- Klasifikasikan tugasan ini mengikut kategori di atas.


**********

Selalunya kita menjadi sesak nafas dan tidak cukup masa bukan kerana memang masa tiada, tetapi kita tidak dapat memprioritikan kerja.

Ya, Ibu tahu ramai yang bekerja dengan bos yang juga tidak bijak menguruskan prioriti, oleh itu kerja di tempat kerja menjadi semuanya urgent dan important.

Jika kita mahu effective, kita bukan hanya melakukan banyak urgend dan important, tetapi lebihkan important but not urgent, iaitu bahagian ii.


*********
Contoh Bahagian- i- Urgent& Important

- Mengendalikan isu Anak bermasalah. Ponteng. Suka melawan. Tidak suka bergaul dengan ibu bapa, bergaul dengan budak-budak nakal.
- Kerja yang dateline 30 minit lagi!!!
--------------------------------

Contoh Bahagian ii- Not Urgent But Important

- Meluangkan masa bersama anak-anak dengan aktiviti yang merapatkan perhubungan.
- Merancang kerja dan meningkatkan ilmu, skil dan sikap positif dengan berkursus, membaca buku atau melayari internet
---------------------------------

Contoh Bahagian iii - Urgent But Not Important

- masa untuk makan. Kain yang berserak.

- Dateline tugasan kawan.
--------------------------------------

Contoh Bahagian iv

- menonton TV sekadar hiburan, bertelefon bercerita kosong, membeli belah atau menghabiskan di shopping mall

- perkara yang mencuri masa dan kerja anda.
----------------------------------------------------------------

Sharing with ♥

 Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
 Maklumkan persoalan ibu di sini >>> Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? Klik di sini >>> ClothDNZ

Friday, August 29, 2014

Sambutan Minggu PSI 2014 - Seremban, Negeri Sembilan

Teks : Zaleha Mustapha

Gambar :  Koleksi Peribadi

 Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.


Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia masih lagi hangat terasa. Walaupun tarikh yang dikhaskan adalah minggu pertama dalam bulan Ogos, tetapi sambutan biasanya berjalan sepanjang satu bulan. Bulan Ogos adalah bulan penyusuan susu ibu :)

Khas untuk ibu-ibu yang berdekatan, semua dijemput ke KPJ Seremban untuk mengikuti acara sempena Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia ini. Antara yang menarik adalah ceramah dari Ustazah Nik Salida Suhaila Binti Nik Saleh.


Sharing with ♥

 Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

Sunday, August 24, 2014

Pengalaman menyusu

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Salam ceria buat ibu-ibu menyusu :)

Dr Harlina Halizah Siraj bersama Puan Sharifah Sofia Syed Hussein dan Puan Nurul Aida Ismail
Hari ini saya kongsikan sedikit slot perkongsian pengalaman bersama ibu-ibu menyusu semasa Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Sabtu (16.8.14) yang lepas.

Perkongsian dari Puan Aida dari CLAPAM (Persatuan Klef Bibir dan Lelangit Malaysia) yang memiliki bayi klef/sumbing/rekah bibir/lelangit, apa yang sangat penting bagi ibu yang ingin menyusukan anak adalah sabar, doa dan komunikasi.

Beliau berulang kali menyatakan beliau selalu "bercakap-cakap" dengan bayi agar terus menyusu, baby has to teach herself. Walau susah, terus praktis lagi dan lagi ... Beliau percaya ini adalah tempoh ibu dan bayi sama-sama belajar, jadi beri masa untuk diri sendiri dan bayi berlatih untuk menyusu dengan sempurna. Beliau menyatakan, menyusukan anak adalah antara pengorbanan terbesar bagi seorang ibu.

Oleh kerana sistem pembesar suara kurang jelas, saya tidak dapat mendengar keseluruhan perkongsian penting yang dimaklumkan oleh Puan Aida. Walaubagaimanapun, insyaAllah saya akan menulis entri berkenaan Panduan menyusu untuk bayi klef berdasarkan pamplet yang diambil dari booth tempohari.

 
Puan Sharifah Sofia pula berkongsi semangat bahawa beliau memang ingin menyusukan anak sejak dari awal, I MUST BREASTFEED! not try but MUST. Begitulah bersemangatnya beliau.

Perjalanan penyusuannya tidak semudah yang disangka. Beliau menghadapi cabaran nipple crack sehingga berdarah-darah dan bayi yang suka menggigit. Tetapi beliau tidak berputus asa dalam meneruskan 'perjuangan' menyusukan zuriat tercinta. Walaupun kurang mendapat sokongan suami, (kerana kasihan melihat beliau yang kesakitan, suami mencadangkan untuk menggantikan dengan susu formula) tetapi beliau mendapat sokongan penuh dari ibunya.

