Monday, September 29, 2014

Tip untuk ibu menyusu dalam bidang ketenteraan

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Hari ini saya ingin membawakan kisah yang amat saya kagumi dan panduan untuk ibu-ibu menyusu yang bekerja dalam bidang ketenteraan.

Kapten Siti Suraida Mazlan sudah tidak asing di kalangan ibu-ibu di KIM. Kisahnya menjadi inspirasi ibu-ibu menyusu dalam dunia pekerjaan. Beliau adalah Komander Pesawat CN 235 Flait Bravo, No 1 Skuadron (2012) dan Ikon Seni Penyusuan Ibu Bekerjaya dalam seminar anjuran DBKL.

[Sumber]
Ramai ibu sudah kongsikan kisah beliau di blog. Antaranya di sini Pilot yang fully BF. Kisah beliau juga ada dalam majalah Pa&Ma. Saya maklumkan semula isunya ya :)

Semasa membaca info-info tentang penyusuan susu ibu, saya terjumpa artikel If a Military Mom Can Ship Breast Milk Home From Afghanistan, You Can Pump Too.
"nurse your kid like you’re at war!
 “a lot of working moms don’t have corporate-type jobs where 
they can close the door of their office to pump. But that doesn’t mean they can’t breastfeed. 
It just means they’ve got their work cut out for them. 
But I’m not taking any back-talk about this -- 
I know a woman who shipped her milk home from a combat zone in Afghanistan. 
If she can do it, just about everyone can.”  "

Robyn Roche-Paull merupakan mekanik kapal terbang dan senior dalam US Navy. Beliau juga adalah Kaunselor Laktasi! 
.
[Picture credit]

[Picture credit]
Macam nak beli je buku ni.
Content:


How do I get breastfeeding off to a good start in only six short
weeks?
Can I pump while in the desert for training exercises?
Is my pump allowed onboard ship?
Do I need to pump and dump if I’ve been exposed to JP-8?
How do I deal with co-workers who do not support my pumping
while on duty?
 
Berikut 10 tip kejayaan penyusuan susu ibu bagi ibu bekerja yang dikongsikan oleh beliau:

1. Mindset yang betul.
2. Maklumkan kepada majikan bahawa anda menyusukan anak dengan susu ibu.
3. Ketahui hak sebagai pekerja dan ibu yang menyusukan anak.
4. Sediakan stok susu perahan semasa berpantang atau bercuti.
5. Latih anak untuk menyusu dengan alat bantuan penyusuan (cawan, botol dll.) pada masa yang sesuai.
6. Perah susu pada waktu tengah malam (overnight pumping).
7. Dapatkan sokongan dari suami, keluarga, breastfeeding peer counselor dll.
8. Cekal hati apabila berhadapan dengan suasana pekerjaan yang mencabar.
9. Terima hakikat bahawa memerah susu kadangkala sangat memenatkan tetapi sabar dan bertahan kerana apa yang dilakukan adalah sangat berbaloi.
10. Yakin kita boleh lakukan!

Saya suka dengan kata-kata semangat dari beliau:
"You’ve got to be strong enough to know what you’re doing is worth it"

"This is about you being stronger than the people around you: what you’re doing is worth it. Man, that does make me feel like a bit of a warrior"



Sharing with ♥ 

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
 Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

Saturday, September 27, 2014

Tip galakkan anak suka membaca

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.


Tips galakkan anak suka/baca buku:
1. Galakkan mereka membuat koleksi buku-buku kegemaran sendiri mengikut usia & perkembangan masing-masing.
Bermula dengan koleksi santai seperti komik tapi perlu dipantau isi kandungannya sehinggalah berbentuk informasi.


2. Bawa/letakkan buku di mana-mana ruang rumah: ruang tamu, bilik tidur

3. Baca buku bersama-sama

4. Bawa buku jika dalam perjalanan ke mana-mana.


 
Sharing with ♥ 

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
 Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

Monday, September 22, 2014

Mudahnya bawa bekal

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.


Beberapa hari yang lepas Adnin tiba-tiba hendak bawa bekal ke tadika. Oleh kerana menunya sederhana sahaja, jadi tidak banyak persediaan yang perlu saya buat. Nasi biasanya saya masak lebih semasa makan malam, jadi waktu pagi hanya panaskan sahaja. Lauk berkuah dan telur goreng sempat dimasak waktu pagi kerana saya masuk kerja jam 8.30 pagi.

