Tuesday, August 5, 2014

Cerita raya puasa 2014

Teks : Zaleha Mustapha 
Gambar : Koleksi Peribadi 

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan, 
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad. 


Alhamdulillah seluruh Muslimin telah merayakan hari kemenangan 'Idul Fitri 1435H.

Alhamdulillah kami sekeluarga masih diberi peluang olehNya untuk beraya di kampung. Kami bertolak jam 4.30 pagi selepas bersahur pada hari Jumaat, jadi perjalanan lancar walaupun kereta sudah mula banyak. Terpaksa memontengkan anak sekolah sebab suami sudah jangka Sabtu akan jem.

Tip perjalanan balik kampung yang lancar : 
- balik lebih awal atau lebih lewat dari biasa,
- bertolak awal pagi

Ini bergantung juga pada tuntutan kerja dan anak sekolah. Mungkin ada yang tidak dapat cuti lebih awal, jadi terpaksa juga bertolak pada masa puncak. Kami sudah serik jem semasa anak masih kecil. Sakit pinggang, RnR penuh, anak meraung-raung sebab kereta tak gerak-gerak. Jadi, selagi boleh, kami cuba pilih masa yang tidak sesak.

Rutin balik kampung sejak awal perkahwinan akan singgah rumah mertua dahulu. Kampung saya dan suami bersebelahan sahaja :D Anak-anak memang seronok sebab kawasan yang luas, banyak aktiviti tengok kambing lembu, tangkap belalang, keliling rumah. Kebetulan sekarang musim buah. Alhamdulillah mewah makan buah rambutan, manggis, durian dan duku langsat.

Berehat dengan main lego selepas berpeluh keliling rumah tokku.
Rambutan di tepi rumah emak.
Rambutan di tepi rumah mertua.
Setiap hari raya, kakak ipar akan buat tapai pulut dan ketupat. Saya tolong emak bungkus tapai sahaja. Ia agak mudah berbanding bngkus ketupat. Pernah belajar dengan kakak ipar tapi tak cukup sabar nak buat sampai jadi ..he..he..
Tapai pulut.
Raya ke-3 di Pantai Irama.
Semasa di kampung, ziarah raya rumah keluarga terdekat sahaja, itupun ada yang terlepas, kena ganti raya haji lah nampaknya.

Bertolak balik ke Bangi pada jam 3.30 pagi Sabtu. Alhamdulillah perjalanan lancar walaupun kereta mula banyak dan RnR agak penuh juga.

Balik kampung memang ada rasa tersendiri yang sukar digambarkan. Seronok, teruja. Kadang-kadang rasa penat juga dan rasa ingin balik berhijrah ke kampung. Didoakan Allah permudahkan impian kami. Amin.

 Sharing with ♥ 

Zaleha Mustapha 
Kaunselor Laktasi 
 ------------------------------------ 
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
Maklumkan persoalan ibu di sini >>> Borang Konsultasi Susu Ibu 

  Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> ClothDNZ
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...