Ibulah yang memberi kata-kata semangat, "takpe, tahan sakit sikit je, terus susukan". Dengan sokongan tak berbelah bagi dari ibu dan kemahuan diri yang tinggi itulah beliau berjaya menyusukan anaknya.

Berkenaan menyusukan di tempat awam pula, beliau menyatakan, di Malaysia sudah ada bilik-bilik menyusu yang memudahkan ibu menyusukan bayi. Jika di tempat terbuka, beliau mengakui agak segan untuk menyusukan namun dengan kemudahan pakaian dan aksesori menyusu seperti baju menyusu khas serta nursing cover, ia sangat membantu dalam memberi keselesaan semasa menyusukan bayi. Faktor suasana, tempat dan kumpulan yang menyokong penyusuan susu ibu juga membantu ibu-ibu menyusukan dengan selesa seperti aktiviti-aktiviti yang mesra penyusuan susu ibu.

Puan Sharifah Sofia
“Kalau ikutkan, saya memang rindu sangat nak berlakon kembali. Tapi buat masa sekarang, saya tidak boleh meletakkan komitmen penuh terhadap lakonan kerana masih menyusukan anak. Saya tidak akan paksa dia berhenti daripada menyusu badan. Jika dia sudah tidak menyusu nanti, barulah saya rasa agak mudah untuk menerima tawaran berlakon". [Sumber]

Dr Harlina sebagai moderator pula mengulas bahawa semuanya bermula dengan niat ibu.  Bila ibu ada rasa "tak nak", secara automatik susu ibu boleh berkurang. Beliau memberitahu cycle lengkap bagi seorang ibu adalah Mengandung --> Melahirkan --> Menyusukan.

Setakat ini sahaja, jika ada yang dapat saya ingat lagi, insyaAllah saya akan tambah pada masa akan datang.

Ada satu lagi entri khas dari Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia di Bangi ini iaitu pengisian Forum interaktif bersama Ustazah Maznah Daud, IKRAM dan Dr Baraktun Nisak, Dietatik PUPM.

Teruskan bersama blog ini ya ;)

 
Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? Klik di sini >>> ClothDNZ

Friday, August 22, 2014

Tip merawat sakit mata

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google & Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Saya bercuti panjang minggu ini, bermula dengan EL hari Rabu kerana anak sakit mata dan bersambung dengan MC setelah saya pun turut dijangkiti. Katanya ada kawan di tadika yang sakit mata.Doktor pun beritahu ramai yang datang ambil ubat sakit mata sekarang ni.

Aktiviti melukis selepas balik dari klinik
Sakit mata ada yang berpunca dari virus dan ada yang berpunca dari bakteria. Sakit mata saya ini tak pasti puncanya yang mana tapi cepat betul merah dan bengkak mata dalam masa sehari. Doktor beri ubat titis, sapu dan paracetamol. Sakit-sakit saraf seluruh badan juga dibuatnya.


Anakanda puteri cakap macam hantu :P
Saya ada minta sahabat-sahabat FB kongsikan penawar semulajadi untuk sakit mata. Antara yang dikongsikan: 

Ambil segelas air, baca surah Fatihah sekali, selawat 3 kali, kemudian baca: Abu Bakar, Umar, Usman, Ali, hembus dalam air dan basuh muka dan mata yang sakit.

Tuam air panas untuk membolehkan darah mengalir laju dibahagian mata, kemudian tuam sejuk untuk hilangkan rasa sakit.

Kerap cuci dengan air suam.

Jangan selalu gosok mata, pembuluh darah yang pecah membuatkan mata semakin merah.

Cuci mata dengan air rebusan daun sireh.

Titik dengan minyak zaitun.

Gunakan madu asli, tutup mata dan oles di bibir kelopak mata, agak perit tapi mujarab dengan cepat.

Minum air kelapa banyak-banyak.

Air zamzam.

Menangis
.