Ini antara menu yang di"order" oleh anakanda puteri sepanjang 5 hari ini:
1. Nasi goreng kuning
2. Nasi putih + telur goreng + masak lemak sayur.
3. Nasi putih + telur goreng + sup sayur.
4. Nasi goreng kicap.
5. Nasi putih + telur goreng + sup.


Sebagai meraikan keseronokan dia membawa bekal, saya belikan lunch box yang baru. Setiap hari mesti bawa 4 sudu kerana hendak makan bersama kawan-kawan. Saya layankan sahaja kerana teringat zaman sekolah dahulu, seronok sangat kalau dapat kongsi bekal dengan kawan-kawan. 



Beg bekal
Semoga dia dapat belajar berkongsi dan dapat memori yang indah bersama kawan-kawan dengan bekal air tangan ibu :)

Ummi pun dapat bawa bekal ke pejabat juga bila sudah masak lebih untuk anakanda puteri.


Sharing with ♥ 

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
 Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

Sunday, September 21, 2014

Perjuangan perlu diteruskan ...

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Mini jubah & Jubah Palestin dalam proses jahitan
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Itulah ucapan selayaknya.


Rasa ingin menjahit baju tema Palestin ini datang sendiri bila selalu tengok dalam FB, ramai kawan-kawan Geng Jahit yang "menayangkan" hasil jahitan masing-masing. Mulalah tak senang duduk, semangat nak jahit juga :D

Hendak cepat siap, saya guna pola jubah umbrella cut dari Sifu Abaya. Pola itu dibeli 1 set (saiz XS - 10XL), memang niat untuk bisnes jubah menyusu pada masa akan datang.

Mula potong kain sesudah Subuh dan jam 10 pagi siap untuk dipakai ke Sambutan Minggu PSI 2014 - Bangi, Selangor. Siap janji dengan kawan nak pakai tema Palestin. Dia pun sudah siap jahit jubah Palestin. Seronok sangat bila pakai, rasa semangat lain macam, rasa terdorong untuk baca Qunut Nazilah, doa dan doa untuk saudara Islam kita di sana.

Pada sambutan tersebut juga ada booth jualan untuk Palestin, makin bersemangatlah kami ibu-ibu bersolidariti. Alhamdulillah ditemukan dengan Puan Ramona yang merupakan aktivis masyarakat melalui komuniti Rose2Rose, komuniti khas yang memfokuskan bantuan untuk wanita Palestin.

Dari itu, Allah memberi idea untuk saya salurkan sumbangan melalui jualan mini jubah dan jubah Palestin ini. Memang sudah lama niat saya mencari komuniti khas yang memberi bantuan untuk wanita.

Pengalaman mengambil tempahan ini, sangat mendidik jiwa. Bermula dari membeli kain sendiri dan membuat tempahan melalui rakaniaga. Oleh kerana niat saya bukan menjana keuntungan semata-mata, sebaliknya ingin mengumpulkan sumbangan, belajar berniaga melalui dunia jahitan dan bersama-sama rakan yang baru dalam perniagaan ini, maka sedikit sebanyak urusan dapat dipermudahkan, dapat idea-idea baru dan hati lebih tenang. Penat memang penat tapi hati puas dan gembira. Itulah yang saya cari dalam bekerja.

Semalam (20.9.14), saya dan rakaniaga terpaksa "turun padang" sendiri membuat pola dan  menggunting kain sehingga hampir Maghrib. Banyak celoteh kami berdua sepanjang hari. Saya sangat bersyukur Allah berikan pengalaman ini dan rakan yang sudi berkongsi kisah suka duka dalam perniagaan serta kehidupan. Allah sampaikan ilmu dan tarbiahNya pada masa saya mencari kekuatan dalam diri.

Saya doakan projek dapat siap dalam masa yang dijanjikan kepada ibu-ibu yang telah membuat tempahan. Setiap baju yang saya jual dan jahit untuk diri sendiri (walaupun sudah tidak menyusukan anak) memang saya akan buat yang mesra penyusuan.

Sama-sama doakan untuk kami dan ibu-ibu di Gaza ya.


Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
 Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

Saturday, September 20, 2014

Kepentingan susu ibu

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Hari ini saya berkongsi pengisian dalam Forum Interaktif sempena Sambutan Minggu PSI 2014 - Bangi, Selangor.  Dua ahli panel yang dijemput adalah Ustazah Maznah Daud, Naib Ketua Wanita IKRAM dan Dr Barakatun Nisak Mohd Yusof, Pakar Dietatik UPM.

Dr Barakatun Nisak Mohd Yusof, Dr Harlina Halizah Siraj dan Ustazah Maznah Daud.


Slot perkongsian pengalaman ibu-ibu sebelum forum ini jelas menunjukkan bahawa pergantungan ibu-ibu kepada Allah adalah sangat tinggi. Perkataan sabar sentiasa bermain di bibir. Itulah salah satu hikmah dalam penyusuan susu ibu. 

Kepentingan susu ibu
Menurut Ustazah Maznah, penyusuan susu ibu adalah merupakan pembinaan seorang insan. Susu ibu tiada gantinya seperti kisah penyusuan Nabi Musa dalam surah al-Qasas. Walaupun Fira'un dianggap paling berkuasa pada waktu itu, tetapi dia tidak mencari alternatif lain dari susu haiwan-haiwan ternak yang ada, tetapi masih mencari susu ibu. Cadangan untuk mencari ibu susuan itu pula datang dari kakak ibu Nabi Musa. Ia terus diterima tanpa mengambil kira soal status dan sebagainya. Ini menumjukkan betapa masyarakat di zaman itu sangat mementingkan susu ibu.


Hukum
Berkenaan nafkah pula, ia terletak pada bahu suami. Jika isteri tidak dapat menyusukan atas sebab syar'i, suami perlu mencari ibu susuan untuk anaknya. Jika terjadi perceraian (talak tiga) semasa mengandung, isteri berhak untuk dapat upah menyusu semasa beliau menyusukan anakknya selepas bersalin (bukan nafkah). Ini menunjukkan betapa Islam menjaga hak ibu menyusu.

Ustazah menyatakan, jika ibu menukar selain susu ibu, ia seolah satu 'kezaliman' buat anak kerana itu adalah haknya dan tanggungjawab ibu dan bapa untuk memastikan anak menerima susu ibu.

Rasulullah sendiri mempunayi 3 orang ibu susuan:
1. Suwaybah
2. Halimatus Saadiah
3. Ummu Hamzah

Adab menyusu
Ibu-ibu disarankan untuk membaca Al-Qur'an semasa menyusukan bayi. Pengalaman Dr Harlina sendiri, anak-anaknya yang selalu dibacakan Al-Qur'an semasa menyusu, mudah belajar Al Qur'an.

Semasa menyusu, berlaku proses fitrah menyayangi dan disayangi (bonding) antara ibu dan anak. Kesan psikologi ini akan meresap dalam jiwa anak dan kekal sehingga mereka dewasa, insyaAllah. Kerana itu kita lihat kebanyakan anak-anak yang menyusu lebih rapat dengan ibu dan mudah sensitif atau peka dengan keadaan ibu (jika ibu sakit, sedih) serta pandai mengambil hati ibunya.

.

Pemakanan
Dari segi pemakanan pula, Dr Barakatun menyatakan bahawa kesannya tidak sama di antara ibu-ibu dan bayi. Jadi kita tidak dapat mengkelaskan bahawa makanan ini sesuai atau tidak sesuai dengan semua ibu menyusu. Ia bergantung pada penerimaan fizikal ibu.

Ada juga bayi susu ibu yang mengalami kembung. Antaranya disebabkan tempoh penyusuan sekejap-sekejap kerana ibu kerap menggilirkan penyusuan antara payudara kanan dan kiri. Ini menyebabkan bayi mendapat susu awal (foremilk) sahaja. Komposisi dalam susu awal itu mungkin memberi kesan gas yang menyebabkan berlakunya kembung.

Ibu-ibu digalakkan minum air sekurang-kurangnya 2 liter dan mempelbagaikan makanan mengikut piramid makanan seimbang.

Satu ilmu baru yang saya dapat dari forum ini adalah mengenai umami. Umami dikatakan deria rasa ke-6 iatu satu rasa yang sukar digambarkan. Contoh makanan: rasa belacan, rasa ayam. Susu ibu juga tergolong dalm contoh makanan yang sukar digambarkan rasanya. Begitulah unikdan hebatnya susu ibu ini.

