Gambar : Carian Google & Koleksi Peribadi
Status FB saya semalam seharian tentang kaya :D. Orang kata ambil mood, sebab baca buku Makan Gaji Tapi Kaya.
Asalnya sembang-sembang dengan suami tentang duit ni sebab kena baiki kereta. Apabila dihitung-hitung, perbelanjaan besar adalah semasa musim perayaan, balik kampung dan musim kereta "sakit". Maklumlah kedua-dua kereta sudah berusia 10-12 tahun. Kami masih belum tukar kereta baru. Alhamdulillah semua hutang kereta sudah langsai. Doanya tidak terjebak dengan hutang kereta baru. Insaf, rumah sendiri pun belum ada ...
[KAYA]
Saya memang mahu kaya.
Saya mesti kaya.
Kaya jiwa.
Kaya ilmu.
Kaya akhlak mulia.
Kaya harta.
Ya, saya mesti usaha untuk jadi kaya di dunia dan di akhirat.
AMIN.
Kaya harta kerana:
✔ Saya mahu menunaikan haji.
Jika kaya boleh sponsor sekali ibu-ibu dan ayah-ayah saya.
✔ Saya mahu beli tanah wakaf agar saya juga boleh kaya di sana.
✔ Saya mahu ada rumah yang selesa untuk majlis ilmu tanpa bergantung pada hutang pinjaman bank berpuluh tahun.
✔ Saya mahu menyempurnakan pendidikan anak-anak tanpa bergantung pada hutang pinjaman PTPTN dll.
✔ Saya mahu infaq pada bila-bila masa.
✔ Saya mahu masa bekerja yang fleksibel.
✔ Saya mahu kenderaan yang sesuai untuk bisnes dan keluarga.
✔ Saya mahu dapat apa yang saya nak tanpa meminta-meminta, hanya minta daripada Dia.
Kesimpulannya kaya ialah bebas,
bebas dari jiwa kecil, bebas dari kebodohan, bebas dari akhlak buruk, bebas dari hutang yang tak baik 😊 — feeling rich.
Sharing with ♥
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
Ingin bertanya tentang penyusuan susu ibu?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu
No comments:
Post a Comment