Thursday, November 27, 2014

Pendidikan anak-anak : antara prinsip dan teknik

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google & Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Saya suka mengikuti FB/ Blog Puan Nurhidayah Jaafar, salah seorang pengamal dan pembimbing Teknik Nabi. Maklumat yang dikongsi sangat membantu dalam mendidik diri sendiri dan anak-anak.

Berikut yang dikongsikan di FB beliau:

Gunakan Ayat Teknikal.
.
Apabila menegur kanak-kanak untuk melakukan satu-satu perkara baik, beritahu teknik bagaimana perkara baik itu dilakukan.
.
"Abang, boleh tak sabar sekejap?"
+ Ini skrip memberitahu prinsip
+ Kanak-kanak belum tahu apa itu 'sabar' dan bagaimana 'bersabar'
.
"Abang, tunggu sekejap 3 minit. Lepas ibu susukan adik, ibu temankan abang belajar."
+ Ini skrip teknik
+ Teknik bersabar dalam konteks ini adalah tunggu 3 minit dan tunggu ibu selesaikan tugas.
.

"Jadilah anak yang baik" - ini prinsip

"How to" jadi baik - ini teknik.
Senaraikan kerja budak baik.
+ Solat di awal waktu
+ jawab "ya ibu" bila ibu panggil
+ berkongsi mainan dengan adik


Sabar separuh dari iman, itu prinsip. "How to" bersabar, itu teknik.

Prinsip : Sabar ketika marah.

Tekniknya:
+ Apabila marah, jangan bercakap-cakap. Diam sahaja.
+ Jika mahu tunjukkan kita sedang marah, tunjuk ekspresi muka marah sampai merah. Mulut diam.
 


Didoakan istiqamah mengamalkannya. Maklumlah bila penat, kewarasan jadi kurang..huhu.
Sharing with ♥

Monday, November 24, 2014

Karnival Upin Ipin 2014

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google & Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Cuti sekolah telah bermula. Aktiviti pertama, bawa anak-anak ke Karnival Upin dan Ipin di PICC, Putrajaya. Tidak tahulah kenapa tahun ini teruja hendak pergi, sebab ada Ultraman kot ..he..he.. Maklumlah ummi suka tengok masa kecil dulu, sekarang pun layan juga dengan anak-anak. Teruja hendak tengok di sebalik tabir Upin Ipin pun ya, ditambah lokasi yang dikira dekat dengan rumah.

Sabtu tu sudah dapat komen dari kawan-kawan, katanya ramai sangat orang tapi tidak sangkalah sesesak itu. Rasanya sudah sampai awal tetapi sudah ramai beratur untuk ke dewan berbayar. Tidak pasti apa yang ada dalam tu, hendak tengok info pun tidak jumpa :)

Walaupun berjalan jauh, agak seronoklah pada mulanya kerana beramai-ramai. Saya siap pakai kasut sukan ikut suami. Kira senaman jalan kakilah, turut sama mendaki bukit sebab ikut orang. Sebelum ini memang tidak pernah ke PICC.

Yang tidak seronok bila ada yang merokok berkepul-kepul dalam perjalanan masuk dewan itu. Memang tidak hirau langsung dengan bayi dan kanak-kanak yang ramai ini. Itulah salah satu sebab jarang hendak ke tempat terbuka macam walaupun papan tanda Dilarang Merokok tertampal di situ :P

Dalam dewan percuma sempat sekali pusing sahaja, sekejap sahaja tengok acara di pentas sebab sudah penuh. Hendak tunggu Ultraman memang tiada harapan sebab anakanda putera sudah beritahu jam 11 pagi kena balik. Hendak membeli belah dan bergambar pun sudah tiada selera bila orang ramai makin sesak. Kami bukan ibubapa tegar demi hiburan anak-anak. Tengok tv di rumah jauh lebih selesa. Ada kawan ofis whatsapp rakaman abangnya yang dapat tengok slot Ultraman, jadi tunjuk pada anak-anak yang itu sahajalah :) Lagi selesa tengok di rumah sambil bersila makan roti cicah milo ..he..he..

[Gambar belum lihat dari kamera suami]

Status FB:

[KARNIVAL UPIN IPIN]
Inilah kesesakan dan kepenatan jiwa raga … huhu
Tak sanggup tunggu dah, 9.30 pg sampai, 10 pg dah balik
Yang baik: dapat bakar kalori berjalan 10 ribu langkah.
Yang tak baik, baca kat page Upin Ipin …he…he
— looking for a massage.

