Tuesday, September 29, 2009

Ragam ank2

Semalam hari yg kacau bilau di waktu pagi. Rasa nak bertukar jd hulk hogan pun ada, nak EL pun ada. Dgn abang menangis, adik pun meraung. Nak prepare brg2 lg. Tak prepare awl2 sbb aku dmm mlm tu. Duk ingat nak mc dah tp mkn panadol ok lah sikit. Abang merengek tanak g sekolah.Tanak pakai baju. Adik lak nak berdukung jer. Abe dah selamat ke opis. Car seat lak br nak buh dlm kete sambil pgg Adnin. Tesenget2 la pulak. Eii! rupanya sbb aku dah ubah posisi dia. Sib baik dlm kete semua org diam. Mood Hakimi pun dah ok sket. Sempat lg singgah beli nsk & kuih ..he..he..walaupun lambat kita kena cool sbb rushing2 sgt nanti accident. Aku dah nak kena dah. Cover blk lambat jelah kalau masuk lambat tu ;)

Adnin dmm Khamis tu. Kat kg lg bdn2 dia dah pns je. Bg ubt dmm muntah la pulak. Mmg susah mkn ubt sikecit tu. Nak mintak ubt homopati abe prefer ubat klinik biasa. Meragamnyer boleh tahan ... sampai mencabar kesabaran bila semua tak kena ...meraung sajer.Ummi punrasa nak nangis sama..huhuhu..Suara ank dara itew boleh thn nyaring nyer! Nurun tokku yah..he..he..maklumla suara ummi ni atr dgr tak dgr sajer (ye ke? :P), tp boleh berubah jd tarzan taw kat umah..hak..hak..

Aku lak dmm lps Adnin dah ok sket dmmnya tp meragam lg esp. time nak tdo mlm2. Marah susu ku dah slow gamaknya tp bg botol pun hisap sikit lps tu meraung jgk. Ke lapar nih? Try bg puri apple, setakat 1 sudu kecik bolehla. Tp esoknya try bg lg awl2 dah mcm nak muntah. Aku tak start buat bubur nasik lg ingat nak bg puri buah2 dulu.

Mcm2 cara nak bg tdo, masuk buai - ok utk percubaan pertama je. Pastu tanak dah. Nak tdo ats bouncer lak. Tp bahaya sbb dia selalu tuka2 posisi, kjp mengiring, kjp meniarap. Nampak dah nak mengiring tu aku angkat letak kat tilam. Sjk blk dr kg nih aku 2 brnk tdo kat ruang tamu lah. Nak angkat naik kat bilik, takut tesedar kang meraung lg. Abah tdo dgn abe Hakimi.

Time meraung sgt tu dah habih cara aku sapu air syifa' kat seluruh bdn dia, then letak ats bouncer. Tak lama telena lak..maybe mustajab air syifa' sbb masa tu pergantunganku sepenuhnya pd Dia dgn doa hilangkanlah 'apa yg tak kena' pd anakku nih. Or maybe dah letih meraung dah sampai tertdo. Dah tdo tu aku tatap je wajah dia ..huhuhu..tenang lak rasa..hilang penat lyn ragam dia. Time meraung2 tu rasa nak babab pun ada (apala mak camni..huhuu) tp berbekalkan akal yg waras dan kesabaran yg masih bersisa aku tahan2 kan perasaan nih. Nak kena ambik air twr nih. Abah dah buat air Yasin suh mandikan & letak kat mulut dia.

Kat taska aku suh cikgu bg je bubur kalau dia nampak nak mkn. Ptg tu cikgu ckp nangis gak bila bgn tdo sbb bising kot. Tp Alhamdulillah ptg & mlm td merengek sikit2 saja. Kalau dia marah susu ku slow sgt, terus standby EBM. Rugi lak mlm td 4oz frozen EBM. Rendam siap2 kalau nak susu lg tp dia terlena je, dgn aku2 sekali lena.

Hari ni lak pg2 smooth cuma time nak sampai tadika hakimi wat hal nak kencing kat umah. Tgk jam dah lambat dah. Dah janji sblm bertolak, kencing kat sekolah je, infact dah kencing kat rumah pun sblm kua tu. Sbb hisap susu pagi2 ler tu. Tadika masuk tadika, nak susu la pulak. Sblm tu sibuk nak cari botol susu dia jatuh dlm kete. Soksek2 la tepi pintu tadika tu. Eii!rasa nak lepuk pun ader. Abah dah siap bg duit raya sbb dah byk kali dia tanya. siap ckp abah bg kat org lain je..ngeh..ngeh. Tup tup ada ragam lg.Hai, gitulah yg terpaksa ditempuh oleh mak2 yg bekerja nih. Mana nak lyn ank & mana nak rushing ke tpt keje. Sabaaar je lah byk2 ... & remember one day bila ank2 dah bsr kita pasti senyum sorang2 ingatkan ragam dorang masa kecit2 :)
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...