Saya jumpa doa berikut :


Sumber
Ya Allah , Tuhan (yang memelihara) manusia, yang menghilangkan kesusahan, sembuhkanlah, 
Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada suatu penyembuhan kecuali kesembuhanMu, 
sembuh yang tidak diiringi sakit juga penderitaan kecuali kesembuhanNya.
Maka Kami singkapkan daripadamu tutup yang menutupi matamu,
maka penglihatanmu pada hari ini amat tajam.
(Surah al-Qaf : 22).
Maka kelak kamu akan melihat dan mereka pun akan melihat 
(Surah al-Qalam : 5)
Bagi sakit mata biasa terutama bayi, susu ibu adalah ubat yang mujarab. Caranya:
  • Titiskan sedikit sir susu ibu secara langsung ke permukaan mata.
  • Angkat kelopak mata sedikit untuk membantu air susu ibu beredar di bawahnya.
  • Teruskan rawatan ini tiga kali sehari selama beberapa hari, atau sehingga jangkitan mata telah dibersihkan.
  • Jika gejala sakit mata semakin berlarutan, dapatkan nasihat perubatan.
Rujukan


Sharing with ♥

 Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>> Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? Klik di sini >>>  ClothDNZ

Sunday, August 17, 2014

Tips penyimpanan susu yang mudah dan efektif

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak menghadiri aktiviti berkenaan penyusuan susu ibu, akhirnya semalam (Sabtu, 16 Ogos 2014) dapat juga melepaskan rindu dengan menyertai Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu di Bangi Gateway, dekat dengan rumah sahaja :)

Antara acara yang ada ialah ceramah tentang penyimpanan susu perahan, pertunjukan fesyen ibu menyusu, perkongsian ibu menyusu dan forum interaktif.
Sumber

Dr Faridah Idris, Pakar Patologi UPM, IBCLC
Untuk entri ini saya kongsikan sedikit tips penyimpanan susu yang mudah dan efektif oleh Dr Faridah Idris:

- Utamakan pemberian susu yang baru diperah, bukan yang sudah dibekukan.

- Boleh campur susu perahan yang telah diperah dalam masa 24 jam dengan syarat susu pada suhu yang sama.

- Bekas yang baik untuk menyimpan susu perahan adalah botol kaca, non-BPA dan plastik khas untuk susu ibu.
- Tidak digalakkan menggunakan plastik biasa kerana mudah pecah dan dikhuatiri mendapat kontiminasi.
- Bekas dadih hanya boleh digunakan satu hingga dua kali kerana jika tercalar, dibimbangi kuman membiak pada tempat yang calar.

- Simpan susu di bahagian belakang peti sejuk.
- Susu dalam peti sejuk dua pintu (bahagian bawah) yang jarang dibuka boleh tahan sehingga 5 hari,
jika selalu dibuka 3 hari sahaja.
- Susu di bahagian sejuk beku peti ais 1 pintu tahan selama 2 minggu.
- Susu di bahagian sejuk beku peti ais 2 pintu tahan selama 3 bulan.
- Susu di dalam peti sejuk beku (deep freezer) tahan selama 6 bulan.
- Susu beku yang sudah dicairkan tetapi belum dipanaskan tahan selama 24 jam (di bahagian bawah peti sejuk)
- Susu yang telah disuamkan tahan 2-4 jam.

- Bagi penyimpanan susu sementara di ofis yang mempunyai peti sejuk, masukkan susu di dalam bekas bertutup dan labelkan.
- Ini bagi mengelakkan rasa kurang puas hati di kalangan rakan-rakan sekerja yang tidak selesa apabila melihat susu perahan.

- Mudah pengasuh dengan melabelkan botol susu dengan nama anak, dan nombor 1, 2, 3 mengikut susu yang perlu diberi terlebih dahulu.
- Masukkan dalam bekas tertutup untuk diletakkan dalam peti sejuk supaya tidak tertukar dengan susu bayi lain jika pengasuh menjaga beberapa orang bayi.
- Susu telah siap dimasukkan dalam botol bukan dalam plastik. Ini memudahkan pengasuh untuk terus suamkan.

Ibu boleh juga membaca lebih lanjut tentang Memerah dan menyimpan susu ibu sebelum kembali bekerja dalam buku yang ditulis oleh Dr Faridah Idris, Membesarkan anak hebat dengan susu ibu.

RM69 termasuk Poslaju Semenanjung
Ibu yang berminat boleh sms/whatsapp 017-3372042
Percuma Handmade bookmark *sementara stok masih ada
 
Sharing with ♥ 

Zaleha Mustapha 
Kaunselor Laktasi 
------------------------------------ 

Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> ClothDNZ

Tuesday, August 12, 2014

Tip elak rasa tergesa-gesa

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

 

Pagi ini saya mendapat notifikasi artikel dari email Cik Puan Insyirah Azhar, penulis kerohanian. Saya sangat suka membaca nukilannya dari ebook mahupun blog beliau. Sangat menginspirasikan.