Perahan
Bagi ibu-ibu yang memerah susu, digalakkan untuk memerah lebih kerap pada waktu tengah malam dan menggunakan double suction (double pumping) bagi meningkatkan pengeluaran susu ibu.

Peringkat penyusuan:
Initiave : sejam pertama selepas kelahiran
Exclusive : 6 bulan pertama
Complete: hingga 2 tahun.

Itulah serba sedikit perkongsian yang saya dapat dalam Forum Interaktif tersebut. Jika ibu ada menghadiri mana-mana aktiviti susu ibu boleh dikongsikan melalui email zalehamustapha.lc@gmail.com.


Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
 ------------------------------------

Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>> Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?  

Klik di sini >>> ClothDNZ

Friday, September 19, 2014

Tip meneruskan penyusuan susu ibu bagi ibu bekerjaya

Teks : Zaleha Mustapha
Video : MyHEALTHKKM

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.



Hari ini saya kongsikan video dari KKM yang sangat bagus untuk dijadikan panduan oleh ibu bekerja yang ingin terus menyusukan si comel tersayang.

Sudah lama mendengar keluhan ibu-ibu menyusu, mengapa iklan tentang susu ibu susah hendak keluar di kaca tv. Iklan susu formula juga yang selalu diulang-ulang hingga saya pernah membaca sendiri tulisan seorang ibu, anaknya pandai kerana minum susu XYZ. Itulah mainan psikologi yang telah berjaya diterapkan melalui iklan. Sesuatu yang kurang tepat, jika sering diulang-ulang, ia akan menimbulkan rasa percaya.

Berbalik pada tip meneruskan penyusuan susu ibu bagi ibu bekerja di luar rumah, perancangan dan ilmu sangat penting dalam memastikan impian menyusukan bayi hingga 2 tahun tercapai. 
  • Ibu boleh membuat jadual latihan pemberian susu ibu perahan, memerah susu dengan tangan atau pam sebelum dan selepas mula bekerja.

  • Perah setiap 2 jam atau bila payudara terasa penuh walaupun belum cukup 2 jam. Elakkan terlalu terikat dengan masa kecuali terdapat majikan yang kurang memberi kerjasama. 
  • Ibu boleh memerah susu di mana sahaja asalkan berasa selesa. Keselesaan amat penting kerana ia membantu kelancaran susu ibu.
Sebenarnya, kita boleh memerah susu tanpa meninggalkan kerja. Ada ibu-ibu yang memerah susu semasa mesyuarat, bekerja di lapangan, semasa mengajar. Bekerja di hadapan komputer dan mempunyai bilik/partition tertutup adalah satu kelebihan bagi ibu bekerja. Yang penting adalah kemahiran ibu-ibu dalam berhadapan dengan situasi tempat kerja.


Banyak buku-buku yang boleh dijadikan panduan semasa menyusukan bayi juga. Sertailah ibu-ibu menyusu di kumpulan sokongan ibu menyusu melalui FB: KIM, di mana banyak perkongsian ibu-ibu bekerja yang gigih dan kreatif demi menjayakan impian penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun.

Salam kejayaan buat semua ibu menyusu.

Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
 Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

Wednesday, September 17, 2014

Tip sembuh dengan senaman mental

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Image credit

Senaman yang dinamakan Senaman sungai kehidupan ini saya dapat dari buku Urut tradisional khas untuk wanita, yang membicarakan teknik mengurut, masalah penyakit dan tips penjagaan kesihatan untuk wanita.

Ia diperkenalkan oleh Dr. Gerald Epstein, pakar Psikiatri di Mt Sinai School of Medicine New York. Kajian selama 16 tahun membuktikan senaman mental selama 3-5 minit ini sangat berkesan untuk menyembuhkan penyakit tanpa menggunakan sebarang dadah.

Contohnya, cara untuk menyembuhkan selsema:
1. Siapkan diri dengan memberitahu saya ingin buang selsema ini jauh-jauh.