Tip untuk ibubapa:

1. Bersedia ambil cuti jika program bermula pada hari biasa (bukan hujung minggu) untuk elak kesesakan.

2. Makan di rumah.

3. Bawa bekalan air masak.

4. Pakai pakaian yang sesuai supaya lebih mudah bergerak : babywearing, kasut sukan, seluar panjang untuk anak perempuan.

5. Datang seawal mungkin, sebelum pintu dibuka :)

6. Dapatkan maklumat sebanyak mungkin dari pihak penganjur.

7. Terapkan nilai yang berbaloi untuk anak-anak, demi pendidikan atau hiburan?

8. Berhemah, bertolak ansur dan usahakan bersabar dalam apa jua tindakan.

Melihat komen negatif dengan bahasa yang kurang sopan di page Upin Ipin agak memalukan bagi yang sudah bergelar ibubapa. Semoga ada iktibar yang dapat dikutip di karnival ini.


Sharing with ♥
 
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

Sunday, November 23, 2014

Zikir tambah susu

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : FB

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Perjalanan penyusuan susu ibu sangat indah walaupun ada cabaran yang menuntut ibu untuk lebih cekal dan melipat gandakan usaha serta tawakkal. Setiap ibu pasti merasai perbezaan dalam diri, baik dari segi spiritual, minda dan juga fizikal setelah berada dunia penyusuan susu ibu.

Dengan dunia penyusuan susu ibu, kita dapat "kembali" dekat padaNya apabila kita menyedari bahawa Pencipta, Pemberi susu itu adalah Allah. Justeru, apabila ingin menyusu atau memerah susu, kalimah Bismillah pasti terucap di bibir kita. Sepanjang penyusuan juga, pasti kita menjaga adab-adabnya.

Apabila mengalami detik getir juga, pasti kita akan mencari Dia. Hanya kerana susu ibu, sanggup bangun solat hajat dan doa tidak pernah putus, Alhamdulillah. Yakinlah ibu akan kembali tenang dan redha apabila ibu mula mengamalkan doa dan zikir-zikir ini.

[Kredit: Dunia Laktasi]

Selamat beramal.
 

Sharing with ♥
 
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu


Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

Wednesday, November 19, 2014

Tips penyusuan susu ibu

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : e-Book Ohibu

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.


 
Ibu-ibu boleh mendapatkan ebook percuma ini di www.tipspenyusuansusuibu.ohibu.com
Jemput baca buku-buku tentang penyusuan susu ibu di sini-->Buku susu ibu

Sharing with ♥
 
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

 
 
Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

Monday, November 10, 2014

Sokongan untuk ibu menyusu

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.


Sokongan adalah salah satu faktor penting yang membantu ibu untuk berjaya menyusukan anak selama 2 tahun. Semasa membuat pencarian, saya tertarik dengan artikel dari Berita Brunei mengenai penyusuan susu ibu di sana.


Antara sokongan yang diberikan untuk ibu-ibu di Brunei adalah:
  • kelonggaran cuti selepas bersalin selama 105 hari.
  • Bilik Konsultasi Penyusuan Susu Ibu di Klinik Obstetrik & Ginekologi, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS)
  • pengagihan ‘Nursing Cover’ sempena sambutan minggu penyusuan ibu untuk menggalakkan dan mendorong ibu-ibu memberikan dan meneruskan penyusuan susu ibu secara eksklusif sehingga enam bulan dan memberi jaminan dan keyakinan kepada ibu-ibu bahawa PSI boleh diteruskan walaupun berada di tempat awam.
  • amalan Kaunseling Penyusuan Rakan (Breastfeeding Peer Counseling)
Sumber artikel : Bilik konsultasi mudahkan ibu menyusu


Saya juga telah berkongsi aktiviti-aktiviti dan sokongan yang telah dijalankan di Malaysia --> Aktiviti Susu Ibu.


