Friday, August 22, 2014

Tip merawat sakit mata

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google & Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Saya bercuti panjang minggu ini, bermula dengan EL hari Rabu kerana anak sakit mata dan bersambung dengan MC setelah saya pun turut dijangkiti. Katanya ada kawan di tadika yang sakit mata.Doktor pun beritahu ramai yang datang ambil ubat sakit mata sekarang ni.

Aktiviti melukis selepas balik dari klinik
Sakit mata ada yang berpunca dari virus dan ada yang berpunca dari bakteria. Sakit mata saya ini tak pasti puncanya yang mana tapi cepat betul merah dan bengkak mata dalam masa sehari. Doktor beri ubat titis, sapu dan paracetamol. Sakit-sakit saraf seluruh badan juga dibuatnya.


Anakanda puteri cakap macam hantu :P
Saya ada minta sahabat-sahabat FB kongsikan penawar semulajadi untuk sakit mata. Antara yang dikongsikan: 

Ambil segelas air, baca surah Fatihah sekali, selawat 3 kali, kemudian baca: Abu Bakar, Umar, Usman, Ali, hembus dalam air dan basuh muka dan mata yang sakit.

Tuam air panas untuk membolehkan darah mengalir laju dibahagian mata, kemudian tuam sejuk untuk hilangkan rasa sakit.

Kerap cuci dengan air suam.

Jangan selalu gosok mata, pembuluh darah yang pecah membuatkan mata semakin merah.

Cuci mata dengan air rebusan daun sireh.

Titik dengan minyak zaitun.

Gunakan madu asli, tutup mata dan oles di bibir kelopak mata, agak perit tapi mujarab dengan cepat.

Minum air kelapa banyak-banyak.

Air zamzam.

Menangis
.

Saya jumpa doa berikut :


Sumber
Ya Allah , Tuhan (yang memelihara) manusia, yang menghilangkan kesusahan, sembuhkanlah, 
Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada suatu penyembuhan kecuali kesembuhanMu, 
sembuh yang tidak diiringi sakit juga penderitaan kecuali kesembuhanNya.
Maka Kami singkapkan daripadamu tutup yang menutupi matamu,
maka penglihatanmu pada hari ini amat tajam.
(Surah al-Qaf : 22).
Maka kelak kamu akan melihat dan mereka pun akan melihat 
(Surah al-Qalam : 5)
Bagi sakit mata biasa terutama bayi, susu ibu adalah ubat yang mujarab. Caranya:
  • Titiskan sedikit sir susu ibu secara langsung ke permukaan mata.
  • Angkat kelopak mata sedikit untuk membantu air susu ibu beredar di bawahnya.
  • Teruskan rawatan ini tiga kali sehari selama beberapa hari, atau sehingga jangkitan mata telah dibersihkan.
  • Jika gejala sakit mata semakin berlarutan, dapatkan nasihat perubatan.
Rujukan


Sharing with ♥

 Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>> Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? Klik di sini >>>  ClothDNZ
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...