Friday, August 8, 2014

Tip legakan sakit kepala

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Sumber


Sakit kepala, sakit yang biasa saya alami. Saya tidak tahan dengan cuaca panas atau terlalu sejuk. Terlewat makan, kurang tidur dan travel dalam tempoh yang lama juga membuatkan saya mudah terkena sakit kepala. Stress sudah tentu penyebab utama juga.


Saya ikhtiarkan untuk sembuh dengan cara semulajadi seperti pengambilan habbatus sauda, mandi dan tidur. Terbaru dengan terapi ais. Ada kawan kongsikan untuk tuam sejuk dengan ais yang dibalut dengan kain atau plastik hitam.

Puan Noriza dari Geng Jahit FB ada kongsikan mandi ais. Saya kena cuba juga ni. Caranya:
Tadah air 1/2 baldi, masukkan ais dalam tu, lagi sejuk lagi bagus. Buat bilasan akhir.  
Mandi selepas asar dan selewatnya sebelum pukul 7.
Bila mandi, biasakan jirus kaki dulu, bawa ke atas dan berakhir di kepala.

Sakit kepala dan menyusu?


Terdapat ibu-ibu menyusu yang sering mengalami sakit kepala. Saya pernah alami semasa memerah susu di bulan puasa tetapi Alhamdulillah cepat pulih jika dapat rehat dan minum banyak air selepas berbuka puasa.

Antara sebabnya:
- stress dan suasana bising
- masalah tiroid
- masalah tekanan darah
- dehidrasi
- kurang tidur
- alergi
- perubahan hormon
- bercerai susu secara mengejut

Cara mengatasinya:
- Pastikan bertenang sepanjang tempoh penyusuan
- Minum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari
- Elakkan minum kopi berlebihan kerana ia memudahkan berlakunya dehidrasi
- Makan makanan seimbang
- Urutan
- Mengambil paracetamol (yang selamat untuk ibu menyusu) sekiranya cara semulajadi masih tidak berkesan.


Sharing with ♥

Zaleha Mustapha 
Kaunselor Laktasi
 ------------------------------------ 
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>>  ClothDNZ
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...