Pagi ini Cik Puan Insyirah Azhar berkongsi tentang cara untuk mengelakkan rasa terkejar-kejar dengan urusan dunia. Mereka yang berkerja di bandar lebih-lebih lagi, sudah biasa dengan kehidupan terkejar-kejar ini. Lambat satu minit sahaja, boleh menjerumuskan diri dalam suasana jem di jalanraya!

Caranya adalah mengamalkan bacaan Surah Yasin setiap pagi sebelum memulakan urusan dunia. Beliau menyatakan setelah diamalkan, beliau tidak lagi rasa terkejar-keja, rasa lebih tersusun dan banyak perkara penting dapat diuruskan dengan lebih baik.

InsyaAllah, kita sama-sama amalkan terutama bagi ibu menyusu, memang rasa terkejar-kejar kan. Mana hendak menyusuakan anak, memerah susu, membasuh semua peralatan penyusuan, menguruskan anak-anak yang lain, suami, berkejar ke tempat kerja, dengan segala tugasan di tempat kerja yang semakin menghambat setiap hari sampai ada yang perlu di bawa pulang ke rumah ...

Sungguh, bila kembali dekat padaNya, rasa lebih tenang dan ringan. Bila menoleh semula ke belakang, rasa seolah tak percaya kita mampu mengharungi cabaran penyusuan selama 2 tahun lebih :) Terima kasih Allah.

Untuk ibu-ibu yang masih rasa kurang yakin, rasa berat, rasa lemah semangat, usah layan perasaan itu lama-lama. Solat hajat, doa berterusan insyaAllah ada jalannya.

Salam ketenangan dan kejayaan penyusuan susu ibu. Chaiyok! Chaiyok!

Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>> Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

Monday, August 11, 2014

Diet ibu menyusu

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Ibu menyusu memerlukan tambahan 500 kalori harian, bermakna ibu perlu makan dua hingga tiga jenis makanan ringan antara waktu makan untuk memenuhi keperluan itu dan mereka digalakkan me­ngambil snek berkhasiat dengan kalsium dan protein tinggi.

“Keperluan tenaga ibu akan bertambah ketika menyusukan anak, malah bagi ibu yang mempunyai berat badan berlebihan, tubuhnya akan menyusut ketika memberi susu badan dan disebabkan itu mereka memerlukan snek berkhasiat sebagai makanan tambahan.

“Ibu disyor mengambil secawan yogurt rendah lemak dengan setengah mangkuk buah-buahan dan kacang pada sebelah pagi, dua keping roti bijirin penuh bersama keju atau ikan atau ayam pada sebelah tengah hari dan minum secawan susu rendah lemak sebelum tidur.

“Ketika berpantang, penting untuk ibu mengambil nutrisi berkualiti pada kadar ditetapkan untuk proses pemulihan, termasuk me­ngekalkan penyusuan badan.

“Diet selepas bersalin membabitkan lima kumpulan makanan seperti bijirin, buah-buahan dan sayuran, ikan, ayam dan daging, produk tenusu serta lemak, gula dan garam.
 
Mereka juga perlu minum ba­nyak air antara lapan sehingga 12 gelas sehari atau mempelbagaikan pengambilan minuman berkhasiat seperti jus buah-buahan atau sayuran kerana ini membantu tubuh menghasilkan susu".

Sumber: Sihat, MetroAhad (10.8.14)

Sharing with ♥

Zaleha Mustapha 
Kaunselor Laktasi 
------------------------------------
 Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> ClothDNZ

Friday, August 8, 2014

Tip legakan sakit kepala

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Sumber


Sakit kepala, sakit yang biasa saya alami. Saya tidak tahan dengan cuaca panas atau terlalu sejuk. Terlewat makan, kurang tidur dan travel dalam tempoh yang lama juga membuatkan saya mudah terkena sakit kepala. Stress sudah tentu penyebab utama juga.


Saya ikhtiarkan untuk sembuh dengan cara semulajadi seperti pengambilan habbatus sauda, mandi dan tidur. Terbaru dengan terapi ais. Ada kawan kongsikan untuk tuam sejuk dengan ais yang dibalut dengan kain atau plastik hitam.

Puan Noriza dari Geng Jahit FB ada kongsikan mandi ais. Saya kena cuba juga ni. Caranya:
Tadah air 1/2 baldi, masukkan ais dalam tu, lagi sejuk lagi bagus. Buat bilasan akhir.  
Mandi selepas asar dan selewatnya sebelum pukul 7.
Bila mandi, biasakan jirus kaki dulu, bawa ke atas dan berakhir di kepala.

Sakit kepala dan menyusu?


