Sunday, August 17, 2014

Tips penyimpanan susu yang mudah dan efektif

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak menghadiri aktiviti berkenaan penyusuan susu ibu, akhirnya semalam (Sabtu, 16 Ogos 2014) dapat juga melepaskan rindu dengan menyertai Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu di Bangi Gateway, dekat dengan rumah sahaja :)

Antara acara yang ada ialah ceramah tentang penyimpanan susu perahan, pertunjukan fesyen ibu menyusu, perkongsian ibu menyusu dan forum interaktif.
Sumber

Dr Faridah Idris, Pakar Patologi UPM, IBCLC
Untuk entri ini saya kongsikan sedikit tips penyimpanan susu yang mudah dan efektif oleh Dr Faridah Idris:

- Utamakan pemberian susu yang baru diperah, bukan yang sudah dibekukan.

- Boleh campur susu perahan yang telah diperah dalam masa 24 jam dengan syarat susu pada suhu yang sama.

- Bekas yang baik untuk menyimpan susu perahan adalah botol kaca, non-BPA dan plastik khas untuk susu ibu.
- Tidak digalakkan menggunakan plastik biasa kerana mudah pecah dan dikhuatiri mendapat kontiminasi.
- Bekas dadih hanya boleh digunakan satu hingga dua kali kerana jika tercalar, dibimbangi kuman membiak pada tempat yang calar.

- Simpan susu di bahagian belakang peti sejuk.
- Susu dalam peti sejuk dua pintu (bahagian bawah) yang jarang dibuka boleh tahan sehingga 5 hari,
jika selalu dibuka 3 hari sahaja.
- Susu di bahagian sejuk beku peti ais 1 pintu tahan selama 2 minggu.
- Susu di bahagian sejuk beku peti ais 2 pintu tahan selama 3 bulan.
- Susu di dalam peti sejuk beku (deep freezer) tahan selama 6 bulan.
- Susu beku yang sudah dicairkan tetapi belum dipanaskan tahan selama 24 jam (di bahagian bawah peti sejuk)
- Susu yang telah disuamkan tahan 2-4 jam.

- Bagi penyimpanan susu sementara di ofis yang mempunyai peti sejuk, masukkan susu di dalam bekas bertutup dan labelkan.
- Ini bagi mengelakkan rasa kurang puas hati di kalangan rakan-rakan sekerja yang tidak selesa apabila melihat susu perahan.

- Mudah pengasuh dengan melabelkan botol susu dengan nama anak, dan nombor 1, 2, 3 mengikut susu yang perlu diberi terlebih dahulu.
- Masukkan dalam bekas tertutup untuk diletakkan dalam peti sejuk supaya tidak tertukar dengan susu bayi lain jika pengasuh menjaga beberapa orang bayi.
- Susu telah siap dimasukkan dalam botol bukan dalam plastik. Ini memudahkan pengasuh untuk terus suamkan.

Ibu boleh juga membaca lebih lanjut tentang Memerah dan menyimpan susu ibu sebelum kembali bekerja dalam buku yang ditulis oleh Dr Faridah Idris, Membesarkan anak hebat dengan susu ibu.

RM69 termasuk Poslaju Semenanjung
Ibu yang berminat boleh sms/whatsapp 017-3372042
Percuma Handmade bookmark *sementara stok masih ada
 
Sharing with ♥ 

Zaleha Mustapha 
Kaunselor Laktasi 
------------------------------------ 

Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> ClothDNZ

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...