Sharing with ♥
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

 
 

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

Wednesday, November 5, 2014

Kau boleh buat

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

[Source]

Kau Boleh Buat
nyanyian JoMeGo

Kau boleh buat asal kau tahu
Kau boleh buat apa kau mahu

Kata orang kau boleh berjaya
Mencapai sesuatu jika kau usaha
Tetapkan matlamatmu capai hasrat hatimu
Langkah mara ke depan jalanmu terus maju

Jangan sekali kau ragu pada diri
Usaha dengan gigih pulangannya akan lebih
Sesetengah mungkin akan bercerita
Tentang baik dan buruk perihal kau di dunia

Jangan ambil kisah itu buang masa
Cuba guna peluang yang telah sedia ada
Untuk masa hadapan untuk kau senang
Hati girang hidup makin gemilang

Kau boleh buat asal kau tahu
Kau boleh buat apa kau mahu

Kami akan teguh berdiri
Melakukan sesuatu yang kami cintai
Dengan cabaran yang betul kami akan terus di sini
Memberi dan memberi untuk difahami

Walau mudah namun kami tahu
Jalan penuh liku ditempuh satu satu
Bekalan masa depan penuh dengan harapan
Membawa makna yang akan menjadi kenyataan

Kau bebas berlari
Kau bebas menari
Kau bebas melakukan segala yang kau ingini
Dan bila kau jatuh kau harus ingat
Cuba lagi dan lagi

Kau boleh buat asal kau tahu
Kau boleh buat apa kau mahu

Lagu ini lagu kita bersama
Jika kau inginkan semua terus pasti berjaya
Jika kau inginkan sesuatu
Kau pasti berjaya

Kau boleh buat asal kau tahu
Kau boleh buat apa kau mahu

[Source]

Sharing with ♥
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

 
Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

Tuesday, November 4, 2014

Tip mengatasi stress semasa menyusu

Teks: Zaleha Mustapha
Foto: Carian Google
Picture credit : www.thegrindstone.com

Stress adalah musuh utama bagi ibu menyusu! Stress boleh mengganggu penghasilan susu.

Antara tip untuk mengatasi stress adalah:

1. Terima hakikat.

Akui bahawa apapun perlukan ilmu dan latihan pada peringkat awal. Begitu jugalah dengan proses penyusuan. Bagi ibu yang pertama kali menyusukan anak, pasti banyak yang perlu dipelajari, namun yakin ia akan bertambah mudah bila ibu sudah biasa.

2. Usaha untuk bertenang.

Bagi Muslim sudah pasti zikir dapat menenangkan. Ibu juga boleh mencari pelbagai cara yang dapat membantu agar lebih rileks. Cari tempat yang selesa untuk menghayati waktu indah menyusukan si comel. Ibu boleh mendengar muzik, membaca buku, melihat video atau cerita inspirasi dan mengamalkan teknik pernafasa yang betul.



3. Tidur

Ibu boleh mengambil peluang untuk tidur bersama bayi. Tidur berkualiti (deep sleep) sangat membantu ibu untuk rasa lebih segar dan tenang. Minta bantuan ahli keluarga untuk selesaikan kerja rumah.

4. Berkawan dengan "geng susu ibu"

Sokongan rakan-rakan di sekeliling amat membantu ibu sepanjang tempoh penyusuan. Hanya ibu-ibu yang pernah mengalami situasi yang sama dapat memahami perasaan kita. Panduan dan sokongan yang diberikan, insyaAllah dapat memudahkan kita untuk mengambil langkah yang perlu ketika berhadapan dengan situasi yang mencabar.

5. Bergerak / bersenam

 Apabila kita bersenam atau membuat aktiviti fizikal, badan akan mengeluarkan hormon endorphins yang membantu mengurangkan stress dan menstabilkan mood. Rujuk Doktor jika mahu memulakan senaman jika ibu baru habis berpantang.

6. Elakkan cara yang kurang sihat

Makan berlebihan atau menggunakan sebarang ubat tanpa merujuk doktor untuk menghilangkan stress adalah tidak elok.

7. Dapatkan bantuan dari pakar.

Jika ibu rasa tahap stress membimbangkan, segeralah rujuk pakar terapi yang boleh mencadangkan ubat-ubat yang selamat semasa menyusu.


    Ibu juga boleh membaca banyak lagi panduan di sini:

    http://www.womenshealth.gov/breastfeeding/breastfeeding-and-everyday-life/handling-stress.html
    http://www.breastfeeding-problems.com/breastfeeding-stress.html
    https://www.llli.org/nb/nbnovdec01p204.html
    http://shakeoffthegrind.com/emotional-health/how-to-neutralize-stress-and-create-inner-wellness


    Sharing with ♥

    Zaleha Mustapha
    Kaunselor Laktasi

     ------------------------------------
    Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
    Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

     

    Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
    Klik di sini >>> ClothDNZ
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...