Terdapat ibu-ibu menyusu yang sering mengalami sakit kepala. Saya pernah alami semasa memerah susu di bulan puasa tetapi Alhamdulillah cepat pulih jika dapat rehat dan minum banyak air selepas berbuka puasa.

Antara sebabnya:
- stress dan suasana bising
- masalah tiroid
- masalah tekanan darah
- dehidrasi
- kurang tidur
- alergi
- perubahan hormon
- bercerai susu secara mengejut

Cara mengatasinya:
- Pastikan bertenang sepanjang tempoh penyusuan
- Minum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari
- Elakkan minum kopi berlebihan kerana ia memudahkan berlakunya dehidrasi
- Makan makanan seimbang
- Urutan
- Mengambil paracetamol (yang selamat untuk ibu menyusu) sekiranya cara semulajadi masih tidak berkesan.


Sharing with ♥

Zaleha Mustapha 
Kaunselor Laktasi
 ------------------------------------ 
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>>  ClothDNZ

Thursday, August 7, 2014

Sambutan Minggu PSI 2014 - Bangi, Selangor

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : FB Dr. Faridah Idris

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.




Sharing with ♥

Zaleha Mustapha 
Kaunselor Laktasi
 ------------------------------------
 Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> ClothDNZ

Wednesday, August 6, 2014

Sambutan Minggu PSI 2014 - Perak

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Perak Breastfeeding Support Group

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.



Moh Kome! Datang beramai ramai untuk mendengar Forum Khas sempena Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Negeri Perak 2014. Masuk adalah PERCUMA.


Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
 ------------------------------------
 Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>> Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

Tuesday, August 5, 2014

Cerita raya puasa 2014

Teks : Zaleha Mustapha 
Gambar : Koleksi Peribadi 

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan, 
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad. 


Alhamdulillah seluruh Muslimin telah merayakan hari kemenangan 'Idul Fitri 1435H.

Alhamdulillah kami sekeluarga masih diberi peluang olehNya untuk beraya di kampung. Kami bertolak jam 4.30 pagi selepas bersahur pada hari Jumaat, jadi perjalanan lancar walaupun kereta sudah mula banyak. Terpaksa memontengkan anak sekolah sebab suami sudah jangka Sabtu akan jem.

Tip perjalanan balik kampung yang lancar : 
- balik lebih awal atau lebih lewat dari biasa,
- bertolak awal pagi

Ini bergantung juga pada tuntutan kerja dan anak sekolah. Mungkin ada yang tidak dapat cuti lebih awal, jadi terpaksa juga bertolak pada masa puncak. Kami sudah serik jem semasa anak masih kecil. Sakit pinggang, RnR penuh, anak meraung-raung sebab kereta tak gerak-gerak. Jadi, selagi boleh, kami cuba pilih masa yang tidak sesak.

Rutin balik kampung sejak awal perkahwinan akan singgah rumah mertua dahulu. Kampung saya dan suami bersebelahan sahaja :D Anak-anak memang seronok sebab kawasan yang luas, banyak aktiviti tengok kambing lembu, tangkap belalang, keliling rumah. Kebetulan sekarang musim buah. Alhamdulillah mewah makan buah rambutan, manggis, durian dan duku langsat.

Berehat dengan main lego selepas berpeluh keliling rumah tokku.
Rambutan di tepi rumah emak.
Rambutan di tepi rumah mertua.
Setiap hari raya, kakak ipar akan buat tapai pulut dan ketupat. Saya tolong emak bungkus tapai sahaja. Ia agak mudah berbanding bngkus ketupat. Pernah belajar dengan kakak ipar tapi tak cukup sabar nak buat sampai jadi ..he..he..
Tapai pulut.
Raya ke-3 di Pantai Irama.
Semasa di kampung, ziarah raya rumah keluarga terdekat sahaja, itupun ada yang terlepas, kena ganti raya haji lah nampaknya.

Bertolak balik ke Bangi pada jam 3.30 pagi Sabtu. Alhamdulillah perjalanan lancar walaupun kereta mula banyak dan RnR agak penuh juga.

Balik kampung memang ada rasa tersendiri yang sukar digambarkan. Seronok, teruja. Kadang-kadang rasa penat juga dan rasa ingin balik berhijrah ke kampung. Didoakan Allah permudahkan impian kami. Amin.

 Sharing with ♥ 

Zaleha Mustapha 
Kaunselor Laktasi 
 ------------------------------------ 
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
Maklumkan persoalan ibu di sini >>> Borang Konsultasi Susu Ibu 

  Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> ClothDNZ
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...