2. Katakan "Aku mahu membebaskan diri dari sebarang demam selsema".

3. Cari tempat yang yang boleh membuatkan diri relaks.

4. Tutup mata.

5. Tarik nafas dan hembus dengan perlahan sebanyak 3 kali.

6. Bayangkan selsema itu turut hilang bersama hembusan nafas.

7. Lakukan 3-5 kali setiap 3 jam sehari.

8. Bayangkan mata menjadi lebih terang dan jelas.

9. Kemudian ia meresap ke dalam badan sebagai 2 batang sungai yang mencuci rongga dalam tulang dan mengalir terus ke rongga hidung dan tekak.

10. Bayangkan aliran air tersebut membasuh semua kekotoran dan kahak, terus mengalir melalui dada, abdomen dan terus ke kaki.

11. Rasai irama aliran sungai yang mengalir dalam badan.

12. Rasai cahaya menyinari rongga tulang, hidung dan tekak.

13. Apabila sudah merasai kedua-dua irama aliran dan cahaya menyinari serentak, tarik nafas dan buka mata.

Mengikut Dr. Epstein, pesakit yang mengikuti sepenuhnya arahan ini memberitahu selsema/demam mereka hilang dalam masa sehari sahaja.



Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
 Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

Monday, September 8, 2014

Belajar menyintai diri

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Minggu Sindrom prahaid (PMS) adalah minggu yang tidak menggembirakan. Jiwa kacau bilau rasanya. Apa yang dapat membantu saya sedikit tenang ialah melalui solat sunat, baca Qur'an, baca buku, tidur, menyanyi dan menangis. Rasanya sejak umur saya melebihi 35 tahun, gejala PMS ini semakin kuat menyerang. Perlu buat kajian cara nak hadapi ni. Mengikut apa yang saya baca PMS ini disebabkan penggantian kadar hormon estrogen dan juga progesteron dalam tubuh. 

Lebih 90 peratus wanita pada usia reproduktif akan menderita simptom PMS. Dianggarkan tiga hingga lapan peratus mengalami simptom kelesuan. [Sumber]

Wow! Maknanya saya adalah normal seperti kebanyakan wanita lain :D

Bekerja pun rasa tiada semangat namun emosi negatif mesti dilawan ...

Bekerja dengan buku, sempatlah membelek buku ini untuk mencari mood bekerja di minggu ini. (Oh, saya terlalu inginkan SOHO). Satu bab yang menarik perhatian saya ialah Wanita harus belajar menyintai diri sendiri.


Antara tanda tidak menyintai diri adalah selalu merasa tidak puas hati dan merungut pada diri sendiri. Sikap buruk ini perlu diubah dengan cara berikut:

1. Hentikan segala kritikan terhadap diri.
Belajar menerima diri sendiri. Jika ada yang perlu diubah, lakukan secara positif.

2. Sokonglah diri sendiri.
Dapatkan kawan-kawan yang dapat menyokong kita pada waktu yang kita perlukan.

3. Bersikap baik terhadap minda sendiri.
Ubah cara berfikir secara beransur-ansur.

4. Pujilah diri.
Pujian adalah untuk menyedarkan bahawa kita ada kelebihan diri.

5. Jangan menakutkan diri sendiri.
Berhenti memikirkan perkara bukan-bukan yang menjadikan hidup tidak gembira. Cari imej yang menyenangkan dan tukar fikiran ketakutan ke arah kegembiraan.

6. Bersikap lemah lembut, baik hati dan sabar.
Berlembut dan pemurah terhadap diri sendiri. Bersabar dan layan diri sendiri sebaik mungkin.

7. Usah membenci musuh-musuh kita.
Cari jalan yang positif untuk lepaskan kebencian dan berusaha untuk memuji musuh-musuh yang ada.

8. Cermin diri.
Pandang ke dalam mata, luahkan rasa cinta untuk diri sendiri. Berdiri di hadapan cermin dan ucapkan sekurang-kurangnya sekali sehari "Saya sayangkan kamu, saya benar-benar menyayangimu"

9. Ambil berat tentang kesihatan.
Pelajari tentang pemakanan yang diperlukan oleh tubuh. Belajar senaman yang dapat membuat kita seronok. Jaga dan sayangi tempat tinggal kita.

[Image source]

Didoakan kita dapat mengamalkannya. Amin.

Ada satu lagi maklumat yang menarik dalam buku tersebut iaitu Senaman sungai kehidupan. InsyaAllah saya kongsikan di entri yang seterusnya.


Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
 Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

Saturday, September 6, 2014

Tip merawat keputihan kanak-kanak

Teks : Zaleha Mustapha


Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Kita biasa mendengar keputihan di kalangan wanita tetapi jika berlaku pada bayi atau kanak-kanak, adakah ia membimbangkan?

Mengikut Dr Zubaidi, keputihan atau lendir dari kemaluan ini tidak semestinya ia adalah tanda berpenyakit. Lendir faraj ini penting untuk fungsi:
- pelindung pada sel dan dinding saluran faraj
- pelincir semasa persetubuhan
- bekalan makanan dan tenaga pada benih lelaki semasa proses persenyawaan (lendir pangkal rahim)

Kenapa berlaku?:
- paras hormon
- mengambil pil perancang
- gangguan jiwa
- kuat bekerja

Keputihan yang normal adalah cair, jernih, tidak berbau dan tidak menyebabkan gatal. Namun jika sebaliknya, ia mungkin menandakan penyakit pada sistem peranakan atau jangkitan kuman atau kulat.

Berbalik semula pada keputihan di kalangan bayi atau kanak-kanak, anak saya pernah mengalami keadaan ini dan pernah juga terdapat sedikit tompokan darah pada lampin semasa bayi. Doktor menyatakan ia tidak membimbangkan jika tidak kerap berlaku. Ia terjadi kerana proses sistem pembuangan dan peranakan masih belum matang. Mengikut apa yang saya baca, jika berlaku pada bayi terutama ketika dalam pantang, ia juga menandakan estrogen withdrawal.

Bagi kanak-kanak ia berpunca dari kebersihan, penggunaan sabun, pakaian yang tidak sesuai, tisu tandas, jangkitan kuman, kulat, parasit, eczema dan lain-lain.

Apabila saya berjumpa doktor, beliau mencadangkan:
- ia dibasuh bersih,
- elakkan penggunaan sabun biasa yang ada bahan kimia,
- keringkan dengan betul dan
- sapu minyak zaitun.

Saya juga pernah merujuk pada klinik homopati dan diberikan ubat makan serta ubat titis yang perlu dimasukkan ke dalam air suam untuk digunakan sebagai bilasan terakhir selepas mandi atau basuhan ketika membuang air kecil.

Mengikut tip yang dikongsikan ibu-ibu dalam group FB:
- elakkan penggunaan sabun
- lap kering-kering
- banyakkan sayur dan buah
- sapu virgin coconut oil (vco)
- basuh dengan air suam
- minum banyak air
- minum air kelapa

- makan sesudu vco beberapa kali sehari
- ambil minyak habbatus sauda 


Baca juga:
Mencegah Keputihan Bayi & kanak-kanak ( Perempuan )
Vaginitis in children
Risau lendir anak perempuan

Jika berlarutan, saya perlu bawa anak berjumpa Doktor Pakar.

Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
 Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> ClothDNZ

Friday, September 5, 2014

Cara panaskan susu dari plastik simpanan

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.



"Saya nak tanya, kalau susu ibu simpan dalam zipper beg tu bagi beku., bila nak guna, cairkan, bila cair baru tuang dalam botol kemudian panaskan,betul kan?
Kita tidak boleh terus panaskan dari plastik tu, betulkan?"
Jawapannya ya.

Bagi ibu-ibu yang menggunakan plastik simpanan susu untuk menjimatkan ruang sejuk beku, ia tidak boleh terus dipanaskan dari plastik tersebut.

Bagi susu perahan beku (frozen EBM) yang ingin digunakan keesokan hari, letakkan di bahagian bawah peti sejuk sejak malam. Biarkan ia cair. Seterusnya masukkan dalam botol dan bolehlah dipanaskan untuk terus diberikan kepada bayi.

Jika ia perlu dibawa ke rumah pengasuh/taska, turunkan jumlah beg susu yang biasa diminum oleh bayi. Susu yang cair dimasukkan ke dalam cooler bag. Setelah sampai, minta pengasuh letakkan di bahagian bawah peti sejuk dan panaskan mengikut jumlah dan masa yang biasa diminum oleh bayi.


Baca Tips penyimpanan susu yang mudah dan efektif
 
Puan Nurul Dhia, salah seorang ibu menyusu ada kongsikan pengalaman beliau di sini Cara cairkan EBM dari storage bag.

Saya lebih suka menggunakan botol kerana boleh dipanaskan terus dengan mudah dan cepat. Kelemahan menggunakan botol ialah apabila stok susu ibu banyak dan ia mudah memenuhkan ruang dalam peti sejuk ibu. Jadi penggunaan breastmilk storage bag ini dapat menjimatkan ruang dalam peti sejuk begitu juga dalam cooler bag jika ibu terpaksa bertugas di luar kawasan.

Apapun bekas simpanan yang digunakan, ia terpulang pada pilihan ibu berdasarkan keperluan semasa dan bajet.


Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
 ------------------------------------ 

Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
Maklumkan persoalan ibu di sini >>> Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> ClothDNZ

Thursday, September 4, 2014

Persediaan menguruskan susu perahan ketika berjauhan

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Kredit gambar

Sejujurnya sepanjang menyusukan Adnin saya "terselamat" dari mengikuti kursus/seminar di luar daerah atau bermalam. Bermula dari umurnya 1 tahun, stok saya cukup-cukup sahaja, adakalanya perah hari ini cukup untuk esok. Jika perlu bermalam, memang saya perlu bawa Adnin, tambahan dia susah tidur bila berjauhan kerana kami mengamalkan "no bottle at home", jadi dia menyusu terus sahaja. Jika saya bekerja sehingga jam 10.30 malam, dia minum susu perahan sedikit melalui botol. Itupun suami beritahu dia selalu menangis tidak dapat tidur.

Pengalaman membawa susu perahan dalam perjalanan jauh adalah semasa balik kampung dan dari kampung ke Bangi. Saya tidak membawa susu perahan beku. Sebelum memulakan perjalanan 8-9 jam dengan menaiki kereta, kita perlu semak dahulu barangan yang perlu disediakan. Saya hanya menggunakan 2 cooler bag kerana stok susu tidak banyak. Lebihkan icepack untuk mengawal susu agar sentiasa sejuk. Boleh lapik tuala untuk menyerap air dan letakkan garam untuk melambatkan proses pencairan icepack/ais.

Bila sampai, terus masukkan dalam peti ais dengan segera. Jika susu baru diperah, boleh letakkan di bahagian bawah peti ais. Jika sudah 2-3 hari dan ingin dijadikan stok  beku, boleh terus masukkan ke bahagian sejuk beku.

Bila letak susu di bahagian bonet, ada kecenderungan untuk ais mudah cair kerana keadaan yang panas. Berhenti apabila perlu kerana kita perlu sampai segera untuk "menyelamatkan" susu :D

Berikut barangan yang dikongsikan oleh ibu menyusu dari KIM jika ibu perlu bertugas luar daerah:
1. kotak polisterin/coleman box/flask nasik
2. ice pack/ice cube
3. tuala
4. garam
5. milk liner [siap gunting atasnya kalau guna jenama Autumnz, labelkan dengan masking tape]
6. marker pen [untuk tulis atas label tadi]
7. pencuci botol & berus
8. pam

Ini pula tip dari Puan Farah, LC semasa beliau ke Korea: 

* Pastikan berapa banyak susu harus ditinggalkan, berapa oz SEHARI SEMALAM.
* Pastikan berapa lama masa perjalanan dalam flight (berlepas dan tiba)
* Masa yang fleksibel untuk memerah ketika travel
* Peralatan yang berkenaan
* Pam penyusuan yang mudah dibawa, bergred hospital, boleh menggunakan bateri dan elektrik (pastikan international charger dibawa bersama)
Jika travel kurang dari 5 hari (susu tahan tanpa dibekukan sehingga 5 hari), maka beg penyejuk yang biasa sudah memadai.
* Pek penyejuk secukupnya. Selain pek penyejuk yang biasa, boleh juga balutkan stok susu perahan menggunakan Thermafreeze Ice sheet untuk mengekalkan suhu sejuk stok susu di dalam beg penyejuk.
* Surat kebenaran dari pihak berkuasa atau mengisi declaration form dengan pihak Airlines yang bakal dinaiki.
* Semak guideline, do’s and dont’s utk luggage.


Baca pengalaman ibu-ibu ini:
Puan Farah
Sweetmom
Ceritera Ibu
Izzah Azfar

Rujuk juga:
Storing & transporting breastmilk

Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
 Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>> Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...